Sunday, November 23, 2014

SURAT

SURAT

Surat dari Bapak Dr. Bagindo Muchtar kepada Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim 
bertarikh 02 Oktober 1973.
________________________________________________________________________

Bagindo Muchtar
Gang Kenari 11/C 205 Saemba
Jakarta

Anakanda Sekeluarga,
Melalui lambaran ini kami permaklumkan pada anakanda, ialah barkat doa bersama kami telah sampai di rumah dengan tiada kurang suatu apa2. Alhamdulillah segala sesuatu berjalan dengan lancar sampai ke tempat yang dituju.

Begitupun kami harapkan di Malaysia ini untuk keseluruhannya, sepeninggalan kami akan segala sesuatunya berjalan pulalah hendaknya dengan lancar dan lebih berhasillah hendaknya daripada masa yang sudah2, insya-Allah. Bersama lambaran ini ingin kami kembali meingatkan pada anakanda yaitu pesan kami yang lalu, yaitu bukalah kembali jalan seluas-luasnya bagi anak2 kita di Penang dan kebebasan bagi diri mereka itu masing2 untuk memperkembang badan dirinya demi untuk kelancaran dan kejayaan dan kebahagiaan badan diri masing2 (insya-Allah). Dan awas jangan lupa kepada diri sendiri dan jangan lupa kepada ‘Aku’ dan segala sesuatu lakukan dengan sabar dan tenang, jauh dari takbur dan sombong.

Dan bersama ini juga kami suka meingatkan kembali akan kata2 yang kami tinggalkan dalam syarahan kami di Penang, Johor dan Dato’ Keramat yaitu yang penting yang akan menjadi pegangan untuk dipedomani dan dibawakan. “Perbaiki keadaanmu dengan apa yang ada padamu dan perbaikilah keadaan yang di luar badan dirimu juga dengan apa yang telah ada padamu.”

Insya-Allah, kalau dapat memahami betul kata2 tersebut segala yang di inginkan akan makbul. Ketahuilah olehmu bahawa dalam diri itu ada sesuatu yang tersembunyi dan pada ilmuku yang telah ada padamu itu, apa sesuatu yang tersembunyi itu telah menjadi kenyataan bagimu sendiri, kerana dia itu terbitnya atau timbulnya dari dirimu sendiri yang engkau sendiri telah merasakannya.

Berikut di bawah ini saya turunkan uraian Falasoof Ibnu Sina
(980-1037);
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIM
Orang yang arif mempunyai kedudukan dan darjat istimewa dan dalam kehidupan dunia ini, jiwanya bebas dari ikatan raganya dan membumbung tinggi menuju alam yang kudus. Dalam dirinya ada sesuatu yang hanya punya satu tujuan saja yaitu mendekati ‘Alhaqqu Awwalu,’ kebenaran yang pertama. Sekali-kali tiada mempunyai tujuan lain dan tidak satunya yang dapat mempengaruhinya. Dia beribadat hanya kepada satu saja yakni kebenaraan, kerana Dia hanya yang mustahak buat di ibadati.

Hubungan dengan Yang Esa itu semata2 hubungan kemulian, bukan kerana harap (raghban) dan bukan pula kerana cemas (arhaban). Orangnya yang selalu gembira, senyum, dan jernih mukanya. Dia berlaku hormat kepada orang kecil sebagaimana hormatnya kepada orang besar, kerana dia tawaduk, dapat mendudukkan dirinya. Dihadapinya orang tiada terkenal sama dengan menghadapi orang istimewa. Betapa wajahnya tiada jernih, pada hal hati sanubarinya sendiri yang telah gembira sejak dia mengenal kebenaran dan di mana-mana dia melihat hanya satu saja yaitu Al-Haq, kebenaran. Dia memandang semua saja, kerana semua memang sama.

Orang yang arif berani, betapa dia tidak akan berani, padahal dia tidak mengenal lagi akan takut mati. Orang yang arif dermawan, betapa dia tidak dermawan, padahal cintanya tidak lebih lagi sama sekali kepada benda.

Orang yang arif adalah pemaaf, padahal kemuliaan murni jiwanya lebih tinggi nilainya baginya daripada menghubunghubungkan  kesalahan orang lain. Orang yang arif tidak mengenal dendam, betapa dia akan berdendam, padahal ingatannya seluruhnya dipenuhi oleh satu, yaitu Al-Haqq sehingga tidak ada tempat di dalamnya buat yang lain.

Anjuran kami;
Bacalah dan cubalah renungkan akan huraian Falas Ibnu Sina dan kaji dan perbandingkanlah dengan apa yang telah kami berikan atau ajarkan padamu dan pengikut-pengikutku sekalian

Wassalam dari kami

……… tt… ……..
(Bagindo Muchtar)

Jakarta, 2-10-73
.


No comments:

Post a Comment