Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah XIV 1975 : Ogos (Malam Pertama) Kuala Lumpur (FULL)


🌼   Kuliah 14  ðŸŒ¼
Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Ogos 1975 (Malam Pertama)


Yang pertama, saya ucapkan syukur kepada Tuhan yang telah dapat mempertemukan kita dengan dapat langsung berhadapan muka antara satu dengan yang lain, pada ini waktu, di tempat ini.


Terutama, bagi yang saya tengok muka-muka baru, yang baru ini kali dapat pula mengenal, atau mengamalkan pengetahuan kami ini.


Ilmu pengetahuan ‘kami’ ini bukan ‘saya’ punya. Saya katakan, ini saya punya, saya berikan, saya turunkan, saya kasikan. Saya jual, atau saya apakan ilmu pengetahuan kami ini?


* * *


Saya cuba menanya tadi sebelum kita duduk masuk ke dalam ini, kepada beberapa yang baru; bagaimana pendapat benda kami ini, yang kami bawakan ini, dengan cara kami ini?

Dan alhamdulillah, rupanya mendapat satu kesan yang menyenangkan, yang mengesankan bahawa memang dari kami ini adalah lain daripada yang lain. Tidak dapat disamakan. Memang tak boleh disamakan dengan lain-lain, kalau di bidang ilmu pengetahuan, atau kepandaian.


Akan tetapi, dapat pula kami katakan bahawa yang saya katakana tadi memang tidak sama. Mungkin ada nampak gerak-geri orang lain serupa, tetapi kenyataan tidak sama. Saya katakan tidak sama.


Ini ilmu pengetahuan, saya mendapatnya dengan… ah, bagaimana saya mengatakannya? Sejarah kata berulang, ertinya setelah melalui masa cubaan-cubaan  hidup, dan dengan segala ketabahan, dengan segala risiko, dengan segala pengorbanan-pengorbanan yang telah berlaku. Dan bukan yang saya berikan sahaja yang telah terjadi, dan berlaku pada badan diri saya. Maka kiranya Tuhan, rupanya telah menganugerahkan ini ilmu pengetahuan kepada saya untuk disampaikan kepada saudara-saudara, kepada mereka-mereka yang kiranya Tuhan mengizinkan pula untuk dapat bahagian, kalau ada bahagian pula.



Untuk dapat mengamalkan, atau untuk dapat menerima langsung dari kami, atau melalui orang-orang yang kami percaya atau dituakan.


Ini kawan-kawan, anak, serta saudara, barangkali yang sebelum mengenal ilmu pengetahuan kami ini telah segala macam menuntut ilmu, atau zikir-zikir, atau bacaan-bacaan, atau azimat-azimat, atau susuk yang dimasukkan ke badan dengan tujuan kebal dan lain sebagainya lain sebagainya.


Tetapi apa yang kami bawa ini, apa yang ada pada kami ini, apa yang kami berikan ini, itu curahan Limpahan daripada-Nya melalui badan diri kami. Kami sampaikan dan kami berikan, yang bagi kita manusia umum namanya ialah

‘Ilmu Mengenal Diri Sendiri.’
“Kenalilah dirimu untuk dapat mengenal Tuhan. Kenalilah dirimu untuk mengenal Tuhan.”


Bermacam-macam caranya orang mengenal diri. Bermacam-macam jalannya orang mengenal Tuhan. Seperti pepatah mengatakan, ‘Banyak jalan menuju ke rumah,’

Tetapi bagi kami, bagi saya, ‘Jalan Yang Saya Mewarisi.’ Sampai kami alirkan, sampai kami bawa, atau saya bawa ke tanah Malaysia ini, sampai ditinggalkan, sampai bertapak, sampai hidup subur di sini hamper merata seluruh Malaysia dengan tidak banyak gempar-gempar, banyak cakap, banyak ini… itu.


Sebagai seorang ‘hamba Allah,’ kami berjalan. Kami member dan menerima. Iaitu kami tunjukkan jalan. Kami buka sampai dapat merasakan sendiri. Kalau yang mahu menghalusi, sampai dapat pula merasakan pemisahan, antara satu dengan yang lain; antara yang di luar dengan yang di dalam, rohani dan jasmani, antara yang zahir dan yang batin.


Dan titik beratnya ilmu pengetahuan kita ini ialah kepada yang batin; kepada yang di dalam, kepada yang ghaib.


Ini boleh dinamakan, bahawa adalah ilmu kita ini ilmu ghaib, yang ada dalam diri sendiri tadi, yang tak pernah dikaji, yang tak pernah menjurus pemikiran tadinya ke dalam.


Cuma orang tahu bertitik-tolak barang yang telah ada, di barang yang telah dijadikan, barulah difikir akan keadaannya Tuhan akan segala-galanya. Sampai banyak orang jadi gila. Sampai ada yang putus asa, dan sebagainya dan sebagainya.


Akan tetapi kami katakan, ‘hendak mencari yang ghaib, hendaklah dengan yang ghaib juga.’


Orang pintar, orang bijak akan mengatakan; ‘mencari Tuhan dengan Tuhan.’ Tetapi orang tak bijak mengatakan itu perkataan salah. Masakan mencari Tuhan dengan Tuhan?


Ingat perkataan saya ini; kalau yang dalam akan mengatakan mencari Tuhan dengan Tuhan, bunyi kasarnya, bunyi halusnya, dalam hal itu. Tetapi kalau secara kasarnya tak makan di akal. Itu salah.


Masakan mencari Tuhan dengan Tuhan?
Jadi kita kembali macam kita kata tadi, ‘mengenal diri sendiri.’
Kenalilah dirimu sendiri dulu, sebelum mengenal Tuhan.


Ertinya, bagi diri saya sendiri yang telah melalui masa percubaan-percubaan, pengorbanan dan lain sebagainya, sampai mendatangkan dan mendapat ini ilmu pengetahuan. Tidak ada satu manusia pun untuk saya bertanya bagaimana ini? Macam gerak ini, terus terjadi.


Sebelum ini tidak ada pula yang punya. Cuma tahu ada, tetapi tak punya. Saya turut ulama-ulama besar di Indonesia dan tempat-tempat lain. Saya turuti bomoh-bomoh besar, datuk-datuk dan
segala macam. Mereka tahu tetapi tak mempunyai.


“Memangnya betul. Dan itu benar,” katanya, “tetapi itu kejadian ada pada zaman-zaman Rasulullah masih hidup.”

Akan tetapi bagi diri saya, dalam hal ini saya mencari pengalaman. Saya tinggalkan pekerjaan yang lain. Dan saya mengembara dengan ini. Sambil mempelajari dengan cara jalan pengubatan, dengan cara jalan bermacam-macam.


Saya memperkenalkan ilmu pengetahuan ini cara umum, perseorangan dan sebagainya, dan sebagainya. Sampai tiba masa perkembangan orang datang untuk menuntut, untuk meminta. Saya tetap dengan automatik. Ini sendirinya pula. Sampai pula dating masanya rencana Tuhan tadi, sampai saya menjejak masuk ke Singapura, sampai masuk ke Malaysia ini dengan tidak ada rencana sebagai seorang manusia biasa tadinya akan sampai, sekarang berulang-alik ke sini.


Tiap-tiap kedatangan, sekali tiga bulan di sini. Paling kurang empat bulan. Selalu bertambah… bertambah… bertambah juga, ertinya orang yang mengambil pengetahuan ini.


Saya selalu katakan kepada ketua-ketua, pada orang-orang saya percayakan; ini ilmu pengetahuan tidak berkehendak supaya dipropagandakan. Ambil pengetahuan ini, ijazah kita boleh dapat duit. Ya, tidak?

Jangan dipropagandakan.
Kalau ada bahagian tentu, dia dapat. Sampai sekarang juga, tetap saya katakan, dan saya tetap
saya katakan.


Di Pulau Pinang baru-baru ini, juga di Kedah, kita tidak berkehendak untuk dipropagandakan. Kita tidak berkehendak supaya ‘ikutlah ilmu kami ini, ilmu kami benar.’ Kita akan jalan terus, praktik terus. Mana yang ada bahagian, tentu akan mendatangi kita, dan akan meminta pula dengan sendirinya.


Akan tetapi itu kekuasaan dari Yang Maha Ghaib. Tuhan juga yang akan menentukan.



* * *


Secara ilmiah saya kupaskan sedikit ertinya mengenai ilmu mengenal diri sendiri tadi. Pada kenyataan sekarang terjadi; kalau dapat bergerak, ertinya suatu pemisahan… suatu pemecahan mengenai badan dan diri kita ini, bahawa  adalah kita terdiri dari hidup yang dihidupkan sampai menghasilkan yang dihidupkan... hidup menjalankan kehidupan dan menghasilkan yang dihidupkan.


Macam ini sekarang, menghidup yang dihidupkan.


Tetapi perjalanan yang di dalam, kalau tidak yang menjalankan kehidupan di dalam tentu di luar ini tidak bisa hidup, tidak? Modal yang menjalankan kehidupan tadi tentu mesti ada yang hidup. Kalau tidak ada itu, kita tidak akan jadi manusia hidup, kita. Ini kita pecah melalui aliran darah kita tadi. Itu kan perjalanan kehidupan dia menjalankan tugas kehidupan, tidak?


Terhadap Tuhan umumnya dia menjalankan tugas sebagai ‘hamba Allah,’ apa tidak? Dia menjalankan tugas sebagai ‘hamba Allah’ terhadap diri kita sendiri dulu.


Cuba kita ambil ukuran makro-kosmos, mikro-kosmos; alam akbar, alam kecil. Jadi, dalam hal ini, jangan sampai pula kita jadi bodoh memikir alam tadi. Cukuplah dengan alam kita sendiri. Tiap-tiap titik-titik darah merah, darah putih, hati, semua sekali ada malaikat-malaikat.

Perumpamaan semua itu… hidup kehidupan menghidupkan segala-galanya Dengan cara kami memecahkan, mengadakan pemisahan antara satu dengan yang lain, dan cara kami memecahkan persoalan ini sampai bergerak, sampai dapat merasakan melalui hujung-hujung kuku, jari-jari, pancaran itu. Terasa yang halus tadi, bukan?


Terasa tidak? Ertinya, sampai terasa itu pemisahan antara yang zahir dan yang batin, antara yang nyata dan yang tidak nyata. Begitu fikiran kita berpegang, menjurus kepada rasa yang terasa tadi.

Itulah aliran rohani kita di dalam.



* * *


Jadi kalau bagi ahli agama, orang ahli tarekat bermakna, ‘hijab terbuka sudah.’


Cuba bayangkan; kalau bagi ahli zikir ‘Laa Ilaaha Illallaah.

Kalau terbuka, tembuslah segala-galanya sama dia. Jadi bagi kita juga, ertinya kalau ditunjuk saja macam itu, sampai atau tidak?

Bukan terasa dia? Dari masyrik ke maghrib.

Saya dari Jakarta, saya tunjuk si polan. Tentu dia terkejut.
“Oh Bapak!”
Sebab dengan telah tembusnya jalan antara kita satu dengan yang lain, aku dan Dia ‘jauh tak berantara, dekat tak berbatas.’


Tetapi ingat aku, tidak? Sebab kita bukan Tuhan! Oh, kebolehan-kebolehannya?
Kalian sudah mempunyai pengalaman-pengalaman sendiri. Ikut saja. Sebab Tuhan tadi Maha Pencipta.



* * *


Ilmu kita ini Ilmu Tuhan. Hendak bersilat, bersilatlah. Buatlah. Ikutlah. Itu semua automatik. Mengubat, ingat apa sakit orang itu.

Jangan bawa ke fikiran.
“Apa yang hendak aku buat? Ubat apa yang hendak aku berikan?”
Pandang apa yang kontak, ikut saja. Balik kita ke tempat masing-masing ke rumah segala macam, ada rasa ikut saja.

Dan kita sedar! Jangan sampai lupa diri! Jadi, sebagai seorang yang berilmu, kita dengan ilmu pengetahuan kita ini, duduklah sebagai seorang yang berilmu. Kita tidak banyak menyombongkan diri, tidak banyak cakap besar.

“Tenang dengan cara berilmu,” kata orang.


* * *


Ilmu kita ibarat ilmu padi; makin berisi, tunduk menjadi. Dengan kadar kewajipan kita hari-hari berlatih memperlancarkan gerakan tangan dan gerakan kaki, pembawaannya yang di dalam tadi, kita dengan sendirinya telah menjadi seorang ahli kebatinan; seorang ahli rohani.


Tetapi kita berpegang kepada yang di dalam. Kita bukan manusia awam biasa lagi. Kita orang ahli tasawuf, orang dalam kita.


Ibarat dalam kerajaan, kita orang dalam istana. Pintu masuk keluar sudah bebas. Kita tidak perlu tanda tangan lagi, sebab pintu telah terbuka. Jalan telah terbuka. Faham ini?


Pembawaan serba automatik. Ini harus kita lakukan, tetapi kita sedar. Secepat mungkin kita harus kembalikan diri kita. Jangan lupa! Jadi dengan ilmu ini, kita ambil yang pokoknya; yang betul pembawaannya, iaitu yang serba automatik.


Tetapi dasarnya ini yang tak boleh lupakan dan tinggalkan begitu saja. Dasarnya, pokoknya, tiangnya, titik-tolaknya - Dua Kalimah Syahadah.
Dua Kalimah Syahadah.
Dua Kalimah Syahadah
Dua Kalimah Syahadah.


Dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah tak boleh ditinggalkan, sebab erti Dua Kalimah Syahadah ini bagi kita umat Muhammad, bagi orang Islam, sangat dalam dan besar ertinya kalau kita mahu mengetahuinya. Kita lafazkan berulang-ulang tiga kali, titik tolak kita yang saya katakan.


“Ashadu an-laa Illaaha illAllah; waashadu anna Mahammad ar-Rasulullah.
Ashadu an-laa Illaaha illAllah; waashadu anna Mahammad ar-Rasulullah.
Ashadu an-laa Illaaha illAllah; waashadu anna Mahammad ar-Rasulullah.”


Dalam pengertian yang setulus ikhlas, sedalam-dalamnya, kita mengadakan pengakuan,
‘Bahawa tidak Tuhan yang lain yang kita sembah melainkan Allah,
kita mengadakan kesaksian serta mengadakan pengakuan bahawa Muhammad itu Rasulullah.’


Hanya itu. Dan ingatlah dia. Dia automatik.
Kalau saudara seorang askar umpamanya, dalam perjalanan, dalam pertempuran ingat saja padanya.

Dia automatik.
Dia automatik.
Samasekali dia automatik.
Di dalam pertempuran dia automatik.


Halusnya, dengan sendirinya kita dengan Dua Kalimah Syahadah itu kita telah menjadi tentera Allah, betul atau tidak?

Dan halusnya pula, kita halus-halusi dengan sendirinya, beribu-ribu malaikat-malaikat akan melindungi kita. Itu saya bilang, Dua Kalimah Syahadah titik-tolaknya. Tak boleh dilupakan.


“Oh! Dalam pengubatan? Orang dibikin orang?”
Dengan ini itu dan segala macam, Dua Kalimah Syahadah tidak boleh ditinggalkan, sebab orang itu dengan black magic-nya (ilmu hitamnya) dan dengan hantu rayanya segala macamnya, juga ada yang pakai jin seribu, disuruh segala macamnya juga dengan ayat-ayatnya pula.


Kalau kita kurang hati-hati, kurang kuat pula, kita bisa roboh. Jangan lupa Dua Kalimah Syahadah tadi. Di mana kita berada, lafaz Dua Kalimah Syahadah.

Akan berhampiranlah itu malaikat-malaikat datang membantu kita dalam perjuangan.


* * *


Kita sebenarnya berjalan di jalan yang lurus lagi benar, dan jangan dipersulitkan ilmu pengetahuan ini. Kalau sulit, ertinya kita sendiri yang mempersulitnya.

Kalau di antara kita memahami, pernah mengerti barangkali akan ayat dalam al-Quran (Surat Ali-Imran Ayat 27):

“Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli watukhriju alhayya mina almayyiti watukhriju almayyita mina alhayyi watarzuqu man tashao bighayri hisab.”


Di sini secara ilmiah, secara Ilmu Tuhan kita ambil. Memasukkan malam kepada siang, siang kepada malam. Ertinya:


‘Tooliju allayla fee alnnahari watooliju alnnahara fee allayli; ‘Memasukan malam kepada siang, siang kepada malam.’

‘Watukhriju alhayya mina almayyiti watukhriju almayyita mina alhayyi; ‘Mendatangkan yang hidup dari yang mati, dan yang mati daripada yang hidup.’


Cuba kita ambil pengetahuan ilmu-Nya. Bagaimana? Ke mana tujuannya? Dulu sebelum saya dapat pengetahuan ini, saya tanyatanya orang tua-tua. Saya dapat pengetahuan ibarat ayam dengan telur, sebab ayam yang hidup mengeluarkan telur yang mati, ya atau tidak? Belakang, benda yang mati tadi menetas, bukankah mengeluarkan ayam?


Yang hidup itu yang diceritakannya, sampai keluar pepatah; ‘Mana yang dulu, ayam atau telur?’

Kalau kita katakan ayam dulu, sedangkan ayam tadi dari telur datangnya.
Kalau kita katakan telur dulu, sedangkan telur tadinya dari ayam.

Tetapi ini mengeluarkan yang hidup dari pada yang mati, dan yang mati daripada yang hidup. Ini orang tua-tua dulu hanya member contoh dan perumpamaan; dia sendiri belum dapat.


Tetapi ke diri kita sendiri kita tanya, kita pelajari yang mana yang hidup pada kita, dan yang mana yang mati? Atau, yang mana yang siang pada kita, yang mana yang malam?


“Mungkin ada si gelap dan si terang,” katanya.

Kalau saya mengatakan;
yang malam ertinya di luar ini, dan yang siang yang di dalam;
yang mati ertinya yang di luar ini, dan yang hidup yang di dalam.

Tetapi ini bagi memasukan malam kepada siang, siang kepada malam, mendatangkan yang hidup daripada yang mati. Yang telah berlaku bagi kita sekarang ini melalui saluran hujung jari-jari kita, kan keluar tidak, rasanya?

Ini sekarang kita lakukan, Ilmu Tuhan tadi. Ini saja kita amalkan;


Tooliju allayla fee alnnahari’ pada tiap-tiap sembahyang.
Sudah sembahyang tengah malam, itu saja sambil bergerak. Ilmu Tuhan tadi, bukan?


‘Watarzuqu man tashao bighayri hisab; Rezeki yang tak terduga-duga banyaknya akan diberikan-Nya.’

Itu saja kita amalkan. Kita telah lakukan dan telah bawakan itu; mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, yang mati daripada yang hidup.



* * *


Kita tegaskan sedikit, katakan nanti, kata orang saya memberikan penerangan agama pula. Ini ilmu pengetahuan secara ilmiah. Jadi di dalam risalah kecil saya baru-baru ini, saya katakan, saya terangkan, bukan?


‘Batinku’ ertinya sama juga dengan seseorang mempunyai batin sendiri. Juga ertinya saya hidup
berzahir dan berbatin.


 Apa tujuannya? Maksud saya berzahir dan berbatin, terasa ini bawaan kita hari-hari, kalau kita bergerak begini hidup berzahir dan berbatin, yang batin rasa aktif dia. Itu berzahir dan berbatin dalam dua keadaan, dan dua kejadian.


Selama ini memang dua keadaan dan dua kejadian, tetapi satu pasif satu aktif.

Bahkan satu sama lain tidak kenal-mengenal; yang di dalam tak mengenal yang di luar, yang di luar tak mengenal yang di dalam.


Itu waktu bergerak kami katakan, “Teruskan. Teruskan.”
Ini berertinya, di luar ini diajar mengenal akan badan dirinya sendiri.

Begitu jauhnya kalau kita ingat-ingat dan telah pernah menuntut ilmu pengetahuan. Bagi yang pernah menuntut tarekat atau segala macam, yang telah pernah mengambil amalan dari orang-orang lain, begitu jauhnya perbezaan di antara ilmu kami yang telah kami huraikan.

Antara kami berikan ini dengan yang lain-lain yang diterima dari orang, tidak manfaat.


* * *


Amalan, amalan di tangan kami, amalkanlah ilmu pengetahuan ini. Itu amalannya. Setengah orang beramal ‘Laa Illaaha IllAllah.


Itu bukanlah amalan. Maka saya katakan, amalkanlah ilmu pengetahuan kita. Itu amalan kita. Berbuat baik sesama manusia itu amalan. Tidak pada orang, pada diri sendiri, pada keluarga, rumahtangga. Amalkan. Amalkan. Amalkan. Itu dia amalan kita.

Harus kita amalkan.
Terhadap orang lain yang tak kenal, mudah-mudahan orang dapat mengenal ilmu pengetahuan kita, sampai tertarik dia. Sampai seolah-olah Tuhan Yang Ghaib menunjukkan dan membukakan pintu hatinya ambil pula pengetahuan ini.

Ertinya bukan kita mempropagandakan. “Ikutlah kami ini!” Pengetahuan kami tidak.

Biar dia datang sendiri.

Di dalam itu sendiri bangun seolah-olah dia mengatakan bahawa, “Saya mahu sendiri jumpa itu Bapak!”


Selesai pada bulan Disember, 1990
Di Taman Sri Nibung, Pulau Pinang



.

No comments:

Post a Comment