Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah VI 1974 : Januari 19 [Petang] Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 6  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
19 Januari 1974 (Petang)

Ya, saya memang ingin selalu, selalu mahu datang kembali mendampingi anak-anak, saudara-saudara semua. Di dalam ini, saya kembali ke lahir saya, pada kemanusiaan saya. Rasanya nak putus nyawa saya. Ertinya badan saya tak kuat lagi, tetapi itu keadaan saya bilang.


Jadi saya ingin sampai dapat mengerti, sampai boleh berdiri sendiri, dan jangan pula nanti terjadi sepeninggalan saya, salahmenyalahkan satu sama lain.

“Bapak cakap begitu? Bapak kata begitu?”
Memang, tempoh-tempoh saya lain cakap, saya lain cakap, besok lain, apa-apa. Kita kembali pada ilmu pengetahuan ini. Secergas pemikiran kita tadi menangkap-nangkap kata-kata kami
juga berlain-lain.

Saya kemukakan sedikit. Umpamanya macam sekarang ijazah;
ijazah kecil apa-apa, ditetapkan begini. Pernah terjadi sekarang, bukan? Di tempat lain, orang yang telah ijazah besar?

“Mahu ijazah sendiri,” katanya, bukan?
Dia ijazahkan orang lain, ertinya dia mengubah sendiri peraturan. Ijazah yang macam kita lakukan satu kali, tiga tingkat dia bikin! Yang pertama seratus sekian, yang kedua seratus lima
puluh sekian, yang ketiga seratus sekian duit.

 Ini ijazah kecil baru!  Sampai ribut suasana!
Mengirim surat sama saya, “Si anu, Bapak, bikin di sana begitu.
Dia bilang sudah wakil Bapak untuk seluruh Singapura dan Malaysia,” katanya.
Saya tenang saja. Saya balas surat orang itu. Saya bilang, “Tidak salahnya. Tidak salahnya.”
Hairan orang.
“Tidak salah, kata Bapak? Bagaimana ini?”
“Nantilah bila saya datang nanti, akan saya terangkan.”

Jadi, di mana letaknya, akan kesalahan itu? Kita bebas berbuat sesuka kita. Akan tetapi, kita dengan ilmu kita ini hendaknya, kita mesti success, bukan? Ertinya, kita dapat pengikut yang banyak, yang percaya pada kita, yakin pada kita. Cara doktor kelulusan baru umpamanya. Ada doktor yang ubat ini se-Ringgit katanya. Doktor lain tiga Ringgit, katanya. Macam itu mahu jadi success?

Sama juga macam anu… kalau kita umpamanya, kita pergi ke tempat lain, berguru terus. Buka saja sepuluh Ringgit. Saya tidak larang.

Itu peribadi sendiri. Tetapi adakah, mungkinkah mendapat kemajuan kalian di dalamnya itu?

Macam apa yang dikatakan ijazah kecil, ijazah besar di sini, di sini saja itu! Mula-mula masuk di Singapura, anak-anak di sana mendesak.

“Fikirlah bagaimana semestinya itu? Tanyalah.”
Saya tidak bawa modal ijazah begitu. Umpamanya, saya tidak bawa itu. Orang dari sana (Singapura), sebab merasakan ilmu pengetahuan terlalu tinggi segala macam.

“Kita harus beri salam sama Bapak. Apa belanjanya, ongkosnya untuk dibawa balik?”
Anggapan dia tadi belum puas lagi. Ini ilmu pengetahuan, mesti didudukkan. Mesti ada syarat ini itunya.

“Ya, bikinlah bagaimana,” saya bilang. “Tanya saja itu Suki (Pak Suki). Saya serahkan sama dia.”

Di situlah makanya, didudukkanlah begitu.
Jadi, bukan mahunya secara peribadi sebagai seorang manusia. Tidak!
Mereka itu sama-sama berkumpul.
Di Indonesia juga dulu waktu tahun enam puluhan apa-apa, sebelum saya ke sini, dioperasi segala macam, “Bagaimana nanti kalau Bapak meninggal? Bagaimana?”
Segala macam-macamlah.

“Bagaimana ini dengan ilmu pengetahuan ini juga? Selama ini tak fikirkan ini. Cuma kita beli rokok. Tempoh-tempoh kita bantu beras segala macam.”

Dia datang pada saya di rumah sakit tu. Enam bulan itu, dua kali operasi. Pulang berganti-ganti semuanya. Dia datang sama saya.

“Saya serahkan pada kalian bagaimana baiknya, saya tidak menuntut apa-apa.”
Kumpul ramai-ramai. Bergerak. Bergerak. Bergerak. Bergerak.
Cari kompromi. Mahu bagaimana, terserah. Serahkan kepada saya, saya terima dengan ilmu pengetahuan kita. Saya tidak menuntut.

Saya, walau bagaimana saya kata, saya hidup juga. Tapi, orang-orang itu yang rasa tidak puas rasanya, kalau tidak diterima, kan?

“Tetapi, kami secara orang Minangkabau juga. ‘Adat diisi, lembaga dituang.’ Itu secara menuntut ilmu,” katanya.

Saya secara peribadi, macam itu saya tidak mahu keluarkan. Saya tak mahu tuntut, bukan? Kerana apa? Saya takut nanti salah anggapan. Salah tanggapan. Salah pemikiran. Melainkan kalau timbul sendiri persoalan.


Jadi kita kembali kepada soal ijazah, soal fanatik apa-apa, biasa menurunkan sama orang. Ada anak murid lagi, katanya. Itu terserah pada peribadi masing-masing. Tetapi sama juga di zaman nabi, nabi… Nabi Muhammad, di mana kata-katanya dipatuhi semuanya. Setelah dia tidak ada, imam saja sampai pecah empat, tidak? Sudah  mengata kafir-mengafir lagi! Padahal Dua Kalimah Syahadah juga. Sembahyang semacam itu. Tetapi, yang benar tetap benar.


Bila terjadi dengan kemahuan sendiri nanti, duduk di Pahang, di sana umpamanya terus jadi bomoh, jadi guru silat dengan ilmu pengetahuan batin ini mahu ijazahkan, itu tidak jadi keberatan buat saya.

Itulah daki dunia. Dia akan tinggal itu dunia semuanya. Tidak kita bawakan. Tetapi ilmu yang saya berikan, ini. Ilmu yang diambil dari saya, ini. Walaupun saya mati, selagi diamalkan pahalanya saya dapat. Duit apa-apa dikasi sekarang ini, selagi saya hidup ini, saya boleh pakai. Dia akan jadi tahi, maaf bercakap. Itu daki dunia namanya, tidak?


Tetapi, berapa banyak ini, tiap-tiap ini berhasil mengubat orang dia baik, dia dapat balasan satu, saya dua dapat untuk menolong kita di akhirat nanti sebagai simpanan Tetapi jangan pula mentang-mentang kita fikir akhirat saja, kita mengubat orang dia bayar tak payah, tak boleh tambah lagi dalam hati ya! Jangan pula, “Ah, ini tolong kerana Allah saja.”

Mana jadi nanti? Orang sebentar panggil kita. Pukul dua malam panggil. Panggil. Panggil. Tolong kerana Allah. Sudah selesai pulang jalan kaki pula lagi! Tak betul!


Berahsia. Terahsia kita. Dan yang pantas, yang paling beruntung, menarik kepercayaan orang; bagaimana orang percaya pada kita akan kebenaran segalanya. Itu nama rahsia pengetahuan
kita. Kebenaran badan kita diomong (diperkatakan). Jadi saya kembali tadi; jangan keluar dari garis-garis yang telah ditentukan.


Yang saya pernah saya katakan sama Bakar (Kapten Bakar), sama Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), saya ingin kalau dapat hendaknya orang di sini, kalau jadi guru nanti umpamanya
mengijazahkan, lebih kurang lagi nilainya daripada yang diberikan pada saya. Alasannya, apa sebab? Saya orang datang dari jauh.


Ongkos saya besar ke sini, tidak? Orang di sini tinggal di sini. Yang datang orang di sini pula yang meminta. Tetapi saya cakap, saya inginkan. Itu saya inginkan; kurang dari apa yang telah diijazahkan langsung pada saya hendaknya. Tetapi itu tidak salah, apa umpamanya… itu kalau dengan saya begitu pula yang diminta dengan anak murid. Itu tidak salah. Ini adat; dasar sosial, dasar kemanusiaan tadi semata-mata.


Untuk bukakan, itu terserah bebas merdeka untuk membawakannya. Jangan nanti datang, “Si anu itu minta begitu.”

Wah! Si anu itu terus langsung mengadu sekali pada saya, “Pak begitu. Begitu. Begitu si anu, si anu itu.”

Itu tidak menjadi soal, sebab walau apapun dia success, dia minta dua ratus, dikasi orang dua ratus. Tetapi hubungan tadi bagi kita yang pengubat dengan yang mengubat? Pengalaman sudah,
dengan kita tekan banyak tadi tu, kan putus di situ saja.

Tetapi dengan-Nya, dengan Gerak Allah semata-mata, dua Ringgit, tiga Ringgit, kita selalu diingat. Ini hubungan batin tadi, sampai cakap pula, “Cuba bawa kepada si anu! Dia tidak banyak apa-apa. Ubatnya juga tak payah. Tak sulit kita mencarinya. Berapa saja kita bayar, dia ikhlas.”


Jadi banyak kita alat propaganda tadi; sampai-menyampaikan mereka itu. Jadi lebih rapat lagi perhubungan persaudaraan tadi. Macam memandang kami, begitu rasa pandang anak kepada bapak, bapak kepada anak. Jadi tambah mendalam. Jadi tinggal bijaksana kita dalam praktiknya dapat maju itu hendaknya. Ertinya, bukan salah kalau kita mengubat orang, “Wah, itu mahu dilihat dulu penyakit.”

Tanya dulu. “Ini penyakit mesti begitu-begitu.”
Tidak salah kalau dituntut begitu. Tidak salah, sebab ilmu kita ini kalau dinilai tak ternilai. Timbanglah! Tak ternilai. Tanyalah sama orang yang pandai. Kalau jual-beli umpamanya, biar berjuta-juta tak ternilai. Boleh tanya pada yang tahu. Dengan ini kita minta sepuluh Ringgit tak salah saya bilang.

Tetapi kita ucap ini Ilmu  Tuhan; kita hanya sebagai perantara. Pulang kepada-Nya pula, bukan? Itu lebih baik.


Kita dudukkan diri kita di rumah umpamanya. Kalau sudah tua macam saya nanti, dapat dua Ringgit, tiga Ringgit, tempoh-tempoh melompat siang malam  rezeki tadi.

Tetapi kalau, ‘Ya... ini, wah! Susah ini penyakit. Sangat berat. Ini tak bisa dengan se-Ringgit dua
Ringgit.’ Itu ilmu akal jadinya, bukan? Bergerak dengan hawa nafsu lagi!

Ini kita jaga. Ertinya, betul-betul kita menyampaikan, melakukan pengubatan kita berhasil. Ditinggalkan hasil yang lahir. Yang hasil apa? Pahala. Yang batin kita simpan untuk di akhirat.


Begitu hendaknya. Tetapi kalau dengan paksa mesti bayar sekian, orang itu lantaran mahu baik dibayarnya juga, tetapi hatinya sudah berkata-kata. Kalau dilihat dari jauh dia membelakangi kita, tidak?


Jadi, hubungan tadi, tali persaudaraan tadi, tidak ada lagi. Kalau dengan ilmu pengetahuan kita ini, tiap-tiap kita beri air segelas sudah tanam itu rasa persaudaraan, tali perhubungan batin tadi. Jadi, walau bagaimana dalam satu saat terdesak kita terseksa, teraniaya kita, buka saja ilmu kita dia kontak itu semuanya kepada segala macam orang.

Kita tenang saja. Besok pada datang, sebab Tuhan akan menggerakkan malaikat-malaikat, malaikat-malaikat, malaikat-malaikat kepada orang-orang supaya datang kepada si polan, si
polan, datang ke rumah.

“Datang. Datang. Datang.”

Jadi kita harus berahsia dengan pengetahuan ini, juga rahsia yang ada pada kita.
Kalau kedengaran si anu si anu anak murid bapak tu katanya, itu lain semacam itu… itu. Tidak salah!


* * *


[Isteri Pak Kusib, kak Nab duduk di hadapan Bapak.]

“Segala-galanya diolah datang ke sini (perut) dulu sebagai gudang, bukan? Dalam ilmu sakit dan penyakit, ini dapur (perut) dimasak, digelodak, tidak? Itu sakit senang dari sini. Kebanyakan di perut segala-gala dimasak ke sini (perut) digelodak di sana. Bagi ilmu kebatinan, ini (perut) gudang kita. Kempis… kurus perut… di sini ditaruhnya, dan menjadi banyak muatannya hendak disimpan.”

Ya… apa lagi ya? Cukuplah. Sedangkan kita sendiri tidak dapat mengatakan, tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Gerak tadi automatik sendiri. Ya, jadi  mana yang  halus perasaannya, mana yang tajam pandangannya, bukan? Tiap-tiap perubahan gerak… gerakan saya mesti ada nampak perubahan pula pada rasa dan bentuk saya.


Jadi, dapat kita mengerti, ertinya yang datang itu gantian; datang pergi, datang pergi, datang pergi. Jadi, dengan pengetahuan yang kami berikan ini, begitu juga tentunya itu maka perasaan kita tadi berubah-ubah.

Ya, apa lagi? Ya, apa lagi? Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana? Masing-masing tak ada apa-apa?

“Cuba macam kami bikin tangan. Terus. Ya… terus.”
“Air hiba,” katanya.
“Ha… ha… ha… terus… terus saja.
Hmm… hmm… hmm…
jangan dibuka dulu, terus saja!”
[Kedua-dua telapak tangan isteri Pak Kusib bertemu rapat dan menjulang naik ke atas.]

“Satu jalan. Ini dulu! Itu bisa kunci-mengunci. Terus saja dulu.
Jangan sampai terbuka tangan. Tutup-menutup, kunci-mengunci.
Rapat! Ya… gerak boleh. Jangan sampai, jangan sampai terbuka..
Macam kami ini.

Titik-tolaknya, ini kunci. Kunci. Ya, ya, rapat.
Sampai berhenti pula seluruh gerakan.”


“Ya. Daulat Tuanku! Tidak apa-apa. Jalan terus. Yang DiPertuan Agong.”
“Ya sampai berhenti setenang-tenangnya; seluruh gerakan tidak bergerak lagi. Sampai dibawa ke dada. Rapat. Ya. Sampai dia turun ke bawah. Ya. Sampai setenang-tenangnya hendaknya.

Jangan dibuka tangan tu. Jangan dibuka. Jangan dibuka. Tutupterus! Kunci rapat-rapat. Rapat. Rapat. Rapatkan tangan. Rapat. Rapat.
Tidak boleh macam ini!”

[Bapak menunjukkan kedua-dua telapak tangannya betul-betul rapat; bertemu sepuluh jari.]
“Rapat terus! Untuk diri sendiri terus saja itu! Tahankan. Ya.
Itu pertahankan. Ya! Dan bergerak tenang setenang-tenangnya!”
“Ya Tuhan!”

Dengan ini kita boleh semadi macam ini. [Kedua-dua telapak tangan Bapak rapat di tengah-tengah dada. Kepalanya tunduk.]

“Ya Tuhan!”
Macam saya sekarang tutup mata macam ini, ayat-ayat Quran saja yang saya boleh lihat.
“Ya. Tenang saja. Kita bersemadi lagi tu.”
Jadi kalau mahu, tengah malam sembahyang dua rakat terus begini saja bertekun.
[Kedua-dua telapak tangan Bapak rapat di tengah-tengah dada. Kepalanya tunduk. Matanya pejam.] Mudahmudahan ada saja petunjuk-petunjuk atau apa pelajaran akan diperdapat.


“Satu jalan ya! Hmm… hmm… hmm… hmm… hmm… hmm…
Rapat di dada. Setenang-tenangnya. Ya. Sampai lepas.
 Buka jari telunjuk. Jari sri malam. Sampai merupakan jari sepuluh.
Hmm…hmm… hmm… Ya. Tundukkan kepala yang satu, dan selesai habis ya.

Hmm... Macam gerakan tadi, sampai sehening-heningnya. Akan tercipta bersemadi. Habis. Hmm… hmm… hmm…”

Satu pula caranya, ya tak? Bersemadi.


* * *


Kalau jalannya ilmu pengetahuan kita ini, saya ingat dulu, ertinya mengenai dengan pengetahuan ini, saya maksud  tukang dendang. Lagi saya masih kecil di kampung saya, tukang rebab (biola) … apa bunyinya?
Bertanya kerbau pada pedati. Katanya, “Jauh lagi perhentian?”

Di sini ada pedati? Tahu apa itu pedati? Apa itu kerbau? Pedati roda dua ditarik sama sapi di sini. Kalau di kampung kami, ada sama sapi, ada sama kerbau. Kerbau, kan tahu kita di sini?

Tukang rebab tadi dia menyanyi. Berdendang dengan pantunnya, bukan? “Minangkabau di Bukit Tinggi,” katanya.

“Menurun jalan ke Pariaman. Bertanya kerbau kepada pedati, jauhkah lagi perhentian?” katanya.

Cubalah. Lagi kecil-kecil saya ingat itu. Setelah mendapat ilmu ini. Saya fikirkan. Rupanya sangat dalam itu perkataan; kerbau bertanya kepada pedati. Cubalah bayangkan.

“Jauhkah lagi perhentian?” katanya.
Kita ambil umpamanya, dengan ertinya kerbau sudah payah berjalan, ya tidak? Sudah letih. Dia bertanya kepada pedati, “Jauh lagi tempat rehat?”

Setelah mendapat pengetahuan ini saya teringat itu. Sangat dalam itu. Sampai saya sendiri mendatang cerita, membuat cerita mengenai itu. Ertinya, zaman dulukala belum ada kereta, belum ada macam ini sekarang perhubungan, transport, orang memahami pedati itulah dengan sapi, dengan kerbau sebagai alat transport dari pekan ke pekan, ya tidak?


Sewaktu timbul kerbau bertanya oleh kerana letih berjalan di satu pendakian perjalanan tadi, air ludah sudah berbuih-buih melihat ke kiri ke kanan itulah, dia bertanya. Zaman dulu binatang-binatang pandai bercakap, tidak?


Pernah dengar cerita orang tua-tua dulu? Bertanya dia kepada pedati. Apa sebab dia bertanya? Sebab dianggap pedati itu sebagai bebannya, bukan? Itu yang dipunggungnya itu? Itu ditanya, “Jauhkah lagi perhentian? Letih aku ini!” katanya.

Sudah payah. Capek. Apa namanya bahasa Indonesia itu? Katanya letih. Tetapi setelah saya
dapat pengetahuan ini, itulah saya fikirkan. Sangat dalam itu erti perkataan.

Sebab secara berdialog dia; pedati tadi berkata: “Eh, kerbau! Engkau salah tempat bertanya. Masa kepada aku. Pada saya barang mati ini engkau bertanya? Jika tidak lantaran engkau, aku tak sampai di sini. Engkau yang menarik aku! Kalau tidak lantaran engkau, aku tak sampai ke sini!”


Ah… muatan, bukan si pedati tadi. “Engkau badanku,” katanya. Isi perutku, tidak? Di situ muatan, katanya tidak?

“Aku ini apalah…” katanya. “Kalau engkau tak jalan, aku di luar letaknya,” katanya.
 “Kalau berhitung mengenai nasib, baik nasibmu,” katanya. “Engkau nanti di tempat perhentian nanti dikasi makan itu rumput, makananmu di belakang tersedia,” katanya.


“Dimandikan lagi! Begitu sayang digosok,” katanya. “Aku di tempat perhentian begitu saja ditaruh. Hujan ke hujan. Panas kepanasan.”

“Jadi, kalau begitu kepada siapa aku akan bertanya?” katanya.
“Oh, kalau mahu tahu,” katanya, “mudah saja,” katanya.
“Angkat kepala sedikit baru dilihat ke belakang!”
Lagi baru diangkat kepala sedikit mahu lihat ke belakang;
“Sus... sus.. berangkat cepat!” katanya.

Jadi siapa yang ber-‘sus...’ tadi? Itu si tukang pedati yang duduknya di belakang kerbau, bukan?
Semacam ini merokok, tidak? Tetapi dia yang mengendalikan segala sesuatunya, padahal dia enak-enak duduk, faham?

Jadi, sebenarnya… bukannya, dak? Itu orang tiga sejalan. Tukang pedati, pedati dan kerbau. Kerbau tidak tahu, tak pernah melihat tukang pedati ini. Dia menarik-narik duduk di sini. Tukang
pedati itu yang menyuruh dia jalan. Itu makanya dia kecapekkan, keletihan. Dia mengatakan kiri kanan sama pedati.

“Jauhkah lagi perhentian?” Nafas sudah di pendakian pula lagi. Jadi tiga sebetulnya sejalan. Begitulah kita kehidupan manusia ini.

“Alangkah malangnya nasibku!” katanya.
Kepada siapa dia bertanya? Kepada siapa dia cakap?
“Bagaimanalah untungku ini?” katanya.

Kepada siapa dia cakap? Badannya, ya tak? Dalam pengetahuan kita, kan barang mati ini (badan)? Yang di dalam itu yang menarik, yang menjalankan kehidupan, bukan? Tetapi di balik daya-daya hidup tadi, kan ada yang duduk di tempatnya tadi, tidak?

 Jadi tiga pula itu. Jadi, kalau kita ukur bagaimana pendirian kita dalam hal ini, pedatikah kita? Kerbaukah kita? Apa tukang pedatikah kita?

Kalau kita pedati itu barang mati, lantaran ada sesuatu makanya kita bergerak. Kalau kita kerbau kita jadi apa? Tukang  tarik saja. Tenaga kita habis. Tukang pedati, kita mesti tahu erti tukang. Sebab tukang yang pandai ini kalau jadi tukang betul dia senang atau tidak? Untuk… akan menjadi tukang, payah.

 Ini rahsia hidup yang tiga ini. Dan begitulah pula macam semalam diterangkan juga semua sekali, yang zahir menunjukkan yang batin. Tuhan menunjukkan secara halus. Tinggal kita memikirkan tiga sejalan; kerbau, pedati dan tukang pedati.

Bila kembali ke pangkalan, kerbau, bukan? Lewat dimasukkan, dibawa ke kandang? Pedati
begitu saja diletakkan dan si tukang pedati balik ke rumahnya, tidak?
Itu tafsir titik tadi itu selagi masih hidup, kita tiga sejalan.


Terpulang pada kita lagi, yang mana aku, yang mana kita?
Tukang pedatikah kita? Yang kerbaukah kita? Secara kasarnya, itu kan?
Atau si tukang pedati?


Orang yang secara kasar dia berpendirian kepada kerbau, dia payah. Itulah tadi, kita payah hidup menjalankan kehidupan, tetapi makanan tetap ada disediakan, tidak? Rumah tempat tinggal tetap ada, dibuat… dibikin, tetapi payah hidup dalam  menjalankan kehidupan untuk orang. Untuk si pedati tadi, untuk orang itu kalau kita si tukang pedati, mengenal si tukang pedati itu yang kita, dapatnya kita mengenal diri kita masing-masing yang mana yang aku, kita yang sebenarnya tadi.

“Who am I?” Cakap Inggeris. Sudah campur pula.
[Bapak ketawa.]

Yang mana kita?
“Siapa Aku? Apa Aku nak buat? Apa Aku nak bikin?”
What shall I do?” katanya, ya dak? Salah saya cakap Inggeris itu? Saya tidak sekolah Inggeris.
Boleh? Apa saya nak buat? Apa… apa… apa… dari siang tadi saya cakap Inggeris.

“What can I do? What shall I do?”
Apa? Apa ini semuanya?
Sekali saya cakap Inggeris, saya minta bir keluarnya teh!
[Bapak ketawa. Gurauan ini ditujukan kepada Kamaruddin Che’ Embee.]

Dari siang tadi saya hentam bahasa Inggeris;
“You speak English? Understand? You?”
“No. No.”
Apa boleh buat?
Jadi dalam hal ini, kalau kita dapat mengenal akan diri sendiri, dapat kita mengenal akan diri sendiri, akan aku yang sebenarbenarnya aku, aku yang dikasih oleh Yang Maha Pengasih atau aku yang telah menjadi kekasih dari Yang Maha Pengasih. Insya-Allah.


Soal hidup dan kehidupan di sinilah dia air hampir, katanya, dekat. Makanan murah. Minta boleh, kehendak berlaku. Tetapi kalau kerbau, untuk dapat makan kita harus menarik lebih dulu, kalau kerbau yang pendirian kita. Itu falsafah hidup. Cubalah bayangkan.

Kalau pedati, apalagi barang mati, begini-begitukan orang saja!
Harus mengenal akan diri kita sendiri sampai kita dapat mengatakan, “Aku orang yang akan kembali ke Hadirat Ilahi, bukan yang akan dikembalikan ke asalnya, ke tanah!”
Hidup tegas kita hendaknya.

* * *


Bahkan macam kami orang di Padang, maaf cakap, bukan?
Yang bagi, yang ada gelar Sutan, ada gelar Bagindo, ada gelar Syed, Sidik. Kalau Sidik dari arab, itu orang jemputan. Tiga di kampung kami. Sutan itu raja-raja. Bagindo macam saya ini, tak bisa saya mengatakan Yang di Pertuan Agong. Jadi ertinya, saya tetap dalam pendirian dan keyakinan saya, bahawa saya orang jemputan. Begitu juga adat istiadat di kampung, kalau saya mahu kahwin, saya dijemput, dihantar duit. Saya ditanya sama orang tua saya.


Kalau sama paman saya, “Kami mahu mengambil si anu jadi menantu.”
Tawar-menawar dulu. Cara kita di sini, perempuan tak? Tawar-menawar dulu apa-apa bapa si perempuan. Kita mesti hantar. Kalau  kami di sana, siapa orang ini? Pangkat? Keturunan? Orang bergelar namanya, bukan? Sidik itu syed, bukan? Yang turunan dari Arab?
Sutan raja-raja. Bagindo ini keturunan dari Bagindo Rasulullah. Kan ada orang, bomoh-bomoh, ‘Berkat,’ katanya, ‘Berkat Allah, berkat Muhammad Baginda Rasulullah.’ Ya tidak? Turun-temurun.

Ingat. Jangan jadi salah pengertian.
Jadi, macam saya tegas: Aku adalah orang yang akan di jemput. Yang akan kembali ke Hadirat Ilahi, bukan yang akan dikembalikan ke asalnya, ke tanah.

Bukankah ini (jasad)? Ini asal dari tanah dan dikembalikan ke tanah.
Tetapi jangan bilang, “Oh! Bapak saja tentu boleh!”

Tidak! Kalian juga. Semua tiga sejalan, ya nggak? Yang ada pada kita roh yang duduk di tempatnya; rohani yang berkembang dari roh tadi, lampu cahaya-Nya tadi semua dan jasmani kita di luar. Tiga sejalan dak?

Tetapi manusia hanya tahu satu; aku manusia, sampai takut mati. Oleh kerana apa? Harta-benda, isteri, anak dan segala macam. Padahal kalau kita dapat apa namanya, memecahkan soal kerohanian ini, macam telah dapat dirasakan; meninggal pun isteri kita, kita dengan serta-merta dapat mendampinginya. Terus jumpa!

Walaupun ini telah hancur menjadi tanah. Sebab aruah kita ada pula itu! Di mana tempatnya? Kita boleh cari. Kita jumpa terus! Apa susah? Itu makanya kita tidak susah kalau ditinggalkannya pergi, sebab kita bisa hidup dalam dua keadaan dan kejadian; di dalam bidang arwah, ya nggak?

Jadi tak susah kita. Walaupun pada kenyataannya ya, kalau ditinggalkannya, apa boleh buat?
Sebab ya, saya buka kisah, sedikit kisah, kisah nyata pada diri kami dalam perjalanan, pengembaraan ini… berjalan mengenai roh, arwah ini.


Setelah saya berkembang dalam pengetahuan ini, mempunyai anak pengikut-pengikut, jadi seolah-olah  saya ingat pesanan junjungan kita Nabi Muhammad, “Nanti,” katanya “di akhir zaman umatku  terdiri dari kaum-kaum,” tidak? Sampai berapa? Tujuh puluh dua kaum, begitu katanya, ya dak? Dalam sebanyak itu hanya satu kaum, katanya, ‘yang benar.’


Kan begitu, ya dak? Kalau saya tak salah. Saya berjalan dengan pengikut-pengikut pula macam kita ini.


Pengikut Aku sekarang ini dengan berbondong-bondong ‘Laa Ilaaha-il-Allahsemua sekali. Yang lain itu begitu pula, dengan caranya pula, dengan tarekatnya pula berjalan… berjalan menemui Tuhan segala macam. Kan sudah berdiri satu-satu puak kita?


Saya dalam perjalanan tadi… ini pengalaman ya? Boleh didengar. Boleh di percaya atau tidak, itu terserah. Dalam perjalanan tadi, yang saya di depan yang paling di muka, tahu-tahu  menemui satu, satu apa namanya, satu tempat, bukan? Yang buntu jalannya itu. Ada pintu. Satu untuk masuk. Hanya terbentang papan saja melalui sebatang sungai kecil. Di pintu itu tertulis, bukan?


‘Hanya untuk satu orang yang boleh masuk ke sana, di balik tirai besi itu. Orangnya ialah yang paling dulu sampai.’ Dalam perjalanan saya dengan rombongan, saya dengan pengikut saya
waktu itu terpegun di sana, di tirai besi tadi.

Di pintu tadi dibaca, ‘Hanya untuk satu orang,’


sedangkan aku… kami… saya, dalam perjalanan rombongan sebagai ketuanya, membawa umatku katanya, umpamanya, bukan? Pengikut-pengikut kami. Tetapi apa?


Tarikan dari dalam itu sangat kuat. Harus mesti masuk, kan? Kita bergerak dengan Gerak Allah juga kan? Di dalam berfikir saya melihat ke belakang, nampak anak-anak, termasuk anak kandungan sendiri. Ini tambah ditarik untuk masuk ke dalam, tarikan kudrat Ilahi tadi.


Fikir punya fikir, lihat ke belakang, bukan? Anak-anak.
Sebenarnya saya berat untuk menyatakan, tetapi harus ini dikatakan juga. Saya… sangat kuat tarikan untuk memasuki ini istana, untuk mengetahui keadaan di balik tirai besi ini. Jalan kita untuk ke sini sudah buntu.

Tetapi lihat baca itu! ‘Hanya untuk satu orang dan orangnya pun yang paling dulu sampai di sana.’


“Jadi, kami yang banyak ini bagaimana?”
Itu pun saya tak dapat mengatakannya. Saya ingin membawa kalian semuanya serta aku. Bukan selama-lamanya, tetapi lihat ini!


Bagaimana ini? Tetapi boleh fikir sendiri. Kalau saya... jangankan kalian, anak kandungan saya sendiri saya tinggalkan. Cuma harapan, ‘tunggulah dan berdoalah kepada Tuhan semoga saya bisa kembali dan kita berjumpa dan aku akan selalu memimpin kalian dalam perjalanan. Tunggulah Insya-Allah.’


‘Masuk jalan untuk satu orang’ tertulis di papan melalui sungai kecil tadi.

Dengan Gerak Allah ini tadi, terus mengusut pantai dari sungai tadi. Jadi kedengaran gelak ketawa puteri-puteri, yang orang dunia katakan bidadari, bukan?

“Ha... ha... ha...” Bersimbur-simburan di air.
Saya tengok, rupanya ada seorang puteri yang dimandikan oleh inang-inang pengasuh yang banyak tadi. Rasanya saya kenal itu orang. Ini saya betul-betul sedar, rasanya, tetapi tak rasa berbadan lagi. “Saya kenal itu orang. Siapalah rasanya kira-kira? Apa betulkah dia ini?”


Orang itu melihat. Melihat, tapi yang lain yang memandikan tadi… orang yang dinantikan.

Saya terkejut, “Macam mana pula ini?”
Kami perhatikan. Kami perhatikan dari situ dibawanya tuan puteri… pakaiannya bukan? Saya lihat, saya perhatikan. Terus masuk ke sebuah rumah yang sangat cantik, istanalah umpamanya
dan bagaimana dia di dalam saya tak tahu. Habis itu keluar yang memandikan tadi, saya ditarik beramai-ramai.

Dimandikan. Dimandikan. Dimandikan. Macam dengan air mawar segala macam wangi-wangian yang saya alami. Dalam alam mimpi atau alam apakah waktu itu? Alam arwah atau bagaimanalah. Sekalipun begitu saya nggak mengerti Gerak Allah, atau bagaimana.

Menyerah saja begitu. Digosok. Dimandi dulu.
Saya teringat bahawa di satu tempat katanya, kalau benar di Syurga, di mana mengalir airnya jernih, ikannya jinak katanya segala macam, dengan penuh kebun tadi, istana tadi. Saya tengok
kebun angur segala macam, buah-buahan lazat cita rasanya di sana.

Saya dibawa. Dimandikan. Dimasukkan. Dikasi pakaian baru. Saya masuk di sana. Saya lihat, bukan? Yang dimandikannya tadi, tuan puteri tadi duduk dengan seenaknya, setenangnya, di tempatnya.

Setelah saya ditukar pakaian, saya ditarik duduk berhadapan. Duduk macam ini di meja. Habis itu, saya perhatikan dia melihat saya memandang. Dia memandang. Saya melihat dan yang banyak tadi, satu-satu mulai hilang. Tinggal kami berdua saja.

Belakang lagi datang di meja untuk makan ini buah anggur, buah apel (epal) segala macam. Saya, kadang-kadang saya kembali ke zahir saya, saya ketawa.

“Apa mimpi saya atau bagaimana?”
Ini cerita pengalaman saya, dalam bidang arwah, saya katakan.
Habis macam itu. Dia belakang bertanya, “Apa engkaukah ini?”
“Ya!” saya bilang. Menjawab.
Ditanya terus, “Mana anak-anak?”
Jadi saya bilang, “Saya tidak  boleh cakap soal anak-anak. Saya sendiri tidak mengerti tadinya kenapa kita boleh jumpa,” saya katakan.

Yang bertanya itu, yang menanya itu, bukan? Mana anak-anak, engkaukah ini, ertinya emak dari anak-anak saya tadi. Dia telah begitu dulu meninggal. Masih kecil-kecil ini anak-anak saya ini.
Anak-anak saya masih kecil yang di bawa ke sini. Adik ni dak mengetuk (masih berputing).

Cuba bayangkan, dia meninggal yang itu masih kecil belum sekolah apa-apa lagi, tahun 55 (1955). Itu kami berjumpa dalam perjalanan tadi.

“Engkaukah ini?” katanya. “Mana anak-anak? Kenapa tak dibawa? Kenapa bersendirian datang?”

“Saya sendiri tak tahu kita. Kita tak tahu sedikit juga yang bahawa kita dapat berjumpa ini.”
Habis itu, bagaimanalah perasaan orang yang ditinggalkan dengan orang yang meninggal terus jumpa? Habis itu belum sempat, belum sampai kita puas bicara atau bagaimana, pandang-memandang, bukan? Sudah datang tarikan kaki untuk keluar lagi.

Terus berdiri, saya keluar.
“Tunggu dulu! Hendak ke mana?” katanya.
Saya duduk lagi. “Tak bisa. Engkau lihat di sana. Di luar. Di balik tirai besi. Berapa banyaknya itu pengikut-pengikutku, termasuk anak kita sendiri. Mereka itu menanti kedatanganku untuk
memimpin, membawa kepada jalan yang benar. Kan engkau sudah senang. Bukan aku tak mahu membawa engkau, tetapi ketahuilah oleh mu,” bisa sendiri bicara waktu itu,

 “Apa yang ada padamu ada padaku, tetapi apa yang ada padaku tidak ada padamu. Jasadmu ini
telah hancur menjadi tanah. Tetapi dengan pertemuan kita ini, perjumpaan kita ini sekarang, saya sudah dapat memahami, saya bisa hidup dalam dua keadaan. Ertinya secara zahir macam ini
bukan? Dan di alam arwah. Jadi, engkau usah takut,” saya bilang.

“Kita telah jumpa satu kali dan selamanya kita boleh jumpa terus.”
“Kalau begitu baiklah, tetapi jangan lama-lama aku ditinggalkan!” katanya.

Jadi kembali keluar. Dan begitu saya bertemu kembali dengan rombongan tadi. Jalan kembali, menurut jalan yang telah digariskan dan dalam perjalanan, bertambah banyak juga, pengikut bertambah juga, bertambah juga, bertambah juga ramai-ramai.

Ada juga yang meninggal di jalan dalam perjalanan kami tadi.
Ada juga yang murtad. Itu bisa juga yang tak tahan. Tidak berani lagi mengikutkan. Tidak sanggup, tidak percaya segala macam. Itu terserah padamu. Cuma aku berjalan terus, dan termasuklah menyeberang sampai ke Singapura, ke Malaysia ini bertambah, bertambah, bertambah, bertambah pengikut.


Jadi, insya-Allah. Kalau mahu meyakinkan, kalau dengan ini Dua Kalimah Syahadah terus bergerak, kita akan berjalan bersama-sama rombongan di padang pasir dan segala macam, di mana petang, di mana malam kita berhenti, kita bermalam. Dari itu maka saya katakan, tempoh-tempoh saya menyanyi. Tempoh-tempoh saya gembira. Tempoh-tempoh. Sebab makhluk-makhluk itu dia dalam kabilah (rombongan) masing-masing; ada istirehat, ada yang bertambur, bermain rebana segala macam, bukan?

Saya juga nyanyi. Nyanyi suara P. Ramlee, ya nggak? Pernah dengar dulu, tapi tidak melewati batas, tidak keluar dari rel. Kita menyanyi, kita bergembira, kita bercerita, sehingganya saya dapat mengatakan kepada orang-orang lain atau orang-orang yang saya jumpai atau dipercaya apa-apa.


Bagaimanalah saya dapat mengatakannya? Saya telah tahu tempat saya untuk hari nanti. Saya telah tahu di mana tempat saya nanti. Jadinya sebagai seorang yang beragama, yang percaya,
sebagai seorang Islam dan dia senantiasa menanti kedatanganku, di sana tadi, yang diceritakan tadi di dalam perjalanan kami. Lebih dari itu, kami berjalan terus.


Pernah saya dari Medan naik bas ke Siantar. Permatang Siantar.
Di samping saya duduk seorang perempuan, bukan? Orang kampung saya. Terus mobil, kereta, jalan bukan?

Saya “Hmm… hmm… hmm… Allah. Allah. Allah.” Terus saya berhenti, dia terus menangis. Habis, saya mulai lagi. “Allah. Allah. Allah.”

Terus sampai di Tebing Tinggi. Tebing Tinggi, Medan. Terus sampai di sana, terus sampai ke rumahnya, dia menjemputkan ke rumahnya. Terus dia berguling-guling, menangis menjadi-jadi. Dia sendiri, zahirnya tidak tahu apa sebabnya maka begitu.

Belakang, setelah sedar segala macam, dia cerita bahawa, “Semenjak kereta tadi, bas tadi berangkat,”

Katanya, “Engkau  tadi  berzikir apa-apa saya lihat kita banyak di dalam rombongan di padang pasir,”

Katanya. “Dengan kabilah-kabilah berbondong-bondong (berduyun-duyun) memuji nama Tuhan. Sewaktu engkau berhenti zikir tadi, saya pun terkejut, terbangun. Sedar. Melihat nggak ada lagi. Habis itu engkau teruskan. Saya lihat, saya lihat segala macam, saya pandang. Saya lihat semua dan kereta sampai di tempat yang dituju,”

Katanya. “Itu saya lari pulang dan terus menangis!”

Satu perjalanan di alam ghaib, dengan ilmu roh apa tadi. Cuba!
Satu kejadian tak makan di akal, bukan? Kalau kita ambil secara kenyataan, takkan boleh terjadi? Tak makan di akal!

Tetapi kalau macam kita ini, saya terus tunjuk, sampai di sana. Tak makan di akal namanya.

Itu merasakannya. Saya pegangkan sampai.
Dan pernah pula ahli tarekat Khalifah di Kisaran, Medan, juga waktu saya mengembara di Medan, bertanya, “Anak, pancaran anak berapa kilowatt?”


Katanya. “Pancaran ini?”
Dia sudah mengerti kan? Orang tarekat.
Jadi anak murid saya menjawab, “Bapak mahu tahu? Dari masyrik (timur) ke maghrib
(barat),” katanya.

Dia guling kepala. “Tembus di tujuh langit, hujung langit? Dari masyrik ke maghrib? Kami belum lagi ke sana. Baru dua puluh kilowatt,” katanya.
Ini pengalaman saya ceritakan ini.


Selesai pada 6 November, 1998
Taman Mewah II, Lunas, Kedah


.

No comments:

Post a Comment