🌼 Kuliah 8 🌼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
21 Januari 1974
Jangan ibarat pepatah, ‘pandai naik tapi
tak pandai turun.’ Nanti badan kurus-kering nanti, sebab ini isi badan tadi
dalam keroncong di sana, keroncong di sana, beregang di sana, mengubat orang di sana… di sana. Kan pernah kejadian? Di sana.
Tapi kita berjalan terus, berbuat terus. Kita di luar terus badan kita sampai
kurus tak lapar kita!
Ya!
Mana tak lapar? Isi badan habis. Nasi pun tak ada.
Kita kembali. Dia masuk kembali ke
pangkalan. “Astaghfirullah al-Azim.”
Mulai sedar kembali jadi orang. Mungkin
cara begitu insya-Allah umur panjang katanya, sebab batin kita ke sana sudah kembali ke
sini, bukan tidak?
Ketawa dia.
Saya tidak cakap bohong itu. Tapi sama
orang tidak mungkin terjadi itu, tetapi dengan dia ini kekasih dari Yang Maha
Pengasih.
Jalan. Jalan. Jalan.
“Sudah dekat waktunya ini,”
katanya. Time-nya sudah dekat.
Terbang kembali.
Balik ke pangkalan. Masuk ke rumah kita
kembali, menjaga tali ini jangan putus. Kalau putus tinggalah di sana, bukan?
Kembalilah dia ke sana, bukan? Kita kembali
dan perkuat lagi, pertahan lagi.
Kan kita biasa dengan tenaga biasa. Mungkin
lebih, lebih tenaga kita. Ini boleh berjalan lagi, mulai lagi.
Ilmu ghaib, ilmiah dapat dibuktikan,
dinyatakan dan sebagainya dan sebagainya. Tapi dirasakan itu. Kalau secara
ketentuan-ketentuan akal saya sendiri umpamanya di Pulau Pinang, terlampau banyak kita. Ini cukup dua tiga orang, lima
orang saja, tetapi kenyataannya berapa banyak kita sudah?
Ertinya, kalau untuk jadi bomoh, buat apa
banyak-banyak, bukan?
Ya tak? Tidak? Tetapi, bukan… bukan… bukan…
bukan… bukan begitu. Di situ maksud kami membawa. Ini menanam benih,
membebaskan diri tadi masing-masing dari kongkongan, dari keluhan, dari
tindasan, dari penderitaan, dari segala macam ragam corak hidup dan kehidupan
ini.
Disebab-keranakan, ada juga yang kerana
berkat kesalahan dari nenek moyang kita dulu-dulu, yang kita mewarisi, tetap
menjadi gelap bintang kita! Mungkin sebab kita sendiri yang salah dan
sebagainya dan sebagainya. Mungkin disebab kita tak mengenal, tak mengetahui
akan diri kita sendiri dan sebagainya dan lain-lain.
Dan itulah, kepada siapa saja yang kami
katakan, yang kalau memang Tuhan meredhai, ada rezekinya pada kami, kami
berikan itu benih. Macam saat ini, sampai petang, sampai mendesak,
“Barangkali Pak, sudah ada rezeki saya ini.
Saya minta waktu ke sini sekali lagi.”
Didesak terus. Itu orang sudah dalam
tauhidnya juga ditanya dulu. Saya fikir-fikir, kalau begitu yah… dia mendesak,
saya dengan fikiran saya, ya… saya mahu tutup! Mahu pulang segala macam, bukan?
“Saya nggak mahu kasi!” secara zahir ini.
“Tetapi ini betul-betul, Pak! Rezeki saya
ada.”
“Okey-lah tunggu dulu.”
Saya jalan mundar-mandir. Pulang kepada
gerak ini, “Berdiri di situ. Ikut!”
Terbuka. Terus ijazah sekali! Cuba? Itu
yang tak kita duga-duga bukan? Ada rezekinya bagi kita tadi. Jadi, pegangan
hidup, pegangan kita ialah yang hidup. Jangan yang mati.
Yang mana itu yang hidup? Yang itu, yang membawa tangan ini bergerak. Kan dilihat waktu saya praktik tangan ini bergerak, berpusing-pusing sendiri? Lain pula tangan kanan, lain pula terjadinya bagi alam sekeliling kita atau orang yang langsung kita hadapi.
Yang mana itu yang hidup? Yang itu, yang membawa tangan ini bergerak. Kan dilihat waktu saya praktik tangan ini bergerak, berpusing-pusing sendiri? Lain pula tangan kanan, lain pula terjadinya bagi alam sekeliling kita atau orang yang langsung kita hadapi.
Jadi betul-betul hendaknya kehendak Tuhan
yang berlaku. Betul-betul hendaknya kita ini hanya bagai orang perantara saja.
Kita hanya menyampaikan.
Macam kami katakan, ini ilmu bukan kami
yang punya. Kami hanya menyampaikan, menyampaikan, menyampaikan semoga mudah-mudahan
bisa membawa perubahan pada jalan hidup kita masing-masing; buat diri berjaya
di segala bidang dan segala macam. Dan ketentuan-ketentuan pula nanti,
bagaimana saya katakan?
Tiap-tiap orang yang yakin kepada agama
yang dianutnya masing-masing, kita sebagai seorang Islam, sebagi orang
Kristian, orang Buddha dengan keyakinan pula, bukan? Bahkan saya akan mengatakan pula, dengan saya telah buka
ini, walaupun saya pergi, walaupun dikatakan nanti tak akan bergerak apa-apa
lagi, satu saat nanti bila trompet berbunyi, seruan ‘Allahu Akhbar!’ tiba,
semua automatis akan melompat nanti.
“Fi
Sabilillah!” katanya, dengan tidak dikehendaki.
Itu jalan telah kami buka! Percayalah!
Allah itu bagi seorang Islam yang telah
kami buka. Bila datang, macam Kristian ada pula masanya nanti katanya akan
datang dajjal segala macam, bila datang masanya nanti seruan, seruan ‘Allah-uAkhbar!’ Panggilan
Ilahi datang, ‘Fi Sabilillah!’ semua serentak.
Lelaki perempuan automatik dengan
sendirinya bangun itu!
Bangun! Bangun! Bangun! Kalian semua-sekali
akan jadi malaikat;
menolong, membebaskan, menyerbu ke sana.
Barangkali diri, diri-diri tadi yang di
dalam itu yang kita tak telap kena apa-apa sekalipun. Dengan sendirinya, dengan
sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya,
dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya, dengan sendirinya jadi
apa?
Tentera! Automatik!
Ini kita berbuat untuk kebaikan manusia.
Bukan untuk mengelabui mata orang banyak! Tidak! Membuktikan akan kebenaran
kita; diri tadi hidup. Cubalah tanya ke diri masing-masing.
“Betulkah apa yang kami katakan ini?
Semuanya yang telah kami bukakan?”
Tetapi, setelah meningkat pengetahuan,
bolehkah kita begitu?
Tidak! Belum masanya kiranya waktu itu.
Membuka… membuka… membuka.
Jadilah… menjadi orang hendaknya semuanya.
Sanggup bisa hidup dan dihidupkan,
menghidupkan sebagainya dan sebagainya.
Dan berjaya dalam kehidupan, membawakan
kehidupan; murah rezeki, umur panjang, disegani orang ramai, dituruti apa
omongan (ucapan) kita, dituakan kita di partai, di perkumpulan orang ramai, di
masyarakat dan segala macam. Dipandang kita sebagai orang terhormat dan dihormati dan sebagainya dan sebagainya.
Sampai pula, sampai pula kita habis menjalankan tugas hidup kita masing-masing dan
kami mohonkan sangat nanti, di akhirat nanti dapat kita berkumpul semuanya macam
sekarang.
Insya-Allah. Dan jalanilah,
berjalanlah macam biasa.
Lakukanlah apa yang dapat dilakukan.
Berbuat baiklah sebanyak
mungkin. Utamakan keluar, jangan untuk diri sendiri! Diri sendiri telah ada
yang memikirkan. Insya-Allah.
Sebab apa? Engkau masing-masing
telah dengannya. Dengannya.
“Dengan aku!” katanya.
Dengan ‘nya’ saya maksud,
ertinya kalau kita ambil secara wajar, secara fikiran ‘nya’ tadi itu yang
‘dia’-nya itu. Bukankah wakil Tuhan dia itu?
Cubalah bayangkan. Semuanya,
semuanya wakil, wakil Tuhan. Yang itu, itu kita telah bersertanya, bukan?
Jalanlah. Lakukanlah.
Berbuatlah. Insya-Allah.
* * *
Hari sudah malam juga.
“Pukul berapa ini?”
“Sebelas!” jawab seseorang.
Besok pada kerja.
* * *
Ertinya bagi saya sendiri nggak
puas melihat keadaan begini sekarang. Ertinya masih apa pula namanya… banyak
saya tengok, kalau secepat mungkin saya masih tetap di sini juga dulu, hendaknya
perhatikan. Itu tidak mungkin.
Saya katakan tidak mungkin,
sebab kami adalah orang pengembara, mengembara dan mengembara terus. Terus akan
mengembara, dan mengembara, mengembara dan insya-Allah
kalau diizinkan Tuhan, kami akan kembali ke sini.
Akan tetapi, sungguhpun… kalau umpama kami tidak
kembali ke sini lagi atau sekali-sekali kami datang, ya, ada wakil kami di
sini. Ada kami di sini, hanya untuk member penerangan macam ini yang tak ada,
tetapi itu berlaku, berbuat ada di dirimu sendiri. Itu Aku. Kami itu semua di
dalam dadamu. Itu kami. Kami itu semua, ya tidak?
Walaupun kami… apa yang telah dirasakan sekarang
ini dan pula supaya kami boleh lama di sini atau selalu di sini, tetapi dalam perjalanan
hidup dan kehidupan ini, pengetahuan ini, kami tak dapat membawakan sekehendak kami, semahu
kami badan diri yang lemah yang kecil ini. Tidak.
Macam dikatakan, kami pengembara! Kami
melakukan sesuatu untuk sesuatu. Kami berikan apa yang patut kami berikan;
melakukan apa yang patut kami lakukan, walaupun di mana sekalipun kami berada. Ya.
Dan begitulah hendaknya.
Ertinya pada malam ini saya katakan tadi,
mungkin malam ini malam penghabisan buat kami di sini, akan tetapi
walaupun kami pergi, kami tetap ada berada di sini.
“Lain bunyinya.”
Walaupun kami pergi, kami tetap ada berada
di sini, dalam seluruh gerak dan pergerakan. Tetap kami ada dan berada. Jadi kalau
kita titik-beratkan kepada perasaan alam zahir kita, mungkin beratnya kita akan berpisah. Tetapi apabila
kita kembali kepada pengetahuan ini, kita tidak berjauhan. Ertinya kita dekat.
Kalau didengar tadi saya berbicara,
tempoh-tempoh saya, dia mengatakan kami ke diri saya. Ini aku tempoh-tempoh
saya katakana sekarang. Itupun terselit akan rahsia.
Kami… kami... kami... kami tak
dapat bertahan lama-lama di sini, bukan? Oleh kerana apa? Kami banyak, kami
harus melakukan tugas kami di mana-mana kami berada.
“Akan tetapi,” katanya, “apa yang
engkau cemaskan semuanya? Aku telah berada bersertamu, dan saya pun mungkin buat
sementara akan kembali ke kampung halaman saya ke Indonesia,” katanya.
Bagaimana pula cakap kami?
“Kami!” katanya.
“Aku!” katanya.
“Saya,” katanya.
Tentu di antara yang hadir sekarang belum
dapat bercakap, berbicara macam kami
itu. Ada satu-satu tempoh saya dengar itu ‘kami.’ Dengan ilmu ghaib ini, dengan
tenaga ghaib ini, dari Yang Maha Ghaib ini, banyak berapa orang kita
ini?
Tapi di luar ini, jutaan ini! Dibuka. Bisa
nampaknya, mendengar syarahan-syarahan kami ini. Mendengar, mendengar dan akan
melaporkan nanti kepada Yang Maha Kuasa.
“Tapi kami datang, kami pergi. Nanti ada
yang datang ada yang pergi.”
Dari itu serahkanlah bulat-bulat apa yang
ada padamu ini; badan dirimu ini kepadanya, pada ilmu ini supaya yang datang
banyak ini bebas bergantian keluar masuk di batang tubuh kita ini.
Itu rahsia di antaranya pengetahuan ini.
Itu makanya orang-orang yang bawa pengetahuan ini macam-macam dia.
Tempoh muda dia, tempoh-tempoh tua dia,
tempoh macam anak kecil, tempoh begini kita lihat dia. Pertukaran dia… ingat macam filem
negatif dia! Jadi, kalau kita dalam hal ini sebagai si pengubat, bukan? Itu pun
juga yang duduk menghadapi sekarang ini, bukan? Ahli, umpamanya, dalam penyakit
tulang, umpamanya. Nanti sekejap lagi penyakit paru-paru orang itu. Ini akan
bertukar. Nanti yang lain pula masuk.
“Duduk. Ada apa? Ceritalah.”
Mungkin sama suara-suara, iramanya pada
akan bertukar waktu itu! Tetapi kita bukan orang kemasukan! Tidak! Orang
kemasukan dia lupa dirinya. Dan juga kita bukan orang halus! Orang halus tidak
nampak. Tapi kami ini nampak, tidak? Kan nampak saya!
Itu rahsia juga sedikit. Tetapi siapa kita
sebenarnya dalam pengetahuan ini? Yang kami, pada pokok, batangnya tadi.
Kami mengadakan perjalanan, pengembaraan
tadi dengan bimbingan-bimbingan. Juga dari yang ghaib-ghaib juga, setelah mendapat
cubaan-cubaan tadi. Dengan pelajaran dari yang ghaib-ghaib juga melafazkan Dua Kalimah Syahadah tadi,
mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan.
“Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah.”
Mengadakan pengakuan terhadap Tuhan, ‘Tiada
Tuhan yang lain melainkan Allah, pengakuan kepada Muhammad ar-Rasulullah.’
Semoga kami akan dapat pengakuan pula
sebagai seorang hamba-Nya dari Tuhan dan umatnya oleh Muhammad s.a.w.
Jadi, kita kembali lagi, bukan aku-an,
bukan orang kemasukan.
Secara itu ber-aku-an namanya, tidak? Kami
di sana ber-aku-an.
Orang, kemasukan, tapi lupa diri. Kalau
kami bukakan sedikit, kami katakan ialah kami orangnya yang telah mendapat
pengakuan, berkat dari perjalanan mengadakan pengakuan tadi dengan perjalanan
Dua Kalimah Syahadah tadi.
Yang ghaib tadi melahirkan pada kami… masa
yang belum ada dulu, yang ada masa itu hanya baru… kita kembali kepada hanya dua;
serupa ‘bak pinang dibelah dua.’ Belum ada itu pun di alam nur.
Maka berkatalah satu kepada yang lain, “Di
antara kita ini mana yang lebih dulu? Mana yang lebih cakep (gagah)?”
Kata yang Satu, “Aku!”
“Tidak! Saya!”
“Kalau engkau, cuba engkau ghaib di sini.
Nyatakan kebolehan!”
Dia cuba.
“Ini engkau” kata-Nya.
“Oh… ya!”
“Sekarang Aku Ghaib!” kata-Nya.
“Aku cuba kebolehanku!”
Dicarinya, dicarinya, dicarinya, dicarinya
tak boleh jumpa.
Dicari, dicari tak boleh jumpa.
Dia Timbul sendiri.
“Ini Aku!”
Sampai yang tadi, yang tadi yang satu malu
sendiri. Ertinya, tahukah engkau apa rahsianya?
“Engkau dari Aku datangnya. Tahukah engkau
cara rahsianya?
Aku ini Cermin. Aku jadikan engkau. Engkau
melihat ke Cermin, maka serupa dak orang dua?”
Tapi, samakah orang yang menghadap ke
cermin tadi dengan orang yang timbul? Yang ada dalam cermin tadi? Tentu tidak!
Itu!
Jadilah semenjak itu, apa katanya yang
menghadap cermin?
“Asyhadu
allaa-ilaha-il Allah; naik saksi aku tidak Tuhan yang lain yang
disembah melainkan Allah!”
Apa kata ‘orang dalam kaca’?
“Asyhadu
anna Muhammad ar-Rasulullah; Aku
Akui engkau sebagai Rasul-Ku.”
Maka lahirlah Dua Kalimah Syahadah.
Aku-mengakui:
Muhammad mengadakan pengakuan kepada Tuhan, Tuhan mengadakan pengakuan terhadap Muhammad
sebagai Rasul.
Jadi di bawah itu, sebagai seorang manusia biasa saja mula-mula
ke dunia, Dua Kalimah Syahadah dia yang membawa. Tapi kami mengatakan, bahawa
ya, dengan pelajaran orang-orang tua kami juga, di alam ghaib ertinya
hikmah-hikmah yang terkandung pada Dua Kalimah Syahadah tadi iaitu;
pertama pengakuan, pangkat dan martabat.
Jadi itu maka kami dibimbing berjalan juga dengan melafazkan,
dengan Dua Kalimah Syahadah ini di mana-mana kami berada dengan tujuan… oleh
kerana telah mendapat rahsianya tadi, rahsia ghaib tadi, hikmah yang terkandung
padanya tujuan kami akan mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan pula.
Bukan pengakuan sebagai Rasul! Bukan! Bukan! Bukan!
Pelajaran yang diperdapat tidak ada nabi
lagi, sesudah nabi Muhammad khataman
(khatam = tamat) nabi.
Yang kami harapkan, pengakuan, “Memang
engkau,” kata-Nya,
“Bagindo Muchtar, hamba-Ku,” kata-Ku.
“Dan Umatku,” kata Muhammad.
Jangan kita yang cakap, “Oh, Ya! Hamba
Allah ini! Umat Muhammad ini!”
Itu kita yang cakap. Tapi dalam perjalanan
ini,
‘Memang engkau hamba-Ku,’ kata-Nya.
Sambung sama Muhammad, ‘Ya umatku.’
Mengenai pangkat dan martabat kita sendirilah.
Di situ terkandung rahsianya. Apa pangkat, martabat saya ada tinggi atau tidak?
Oh! Orang luar saja yang mengetahui semuanya itu, kalau percaya. Saya bilang
tak apalah. Saya manusia biasa saja, saya bilang. Tapi itu terkandung.
Alangkah baiknya kita bergerak sudah
sembahyang.
“Asyhadu
allaa-ilaha-il Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah,” dalam perjalanan itu.
Tapi pernah seorang cina yang tak beragama
waktu itu, mahu mencari agama yang betul
katanya, bukan? Dengan saya, bawa macam ini.
“Dengan tidak diajarkan masuk Islam?”
Kata saya, “Tidak, kan?”
Mengambil air sembahyang tidak. Tetapi
kalau dia tertarik akan ilmu kita ini, ilmu saya ini ilmu Dua Kalimah Syahadah.
Jangan salah terima, di sana. Padahal
dalam pengertian kita bisa baca Dua Kalimah Syahadah. Masuk Islam tidak?
Saya
tutup sedikit.
“Ilmu saya kalau mahu ambil, ilmu saya ilmu
Dua Kalimah Syahadah. Bila saudara baca Dua Kalimah Syahadah, maka bergeraklah
itu.”
“Saya mahu, Pak!”
“Duduklah. Baca Dua Kalimah Syahadah.”
Sampai yang anehnya pula, bukan? Dia buka
jadi bomoh di rumahnya. Orang-orang Islam yang datang minta ubat suruh bawa botol,
ya dak? Disuruhnya mengucap Dua Kalimah Syahadah. Dia sendiri belum Islam lagi katanya. Tapi saya
katakan, itu ubatlah tiap-tiap air kita berikan suruh orang itu bacakan Dua
Kalimah Syahadah dahulu.
Apalah kata si Islam? “Si melayu Indonesia
yang banyak ini, itu orang cina menyuruh dia baca Dua Kalimah Syahadah!”
Cubalah! Yakin kerana hendak mengubat baca
juga. Tapi kesudahan juga apa lagi ya dak? Ada dalam perjalanan macam tadikan?
Saya suruh dia baca Dua Kalimah Syahadah. Terus bergerak baca, ‘Allah. Allah.
Allah. Allah.’
Waktu itu nampak sama dia seorang tua
berjanggut, berjubah, pakai tongkat.
“Assalamualaikum!”
Dia berhenti. “Wa’alaikumsalam!”
“Anak mahu apa?”
Di situ dia tergoda. “Aku ini si anu…”
Kata yang berjubah dan janggut panjang tu.
“Anak mahu apa?”
Terus dia fikir-fikir. Dia ada punya kereta
waktu itu… teksi dibawa anaknya. Dia bilang, “Saya mahu tanya, kalau betul,”
Katanya, “teksi saya belum pulang. Anak
saya yang bawa. Saya mahu tahu pukul berapa baliknya? Dan berapa dia boleh duit
tambang hari ini?”
“Duduklah merokok sebatang. Tak akan sampai
sebatang rokok,” katanya.
“Itu anak sampai! Ambil pensil! Tulis.
Tulis sekian ratus sekian sen.”
Dia duduk dulu. Tak lama, belum habis datang
dia. Ditanya berapa wang? Selisih cuma satu Rupiah lebih.
Jadi, dia bilang,“Wang ini lebih satu Rupiah.
Wang siapa tadi?
“Kenapa bapak mahu tahu?”
“Ada yang kasi tahu sama saya, ini mesti
duit orang yang lebih satu Rupiah ini.”
Dia tambah yakin bukan? Padahal itu godaan.
Sampai kesudahan dia sudah melampaui saya pula. Kesudahannya dia menjadi
seorang yang tak makan daging. Apa namanya? Apa agamanya itu? Dia sudah
menjauhi dari saya lagi. Dia gemuk. Tak merokok. Tak minum lagi. Dia pindah ke
lain tempat.
Saya waktu itu, saya operation enam bulan
di rumah sakit. Tetapi sekali-sekala terjumpa dia. Saya pandang, takut dia!
Padahal begitu bagus dia tadi. Ini yang kita jaga. Ertinya, kalau kita
bergerak, “Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”
Walaupun apa yang nampak, walaupun ‘Assalamu alaikum!’
katanya. Tak usah ladeni (layan)!
“Allah!” jawabnya. “Allah.
Allah.”
Jalan terus, sebab tujuan kita
semula hendak menemui Tuhan, bukan nak cari dia yang di kiri dan yang kanan.
“Allah. Allah.”
Nanti datang lagi yang lain.
Nampak macam mak kita, orang tua kita. Jangan diladeni! Terus saja, “Allah.
Allah. Allah.”
* * *
Sekarang timbul satu
pertanyaan, bagaimana… apa tandatandanya bahawa kita telah berada di
Hadirat-Nya Yang Maha Kuasa tadi? Kalau betul-betul kita berjalan mencari-Nya,
tidak?
Ini pengalaman diceritakan.
Tanda-tandanya bahawa kita telah berada di sana, tidak ada gerak!
Nafas pun tidak ada lagi!
Sampai tak berasa kita ini! Yang ada ini tak berasa sedikit juga. Nafas, saya bilang
pun tak ada sedikit juga. Dan kita lemas. Kalau orang pegang waktu itu kapas
rasanya ini semuanya. Di situlah kita sedarkan diri kita.
“Asyhaduallaa-ilaha-il
Allah; Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasulullah.”
Tiga kali. Lahir dan batin kita
mengadakan pengakuan. Kita turutkan gerak. Yang itu tak akan kita jumpa untuk
dalam sekali latihan saja. Berulang!
Itu tanda-tanda saya tunjukkan.
Tanda-tanda pula bahawa kita
telah dapat pengakuan kita dalam mengamalkan
pengetahuan kita ini, orang sudah mulai mendatangi kita. Itu! Kita jangan
menunggu Jibrail akan membisik, ‘Ini Jibrail! Disuruh Tuhan untuk
menyampaikan!’ Jangan diharap!
Tanda, pertanda bagi orang yang
tahu, tanda, tanda, tanda, dengan orang mendatangi, mengaku akan ilmu kita dan
segala macam. Hanya itu yang kita perdapat dan pendapatan-pendapatan dari orang
pandai, dari orang yang berilmu pula.
Saya pernah… baru masuk Singapura dulu, ada
seorang haji. Lama di Mekah. Sampai beribu-ribu Ringgit orang tuanya menyekolahkannya
mencari ilmu di Mekah. Belakang jumpa sama saya di Jalan Keladi, kampung melayu
sana. Dia orang Melaka. Dia balik ke Melaka. Rupanya bapaknya tingkatannya wali
Allah di sana. Dia cerita ada orang Indonesia petandanya begitu-begitu pergi belajar
sama dia. Tetapi anehnya, tanda-tanda ditunjukinya tak makan di akal. Tak makan
di akal.
“Kalau boleh saya katakan...”
“Tak harus saya katakan?”
Kalau boleh saya katakan, waktu itu bulan
puasa nak masuk.
Lihat orang tu begitu-begitu keningnya.
“Begitu,” katanya, kan?
Bulan puasa dia tak puasa. Dia tak
sembahyang. Kan aneh itu!
“Asyhadu
allaa-ilaha-il Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasulullah, tetapi merokok bulan puasa!”
“Puasa ni, tak apa,” katanya.
“Itu tak boleh,” kata saya.
Jadi hasilnya saja mengenai diri saya waktu
itu, bukan? Sampai orang tu bangun tengah malam! Dia bangun. Kepada saya kiblatnya,
dia menghadap sembahyang.
“Ini bagaimana? Gila orang ini, bagaimana?”
Saya biarkan saja. Saya lagi tidur.
Sengajanya saya tidur. Berapa malam sudah di samping saya terus dia tidur.
Belakang semuanya selesai, saya bertanya.
“Apa tujuan kamu sebenarnya? Ini sudah
berubahnya kiblat ini?”
“Tidak! Bapak saya kasi tahu!”
“Tapi itu salah! Bukan saya itu
orangnya!”
Tapi asal dekat dengan saya dia
kedinginan terus. Cara dia tadi memahami.
Jadi kita balik ke pokok
pangkal tadi… dalam perjalanan tadi, ‘Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.
Allah.’
Kalau tujuan kita tadi, bukan?
Hendak mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan pula, selepas sembahyang
kita dalam langkah pertama akan melihat
nanti seolah-olah kita di padang pasir, di mana pohon-pohon kurma akan nampak
semua. Kita berjalan terus. Jalan terus. Jalan terus.
Ini gunanya. Jangan kita
tergoda melihat orang tua kita segala macam! Jangan sampai kita menangis
menjumpainya dan segala macam. Kita kuatkan! ‘Allah! Allah! Allah! Allah!”
Macam saya katakan tadi, kita
telah bebas. Tuhan kita cari dulu. Habis itu baru kita kalau kita punyai
isteri, anak, kita pulang ke rumah menjumpai anak isteri kita. Baru jumpa yang
lain-lain. Jangan sampai terhalang perjalanan kita.
* * *
Akan tetapi ya, semua sekali
ini sudah mendapat kemudahan semuanya. Bukan macam saya dulu. Saya
memperolehnya… untuk mendapatnya dan segalanya dengan pengorbanan-pengorbanan; pengorbanan
yang dugaan saya bagi seorang manusia yang lemah tak patut terjadi tetapi terjadi.
Sampai sekarang pandai saya mengatakan,
tambah besar nikmat Tuhan atau apanya dari Tuhan yang akan diberikannya pada
kita, tambah besar pula cubaan yang harus kita lalui. Dan itu pun makanya
berhasil pula, bukan?
Kita mendapat Rahmat dari Tuhan
tadi, berkat kesabaran. Kesabaran ini yang penting! Tabah hati menerima segala
sesuatu. Berkat kesabaran. Tapi entah bagaimanalah saya
mahu membawa? Entah suratan atau macam manalah, dari kecil saya juga
seolah-olah sudah ada pengiring-pengiring yang ghaib ini barangkali? Ini pengalaman!
Kalau macam saya kerja bahagian Shell
Company bahagian minyak ke dalam hutan-hutan rimba besar… itu pekerjaan mencari minyak,
bukan? Macam rimau, ular, beruang, apa tidak saya jumpai? Tapi insya-Allah.
Mudah-mudahan rasa ada, ‘Syess... syess... syess...’
Kalau saya jalan dalam hutan, ‘syes...’
Berbunyi-bunyi saya lihat nggak ada. Jadi ingat saya ke belakang ini seolah-olah
nggak ada juga tanda-tanda tadi. Cuma Tuhan hendak merubah nasib saya tadi,
bukan? Terutama saya begitu saja gelisah bekerja setelah dua puluh tahun.
Hampir dua puluh tahun saya kerja dengan
perusahaan Belanda Shell Company. Cubalah bayangkan. Begitu saja saya minta berhenti.
Gelisah. Rasanya perubahan-perubahan akan terjadi, tetapi kenapa? Bagaimana? Itulah Tuhan
hendak merubah nasib kita tadi. Dan itu pun harus melalui cubaan pula lebih
dulu.
Dan itu pun, apa yang diberikannya sedikit
itu saya tak mengerti. Saya turutkan saja ini semuanya. Tak mengerti kita.
Bertanya kepadasiapa? Cuma saya tanya.
“Itu bagus! Turut saja!”
Dan apa yang diteruskan, di situlah saya
mengembara terus. Mulai dari Jakarta ke Padang, Padang terus ke Medan segala macam.
Di situ saya jumpa Syeikh Makmun Yahya (Bapak bermukim di Medan tahun 1955-1957) segala
macam. Patah balik sampai ke Pelembang. Sampai masuk Singapura. Sampai kita bertemu
di sini segala macam. Dan begitulah pengalamn-pengalaman tadi.
Begitu makanya dapat pula kita berkenal
satu sama lain. Kami berikan, kami berikan dan kami berikan apa dapat kami berikan dan kami hanya badan perantara saja.
Perantara. Si pembebas
umpamanya, membukakan jalan bagi yang tertutup jalannya. Meluaskan, membuka
jalan.
* * *
Macam pernah saya terangkan
juga, lahirlah untuk kedua kalinya. Kalau kelahiran dan kehadiranmu yang
pertama ke alam nyata ini, ke dunia ini melalui rahim ibumu, maka kelahiran dan
kehadiran kita yang kedua dengan jalan memancar melalui badan diri kita
masing-masing.
Dengan jalan memancar, sebab
kita yang tadi keluar dari rahim ibu tadi, bukan? Keluar sebagai seorang manusia
oleh kerana ibu bapa kita manusia. Kita yang telah lahir dan hadir untuk kedua kali
ini keluar dengan jalan memancar, yang hanya, yang dapat dirasakan tetapi tak
dapat dilihat oleh kerana keadaannya tadi memangnya begitu; ada tetapi tidak
ada.
Mustahil dia tidak ada! Itu roh
tadi kan dia ada! Tetapi dia tidak ada pada kenyataan. Jadi melalui
saluran-saluran ini dia keluar memancar dan hanya dapat dirasakan. Tak boleh
dilihat.
Jadi, dengan kelahiran dan
kehadiran kita untuk kedua kali ertinya kita hidup dua sejalan. Itu baru
mungkin bahagia hidup kita, kalau kita
selalu hidup berlahir dan berbatin tadi. Oleh kerana bawaan hidup kita yang selama ini dengan hidup belum memancar, belum dapat keluar melalui kami,
badan diri kami segala macam, pincang atau tidak seimbang jasmaniah saja!
Walaupun kita mengakui
mengetahui ada rohani pada diri kita sendiri!
Jadi, dengan membawakan
gerak-geri ini, yang lahir ini, yang lahir ini yang telah dapat kita rasakan
ini, bukan? Ertinya kita sudah memasuki alam tasawuf, alam kerohanian, alam
kebatinan, alam Tuhan, alam tauhid dan sebagainya. Tidakkah
begitu?
Masuk di alam kerohanian. Jadi kita
bergerak sudah ini dengan ilmu pengetahuan kita ini di bidang kerohanian. Yang
nyata ini hanya pada orang yang tak kenal pada kita melihat kenyataan kita.
Tetapi kita sendiri yang tahu, yang mana kita. Siapa kita yang sebenarnya?
Orang yang tak lekang oleh panas, yang tak
lapuk oleh hujan!
Akan tetapi manusia tetap manusia. Kami
maksud manusiamu. Manusiamu. Manusiamu. Engkau tidak boleh ditinggalkan. Hidup bersiang
bermalam. Ertinya, kalau orang berpegang kerohanian, itu saja. Itu yang
dipegang betul, bukan? Dia lupa akan makan, tidur dan sebagainya. Sebab itu
orang tak makan dia! Dia benar. Dia hanya berbuat, berbuat, bergerak, berjalan,
berisi dan sebagainya.
Tetapi yang dibawanya ini, si pedati tadi,
dia harus di tempat yang teduh letaknya. Dibersihkan segala macam. Kalau jalan
terus lapuk dia, tidak? Mesti dibersihkan juga.
Ini berguna bagi kita; jasad, badan ini. Dengan
positif negatif, ya baru dapat kita merasakan akan nikmatnya kelazatan hidup dan lain
sebagainya. Dengan negatif saja dipositifkan tidak ada erti hidup!
Yang positif
saja kita ini telah alami; menderita kita dalam kehidupan! Jadi, positif –negatif
disatukan. Jadi kalau yang negatif sudah positif pada kita sekarang. Mengerti
tidak cakap saya sekarang?
“Yang negatif, yang positif… Sini
apa yang dicakapnya itu?”
Yang nyata, yang tidak nyata. Yang negatif,
yang positif. Plusminus.
Ini kita berpegang kepada yang negatif
mulanya tadi telah menjadi positif bagi kita yang dapat kita rasakan, bukan?
Sudah positif sudah. Terbalik jadinya yang positif ini jadi negatif. Hanya benda ini, cuma tak ada apa-apa lagi. Itu
yang kita. Itu yang bisa bergerak ke mana-mana, bisa terbang ke mana, ke mana
ke mana dia pergi.
“Hendak ke sana!” katanya,
padahal dia duduk di sini, tetapi sampai. Cubalah lagi macam itu sekarang!
“Aku hendak menghadap Tuhan,”
katanya.
Dia bergerak. Ikut saja.
“Aku hendak menghadap
Tuhan-ku,” katanya.
Dekat saja. Kalau kita berada
di Hadirat-Nya, mohonlah. Mintalah, apalah… Tidakkah?
Okey? Dah sebelas (pukul sebelas malam) sudah hari. Besok banyak
yang bekerja dan segala-galanya.
* * *
Ya… apa yang kami katakan lagi
pada kata perpisahan kita ini?
Saya ini ertinya, mahu nggak
mahu saya akan berangkat besok. Cakap saya ini, kami; anak saya, kawan akan
berangkat besok. Kami kembali ke Kuala Lumpur dulu.
Tetapi, ya… tapi bagaimanalah
saya akan mengatakannya?
Jangan cemas. Jangan takut.
Jangan putus asa atau jangan seolah-olah kepergian kami, anak-anak di sini akan
merasa kehilangan atau kehilangan, tidak? Ingatlah selalu kepadanya, tentu dia
akan mengingat engkau pula. Kalau kita tidak mengingatnya pasti kita tidak
diingatnya. Pengetahuan itu pula, pengetahuan yang masa sekarang ini… apa yang
ada ini… diri kami apa yang telah ada di situ.
“Diri kami,” kami katakan.
Kalau kita dapat mengerti di situ, sementara engkau menjadi batang pula
masing-masing sampai bisa membuahkan, menghasilkan buah. Tetapi itu kamu semua
kami perhatikan sekarang bergantung
pada diri kami. Sedangkan kami inginkan menjadi batanglah, menjadi batanglah.
Ada yang bakal bakal menjadi batang, tapi saya lihat belum
sepenuhnya saya dapat mahu melepaskannya demi tanggungjawab kami di Akhirat.
Masih banyak juga, masih terpengaruh kepada
materi; kebendaan.
“Salah?”
“Tidak salah!”
“Caranya menjalankan?”
“Tidak salah!”
Mungkin juga lantaran pengalaman tidak
banyak. Mungkin juga, pada umur barangkali juga. Itu tidak salah! Tapi secara pengetahuan
atau saya ketahui umpamanya, saya ingin macam saya ini pula. Kalau tidak, akan lebih. Kalau
lebih, lebih syukur saya kepada Tuhan. Tetapi saya ingin hendaknya berjaya
hidup di dunia ini menjelang hari akhirat nanti dan sampai ke akhirat.
Jangan hanya nanti di akhirat, seolah-olah
di akhirat nanti kita akan masuk ke syurga tetapi di dunia ini kita lapar, kita
menderita. Sedangkan doa, apa kata?
‘Rabbanaa
atinaa-fi-dunya hasanah wa-fil-akhirahti hasanah wa-qina azab an-nar!’ Dunia dulu!
“Rabbana
atinaa-fidunya wa-akhirah!” Cubalah! Dunia
dulu semua, tidak?
Jangan macam dibawakan sudah-sudah; mengaji
untuk mati. Mati yang akan dikaji tinggal di surau, di langgar (madrasah). Dipanggil
orang, sedekah. Minta doa itu, dikasi berkat sedikit!
Cubalah bayangkan.
Ini ilmu. Ilmu! Memang kaya kita. Segala
macam kita, sebab dari Yang Maha Kaya, tidaknya? Ciptalah nikmat hidup!
Perolehlah nikmat hidup dengan Ilmu Tuhan
yang telah ada pada kita diri kita ini sekarang. Soal mati saya kira tak perlu
dikaji, sebab mati itu bagi tiap-tiap diri, bagi tiap-tiap manusia pasti
datang.
Qullu nafsin zalikhatul maut! Ini soal hidup yang kita fikirkan; hidup. Bagaimana kita bisa
hidup? Boleh hidup dan berjaya, dan tidak
melanggar undang-undang Tuhan dan sebagainya?
Ini. Boleh hidup kita macam orang
hendaknya. Puaskah dengan apa yang ada?
Kalau saya ceritakan barangkali di rumah
saya, ya dak? Ertinya, kiranya di Indonesia orang nggak mengerti pada saya,
nggak dapat melihat sebab saya tidak bekerja, tidak berdagang.
“Tidak itu…” katanya, bukan?
Habis dilihatnya pakaian, bawaan segala
macam, dan tamu datang terus. Famili banyak, makan terus. Orang payah berfikir
dari mana dapatnya. Tapi kalau saya ceritakan, kalau masak umpamanya sekanting
dua kanting, sekati atau berapa kanting secara kami di sana, berapa yang datang
nasi tak habis-habis, bagaimana? Bukan saya jampi apa-apa. Tidak!
Jadi terjadi. Makan bubuh juga, tapi nasi
banyak itu juga. Itu! Bukankah Rahmat tadi?
Di Medan juga begitu anak patient (pesakit)
saya, bukan? Saya duduk di Medan. Orang Kisaran itu, dia jauh. Anak famili
tidak ada tinggal duduk di sini. Makan minum segala, tinggal. Waktu sudah selesai,
bukan?
Sudah baik. Sudah baik saya bilang seminggu
dua minggu apa, pulanglah. Saya suruh pulang dia pulang. Dia sudah baik.
Belakang waktu mahu berangkat, “Saya ingin
tanya. Saya hairan betul di rumah ini.”
“Kenapa?”
“Tamu datang. Terus terus makan juga. Tapi
saya lihat si Upik ini,”
Mengatakan kepada nyonya (isteri) saya, “masaknya
sekian kanting nasi tak pernah habis! Hairan betul. Saban hari saya perhatikan…”
Saya juga tidak tahu. Kami belanja. Itulah
katanya. Cuba! Itu mengajar kita pula membawakan diri dalam kehidupan ini
jangan pula terlampau berhitung, sebab dalam ilmu ghaib ini kalau pakai buku
kira-kira kita, yang ghaib tak bisa menambah! Nah! Yang itu!
Tapi ibarat beras kita di kaleng, di mana
tadi diambil juga, masak juga, dia tak tahu. Kita sendiri juga hairan kenapa
nyonya saya tidak minta duit membeli beras. Itu pun, sambil lewat saya hentam sama
kaki; penuh juga bunyinya.
Dan orang rumah sini sendiri tanyalah.
Tanyalah kepada ibu si Hawa. Tanyalah kepada emaknya. Kan banyak
keanehan-keanehan terjadi, tidak? Itu! Bukan dimintakan, bukan disengaja,
bukan?
Bukan. Bukan minta. Berbuat, berjalan pada
jalan-Nya. Insya-Allah.
Itulah dikatakan Si Bidin orang keramat
katanya.
“Ada dia? Di luar?”
Itu. Itu orang keramat itu.
“Kenapa di luar saja? Itu orang
keramat di luar.”
Dia pergi ke sana. Diperlihat
keanehan-keanehan cara berubat.
“Orang Keramat, itu orang.”
Pengetahuan kita ini yang membawa kita,
yang jadikan kita orang keramat. Tapi jangan terus senang hati!
“Wah! Saya orang keramat ini!”
Jangan! Tidak! Tidak! Tidak! Jalan terus.
Pengetahuan orang pandang cakap! Itu jalanlah! Jalanlah terus. Qadha’ dan Qadar dari Tuhan.
Ya! Jangan lewat waktu. Dan bagi yang kerja
besok pula ertinya saya kira cukuplah sampai di sini perjumpaan kita malam ini.
Dengan ucapan dari kami, katanya terlebih dahulu, saya terutama, dengan harapan
dan keinginan mudah-mudahan Tuhan member kami pula keizinan nanti di belakang
hari dengan dapat bertemu muka, berjumpa
kita kembali hendaknya, bersyarah atau member penerangan atau memberi
pengertian yang masih kabur-kabur rasanya dalam pengetahuan kita ini, untuk
lebih mengakrabkan lagi hubungan kita satu sama lain sebagai seorang Islam.
Seorang muslim bersaudara satu sama lain,
dengan kami dipandang sebagai Bapak dikatakan, sebagai guru dikatakan,
sebagainya dan sebagainya. Kiranya memang diizinkan oleh Tuhan dapat pula kami
diberinya kami tenaga, dapat kita berjumpa kembali pada
masa dan waktu yang lain. Insya-Allah.
Dan lidah saya sendiri, mulut saya sendiri,
badan saya sendiri umpamanya, macam dikatakan tadi, sayalah ini, kami-lah ini
adalah sebagai alat menyampaikan saja. Terdorong perkataan kami kurang betul,
kurang tepat segala macam, kami minta dimaafkan.
Segala apa-apa umpamanya, yang telah
dihadiahkan, diberikan bantuan secara ikhlas kepada kami dan segala macam
kepada kami bukan? Minta terima kasih.
Kepada Tuhan kami pohonkan semoga segala-galanya. Tuhan akan menggantinya
dengan berlipat-lipat ganda.
Dan pada yang lain, kalau ada hal yang
lain-lain, yang kemusykilan-kemusykilan yang kami salah tangkap, salah pengertian
di antara kita, satu sama lain, ingin pula kami mohon dan minta dimaafkan atas
segala-galanya. Kiranya Tuhan selalu berpihak kepada kita.
Dan cukuplah sampai di sini rasanya dulu. Insya-Allah
Tuhan mengizinkan lain waktu, lain masa kita berjumpa pula.
Berat semuanya. Kenapa jadi macam ini? Tak
bisa saya menutup ini.
“Belum juga rupanya, ya?”
Ada masa pergi. Ada masa datang. Ada masa
berkumpul. Ada masa berpisah. Dan ya, dan… dan… dan… dan apa lagi? Dan…dan…
dan… dan… ya… tak bisa saya cakap lagi itu.
Mohonlah kepada Tuhan semoga saya ini
diberi-Nya kudrat dan iradat, Tenaga dan dipanjangkan umur. Insya-Allah pasti saya akan kembali ke sini. Ya… turutlah kami. Kita
tutup. Duduklah di tempat masing-masing.
[Bapak mengetuai ‘Gerak.’]
“Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah,
wa-laillaha il-Allah, wa-Allahu-Akbar! Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah,
wa-laillaha il-Allah, wa-Allahu-Akbar! Subahan-Allah, wa-Alhamdullilah,
walaillahail-Allah, wa-Allahu-Akbar!”
“Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah;
Waasyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhaduallaailaha il-Allah; Wa-asyhadu-anna
Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu-anna Muhammad ar-Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah;
Wa-asyhadu-annaMuhammad ar-Rasuulullah.”
[Maksudnya; “Subahan-Allah (Maha
Suci Allah), wa-Alhamdulilah (dan segala puji-pujian bagi Allah), wa-laillaha il-Allah (dan tiada Tuhan melainkan Allah) wa-Allahu-Akbar!”
(dan Allah Maha Besar)]
Macam mana? Jadi kita berangkat
besok?Jadi?Apa? Malam ini!
Sesudah ini? Ketawa dia.
“Cuti besok, Bapak!” Seseorang menjawab.
“Cuti?”
[Bapak ketawa.]
Dua orang cuti. Yang lain kerja. Tak
apalah. Ini ketentuan dari Tuhan.
Besok siang kita berangkat. Jangan
terlampau difikirkan soal ini.
Tidak! Soal bukan difikirkan lagi…
Selesai pada 2 Julai, 2002 (10.45 malam)
Di rumah kami
180, Jalan Mewah 5, Taman Mewah II, LUNAS, Kedah.
.
No comments:
Post a Comment