Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah XIII 1975 : Awal Johor Bahru (FULL)


🌼   Kuliah 13  ðŸŒ¼
Johor Bahru
Awal 1975

Saya nggak ada bahan, atau persiapan, atau persediaan terlebih dahulu apa yang akan saya cakap, apa yang akan saya sampaikan, apa-apa pokok pangkalnya dari mana saya mahu mulai pembicaraan saya ini. Akan tetapi, sungguhpun begitu dan sudah menjadi kebiasaan pula bagi diri saya, bagi kita bersama yang telah menerima aliran dari kami, atau yang telah bersama-sama mengamalkan ilmu pengetahuan kami ini, cuma sedikitnya ini.



Kalau kita berkumpul, apalagi sekali-sekala perjumpaan kita ini langsung dengan kami, ya… lain tidak pokoknya yang kami bicarakan tentu ya, berkenaan dengan ilmu pengetahuan kita ini juga.


Memang berulangkali saya ke mari, dan di mana-mana anak-anak didik kami berada, terutama yang ada membikin hubungan pada kami, kami senantiasa mendatanginya, melihatnya, menyiasatinya, memperhatikan keadaanya lahir dan batin.


Tempoh-tempoh ya, kalau sebagai orang bayangan; orang batin, kami hanya dengan bayangan pula mencakapkan. Tempoh-tempoh ya, secara zahir. Ya, pernah kami tempoh-tempoh bertindak keras. Keras kata kami tapi untuk memperbaiki keadaan yang tidak baik atau yang kurang baik.


Dan tak kurang pula pengalaman saya ertinya di tempat-tempat lain di sini, di Batu Pahat atau di Kuala Lumpur, di Banting, di Penang, di Kedah, ya, bermacam-macam persoalan-persoalan, bermacam-macam yang telah diperbuat dan dilakukan, melalui dengan perantaraan ilmu pengetahuan kita ini.


Ada yang berjaya ada yang tidak berjaya. Ada yang salah membawakan dan ada pula yang benar. Akan tetapi saya masih tidak puas, atau tetap masih berkesimpulan masih banyak di antara kita, walaupun telah bertahun-tahun menjadi pengikut saya, atau mengamalkan pengetahuan saya ini, belum dapat memahami, atau belum dapat,atau sampai dapat mengerti betul akan hal-ehwalnya pengetahuan kita ini, akan caranya.


Saya mengembara ke sini, mendatangi, menemui. Oleh kerana, ya… bagaimana saya dapat mengatakannya?


Atau bolehlah saya katakan tanggapan-tanggapan pengertian tadi, dan kebanyakan masih lebih dititik-beratkan kepada materi: kepada yang ada atau kepada kenyataan daripada yang di balik kenyataan.


Padahal yang saya berikan, yang saya ajarkan ilmu  pengetahuan yang beradanya di sebalik kenyataan; yang tidak ada tetapi ada, yang mempunyai daya-daya seribu daya, daya ghaib yang tak dapat kita lihat tetapi sama-sama kita merasakannya.



Dan ya, sebagaimana… saya buka rahsia yang sedikit. Di Pulau Pinang baru-baru ini. Kedatangan saya pada tiap-tiap kali; kedatangan saya ke mari, atau kita berhadapan satu sama lain, atau bersama-sama, saya datang secara zahir batin. Saya membawa oleh-oleh, tetapi tak nyata, tak tampak – saya berikan; saya isi dan saya tinggalkan.


Saya membawa untuk orang-orang di Malaysia ini diperbuat dan melakukan sesuatu untuk sesuatu. Tetapi yang saya bawa yang tak nyata, dan saya berikan melalui langsung pada badan diri sendiri masing-masing, dan tak kurang pula banyaknya yang saya tinggalkan saya tinggalkan begitu… begitu… begitu. Ertinya kalau bagi orang yang cerdas, bagi orang yang dapat memahami, walaupun saya tidak ada, dapat dia menampung segala-galanya untuk kelanjutan untuk tambahnya ilmu pengetahuan ini.


Ingat!  Pengetahuan kita ini, ertinya perjalanan kita ini dalam pengetahuan kita ini, mengadakan yang tidak ada; dari tidak ada kita menuju kepada ada, sampai dia ada, dan adalah dia, dan begitulah adanya dan keadaannya.

Tak ada ubat tadinya, tidak?
Orang sakit; melalui gerak-geri tangan kita ini sampai ada dia ubatnya walaupun air sejuk kita berikan, walaupun gerak-geri tangan kita yang berbuat segala macam.


Akan tetapi tak kurang pula banyaknya di antara kita terlampau dengan pengetahuan ini, terlampau memikirkan akan diri sendiri. Sebab dalam hal ini, tidak. Kalau kita dapat memahami hakikat dari pengetahuan ini yang sebenarnya, kita adalah orang dalam: diri yang telah dapat bebas memancar melalui badan diri kita, terutama jari-jari kita, hujung kuku kita yang dapat kita merasakan kalau telah memancar seluruh badan diri kita.


Kalau dapat kita memahami itu maka, yah… tak perlu rasanya kita memikirkan akan keuntungan diri kita sendiri, sebab dengan jalan, dengan  ingat kepadanya, dengan menurut jalannya saja kita telah melakukan sesuatu untuk sesuatu; yang diperbuat atau melakukan tugas sebagai seorang ‘hamba Allah,’ yang padanya ada jalan yang akan ditempuhinya, dengan tidak ada untuk dapat tergelincir, atau keluar dari batas-batas jalan kehidupan yang dikehendaki dan diredhai oleh Tuhan.


Bukan saya melarang untuk memikirkan keadaan badan diri kita masing-masing. Tidak! Ertinya dengan ilmu pengetahuan kita ini kita ingat kepadanya, kita turutkan dia berbuat sekehendaknya, dengan sendirinya dia berbuat.


Akan tetapi, untuk diri kita sendiri, ada pula yang akan memikirkan, yang ghaib-ghaib pula, terutama Tuhan. Dia akan menyampaikan. Dia yang akan Menyuruh, serta apa-apa, alat-alat- Nya, malaikat-malaikat-Nya segala macamnya, untuk mendampingi kita, mendatangkan rezeki pada kita, dan lain sebagainya.


Jadi saya tekankan lagi, tiap-tiap kedatangan saya ke sini, tiap-tiap perjumpaan kita disedari atau tidak disedari, diketahui atau tidak diketahui, dirasakan atau tak dapat dirasakan, bahawa selalunya saya membawa barang yang tidak ada untuk kalian jadikan sepeninggalan saya sampai menjadi ada, sampai menjadi kenyataan pada orang ramai bagi di luar.


Kebanyakan kita, ertinya masih memikirkan juga barang yang telah ada ini. Dia telah ada ikutilah jalannya, dia mengetahui akan segala sesuatunya. Macam saya katakan tadi; kalau salah pengertian, salah tanggapan kita, dia berbuat dengan sekehendaknya, jangan-jangan pula tanggapan nanti:

“Apa kalau begitu, dia Tuhan?”
Itu!
Bukan. Ilmu ini Ilmu Tuhan; Gerak Allah semata-mata.



* * *


Dan satu lagi; ertinya adalah untuk difahami dan diketahui adalah ilmu pengetahuan ini tak ubahnya semacam air lautan.


Ertinya, lautan seberapa banyak timbalah, seberapa banyak berikanlah kepada orang, berapa banyak hantarlah, dia tak akan kering-kering tak akan habis-habis.


Jadi jangan pula kita takut umpamanya, kalau umpamanya kita ajarkan orang itu, kan nanti habis sama kita. Tidak!


Kalau kemahuan, pengetahuan ini semakin banyak kita berikan, semakin banyak pula dia datang. Tak usahlah ragu-ragu dalam hal ini. Semakin banyak kita berbuat, semakin banyak, lebih banyak lagi yang akan kita perdapat.


Jadi, berkehendak ini memperbanyak pula ertinya. Tak bisa kalau kita telah punya, hanya kita fikirkan buat dengan… dalam pemikiran saja kita menari-nari tangan.

“Apa ini?”

Kita tak mengerti. Tanya sendiri, tunggu jawab sendiri. Hanya dengan praktiknya dengan berbuat, kita… baru kita boleh dan dapat mengetahui akan dia yang sebenarnya


.
* * *



Jadi, kiranya, dapat kiranya, dapat difahami apa-apa yang telahsaya bayangkan tadi, apa-apa yang telah saya sampaikan, bahawa ilmu pengetahuan kita ini, ilmu ghaib.


Macam mula-mula berkenalan dengan kami, dengan melafazkan Dua Kalimah Syahadah berulang-ulang tiga kali. Ertinya, perjalanan kita ini sebetulnya perjalanan Dua Kalimah Syahadah, yang sebagai pernah kami sampaikan dengan tunjuk ajaran kamiperdapat pula

Ertinya pada pokok asal mulanya dulu;

Muhammad melafazkan kalimat ‘Asyhadu allaailaha il-Allah
di alam belum ada yang ada… ada… ada ini. Yang ada hanya masa itu masa dua, ibarat pinang di belah dua: saudara kembar bentuk serupa tetapi masing-masing dengan rahsia sendiri dan terahsia.


Telah dibuka oleh yang satu rahsianya, maka yang satu tadi baru mengadakan pengakuan dengan ‘Asyhadu allaailaha il-Allah;
 naik saksi aku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang lain disembah melainkan Allah.’


“Dan oleh kerana engkau telah mengakui Aku,” kata-Nya
“Aku Akui pula engkau “Muhammad-ar Rasuulullah: engkau sebagai Rasul.”


Jadi, maka dipertemukan Dua kalimah Syahadah  tadi… jadi Dua Kalimah Syahadah… Kalimah Tauhid

‘Asyhadu allaailaha il- Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.’

Untuk pelajaran, yang dapat kita tarik bagi kita, bahawa di dalam Dua Kalimah Syahadah ini terletak erti pengakuan, pangkat  dan martabat.


Muhammad meng-ada-kan pengakuan kepada Tuhan

dan

Tuhan Memberi dia pangkat; mengakui dia. Diakuinya sebagai Rasul-Nya, utusan-Nya dan diberinya pangkat dan darjat yang lebih tinggi di Sisi-Nya lagi.


Jadi, kita dengan Dua Kalimah Syahadah ini pula; dengan kelanjutannya, lahirnya Muhammad ke dunia, bukan? Dengan perantara yang ghaib, iaitu malaikat-malaikat, yang menyampaikan wahyu dan segala macamnya, antara dari Yang Maha Ghaib kepada yang nyata, Muhammad.


Jadi, perjalanan… perjalanan Dua Kalimah Syahadah yang dengan perantaraan yang ghaib-ghaib, kalau secara kecilnya antara diri kita dan badan kita, antara yang di luar dengan yang di dalam.



Kalau contoh keluarnya perjalanan Nabi Allah Khidir dengan Nabi Allah Musa (Surah al-Kahfi Ayat 60-82); berdua pula sejalan, seiring berjalan. Cuma cara fizikalnya, kenyataanya, bukan?


Di surat al-Kahfi dinyatakan disuruh Nabi Musa mencari Nabi Khidir untuk belajar ilmu pengetahuan, sedangkan tatkala itu pada masa itu Nabi Musa sudah banyak beroleh mukjizat-mukjizat dari Tuhan. Tetapi toh dia, Tuhan menyatakan belum cukup, masih kekurangan juga.


“Pergi belajar! Cari seorang hamba-Ku yang letaknya, duduknya di pertemuan dua lautan, muka dua lautan.”


Di situlah beliau itu duduk dan cari, jumpalah dia… belajarlah kepadanya. Ya, sudah dia dapat menjumpainya dengan tanda-tanda, maka apa jawabnya Nabi Khidir tadi?


“Bahawa engkau tak akan sabar berserta aku,” cara ringkas.

“Dan lagi kalau belajar sama aku ikut aku berjalan, berjalan berserta aku, apa saja yang engkau lihat aku buat dalam perjalanan engkau tak boleh bertanya; hanya lihat saja, tetapi ikutlah aku. Bila nanti kerja kita, perjalanan kita sampai di titik perhentian, engkau baru boleh bertanya atau boleh bercakap, boleh bicara.”


Ini, kalau kita halus-halusi, terutama diminta, katanya, sabar.


“Engkau tak akan sabar berserta aku dan lagi untuk belajar padaku harus ikut aku berjalan, berjalan berserta aku.” Itu syarat-syaratnya.


Ertinya bagi kita, cuba halusi pula ini. Gerak ini; antara yang memancar melalui hujung jari kita yang membawa yang zahir ini, bergerak, tidak? Yang batin tadi; yang rasa … yang terasa sama kita dengan yang di luar ini? Cubalah halus-halusi kalau dapat memahami isinya yang kami tuju ini. Yang dapat di tunjuk ini, cuba rasa!



Tapi ini… maka sebabnya dia bergerak sendiri.  Jadi, kasarnya kalau secara contoh umpamanya taruhlah yang di luar ini Si Musa; yang membawa berjalan ini Si Khidir, tidak?


Kalau dapat mahu memahami, mahu mengerti, habis itu tanyalah kepada ahli tarekat, kepada orang ramai apa-apa, bagaimana sebetulnya Nabi Allah Khidir ini. Apa memang ada dalam sejarah, dalam hukum agama Islam nama-namanya disebut apa kelebihannya? Apa pegangannya? Kunci apa ada sama dia? Rahsia apa dari Tuhan ada padanya? Kenapa dari dulu-dulu orang menyebut-nyebut, mencari-carinya, ingin berjumpa dengannya dan sebagainya, dan sebagainya, dan sebagainya?


“Apa hajat orang hendak mencarinya, menjumpainya, dengan orang cara orang lain?” katanya.


Banyak dibaca di majalah dulu, satu-satu yang mengatakan rahsianya, kalau jumpa dia, salam dengan dia pegang tangannya tidak ada tulang apa-apa, tidak katanya macam kapas terasa, pegang katanya itu tanda-tanda.


Tetapi, kita selama ini banyak terpengaruh oleh alam nyata. Dia sering datang; mendatangi kita tetapi kita tak ada fikiran kita ke sana. Tempoh dia macam orang gagah baju putih segala putih, kopiah putih dari kain belacu (kain mentah, selalu diguna untuk kocek seluar) atau segala macam, minta sedekah, pandangan macam sudah lain. “Ah! Orang gagah macam ini minta sedekah pula?”


Padahal dia mencuba kita tetapi nggak ada fikiran ke sana. Ada pula saya mendapat sejarah; seorang orang tua pada siang hari bolong (tengah hari) dengan lampu lentera (lantern, pelita berkaca) di tangan, tiap-tiap orang di jumpainya, dilihat matanya.

Siang hari! Jangankan malam! Dia jalan siang malam; ada lampu lentera di tangan! Tiap-tiap orang dijumpai dilihatnya matanya, dilihatnya… dilihatnya. Apa pula kata si manusia nyata ini?


“Apa orang tua itu gila, apa?” katanya. “Siang hari dia pakai lentera juga. Apa yang hendak dicari?”


Tetapi kalau kita dengan tenaga batin ini; batin kita akan mengatakan seolah-olah, “Kalaulah begini, ini aku yang engkau cari! Pandang aku! Tengok aku! Ini aku! Ini aku! Ini aku!”


Insya-Allah faham.”


Orang nggak mengerti itu, dilihat saja. “Apa orang tua bongkok, bodoh!” katanya. “Siang-siang hari masih pakai lentera. Apa yang dicarinya?”


“Ini aku! Ini aku! Ini aku yang engkau cari!”


Tetapi mereka itu tidak mengerti. Ya. Ini ertinya, mungkin juga ertinya sebagai apa namanya, bayang-bayangan atau petunjuk. Siapa tahu ada nasib baik di belakang hari ya nggak? Siapa tahu?


Tetapi kalau dapat memahami cara kupasan saya mengenai surah al-Kahfi tadi; perjalanan antara Nabi Musa dan Nabi Khidir tadi, jadi saya umpamakan di luar ini Si Musa, bukan? Dengan mempunyai mukjizat dari Tuhan di masa yang sudah-sudah  ditambah lagi, dicukupkan dengan ilmu pengetahuan yang ghaib ini jadi Nabi Allah Khidir, perjalanan itu. Jadi di luar ini hanya
mengikut saja dia yang berbuat.


Pengalaman kita yang sudah-sudah dalam pengubatan dia yang berbuat, tidak? Yang ini ikut saja. Tetapi hasilnya setelah itu, dilihat bagaimana kebolehan dia. Tetapi orang nggak tahu tentu kebolehan kita.


Katanya, “Wah! Pandai Cik Gu Kamarudin  mengubat. Dahulu tak pandai dia. Dari mana dia tahu?”


Tidak! Padahal ‘Si Khidir’ yang berbuat segala macam, dan segala macam apa-apanya. Sedangkan nanti akan ada pengalaman, pengalaman… pengalaman akan kita perdapat juga nanti bila terjadi perjuangan... perjuangan batin umpamanya, macam orang kemasukan, atau  dibikin orang, dengan dia ini kita kemukakan, selamanya orang-orang itu akan tunduk… akan jatuh… akan roboh dan akan lari.



Tetapi kan, masih ‘si Musa’ juga, yang zahir ini kita kemukakan, nggak semua lari.
“Saya mahu cuba sampai di mana” katanya, “kekuatannya,” katanya.


Tetapi dengan dia yang terahsia ini bentuk ‘si Musa’, tetapi dia yang sebenarnya bukan! Itu akan lari lintang-pukang semuanya!

Tak akan bisa dia menentang. Itu letaknya rahsia dari ilmu pengetahuan kita ini.



* * *



Macam dikata Jamil (Haji Jamil Samad) tadi, dicubanya pula dengan ilmunya diserunya Syeikh Qadir Jailani, wali sembilan. Entah yang mana wali sembilan. Bagaimana sejarah wali sembilan, dia nggak tahu. Orang-orang, ramai di sini ilmu wali sembilan. Wali Sembilan… diseru wali sembilan.


Padahal kami di Indonesia sendiri itu kan, ertinya wali yang pertama siapa? Yang kedua siapa? Yang ketiga siapa? Wali yang keempat siapa? Bukan satu dia. Di mana tempatnya? Di Jawa di sana. Ada di Cirebon. Ada di Bantan. Ada yang dekat Semarang di sana. Ada yang di Surabaya. Ada yang di Kudus. Wali pertama macam saya katakan tadi sampai ke sembilan, mereka tidak mengetahui semua sekali apa-apa. Tetapi benarkah? Betulkah dia itu yang datang? Benarkah, dan dapat dipercayaikah, bahawa Syeikh Abdul Qadir Jailani itu yang datang?


Takkan bisa itu roh suci? Dia sudah kembali ke Hadirat Tuhan!
Syaitan iblis yang merupakan, mungkin. “Aku Syeikh Abdul Qadir Jailani,” katanya.

Macam sekarang di sini lagi berkembang, bukan? Begitu menyelinap-menyelinap mahu sembahyang. Pura-pura orang alim; bertelekung dan segala macam. Belum ada saya… ya dia kenal sama saya. Mahu jumpa saya. Itu… itu… itu... Saya datang. Sampai ini hari tak berani dia datang.


Kalau betul-betul, cuba datang sini! Kalau betul-betul pada kenal pada saya, kalau kenal Pak Bagindo Muchtar di alam ghaib segala macam, cuba datang sini! Kalau betul-betul nenek puteri ini itu, cuba datang! Sudah sampai pula saya ada, kalau betul dia datang, kenapa tidak bisa bergerak?


Itu tanda, macam saya katakana tadi. Betulkah dia itu, sebenarnya dia? Macam tadi ditunjuknya pula cara kita menunjuk orang. Kenapa dengan begini, Jamil (Haji Jamil Samad)? Kenapa dia? Roboh, tidak?


Jadi, kalau secara jujur, hendaknya saudaranya itu dapat memahamkan hendaknya itu, bahawa yang diseru, dipelajarinya, yang dipegang selama ini, tidak betul. Kalau betul, masa dia roboh macam ini. Dan pelajaran pula buat kita.


Banyak pula orang nanti akan bergerak macam kita ini, juga segala macam juga bergerak, menari. Bersilat bisa pula, tetapi kekuatan-kekuatan isinya; power yang didalam itu berlain. Sebab Kudratullah (kudrat Allah) dengan syaitan  iblis, ada berlain.

 Jadi bentuk serupa, ya kan? Tetapi isi berlainan.



Banyak pengalaman kami sudah ada, macam di Pulau Pinang, Butterworth segala macam.

“Ooo… sama,” katanya, gerakan ini. Pergi Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), cuba betul menanya di sana, berhadapan. Kenyataan tidak sama. Jadi, di sini lagi, rasa sendiri nanti akan menjadi satu… barangkali cubaan pula nanti.


“Wah! Kita ini sama. Kami orang Dua Kalimah Syahadah pula!”
“Ya… Betul! Tetapi cuba engkau bergerak di hadapan saya?”

Bagaimana pula datang gerak kita, dan bagaimana dia?



* * *


Saya sendiri di Sumatra Utara, di Medan, bukan? Dengan ahli tarekat, sampai dia kalah. Tetapi dia mengatakan, kita bersaudara. Saya yang lebih tua, dari itu dia harus hormat pada saya. Macam-macamlah alasan. Sampai dipotong ayam, masak nasi kunyit segala macam dihidangkan.


“Saya harus dapat kena denda. Saya nggak tahu tadi,” katanya.
“Bapak yang saudara yang paling tua,” katanya.
“Ya! Apalah…” saya bilang. Saya makanlah, bukan? Tetapi hati kita tak menerima.


Ada pula pernah saya di Jakarta sendiri, bukan? Tahun enam puluhan begitu. Seorang yang terkenal… tak usah saya sebut namanya itu. Orang besar itu. Erti amalannya, dia memelihara jin; jin Islam yang bisa disuruh-suruhnya segala macam. Ada sekali, bahagian famili minta ubat kepadanya, bukan? Saya datang juga.

Waktu itu saya masih tinggal di Palembang. Habis, saya bicara waktu itu, dia bercakap.

“Ya, kalau anu, cuba lihat, saya,” katanya. “Kalau ada bahagian nanti…”
Dia bakar kemenyan sama hujung asap rokoknya tadi. Dia terus menyeru begitu.

Saya sudah tengok dari jauh. Saya tengok saja, macam itu.
Nggak berani dia (Jin yang diseru) dekat. Saya diam saja. Habis itu payah… payah dia.

“Bagaimana Pak? Kenapa tak datang?”
“Nggak. Terus sajalah! Terus sajalah kerja di Palembang. Baguslah itu,” katanya.


Itu saja. Tak mahu dia mengakui secara keadaan yang sebenarnya, bukan? Padahal kita lihat waktu anu… ertinya kalau bagi orang lain, atau orang yang di bawah tingkatannya, darjatnya ilmu pengetahuan, mungkin dia datang. Bagi kita dilihat dari jauh… dilihatnya kita. Dilihatnya tanda kita. Tak sanggup dia mendekati.


Jadi, ini ertinya kupasan sedikit mengenai penerangan kami di bidang ilmu pengetahuan kita ini, untuk supaya dapat lebih memahami, lebih mendalami pengertian-pengertian, dan lain sebagainya.



* * *


Dan, tambahan lagi ertinya, kalau kita berpegang kepada tenaga ghaib tadi, ertinya peningkatan kita sudah duduk di makam ghaib, bukan?

Makam di alam  tasawuf secara pengajian kita, dan dalam tingkatan kemanusiaan kita, kita sudah meningkat dari manusia awam, manusia biasa… menuju kepada seorang ‘hamba Allah’ dalam erti yang sebenar-benarnya.


Yang pada ‘hamba Allah’ yang sebenar-benarnya ‘hamba Allah’ tadi, telah ada petunjuk-petunjuk, atau garis-garis, atau  jalan-jalan yang akan diturutinya, dengan tidak dia memikirkan apa-apa lagi.

Yang bagi orang ramai, itu…orang banyak, ertinya yang senantiasa membaca surat al-Fatihah.

‘Tunjukilah kami jalan yang lurus; ‘Ihdina alssirata almustaqeem.’
Jadi bagi mereka itu telah ada itu jalan yang lurus lagi benar, jalan yang berisi.


 ‘Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen.’
Jalan yang berpetunjuk (jalan yang diberi, telah ditunjukkan Tuhan, diberi Tuhan kepada orang-orang dulu-dulu sebelum kita ada, orang tua-tua dulu-dulu, berabad-abad dulu).’


‘Jalan yang berisi. Diisikan nikmat yang tiada dimurkai dan tiada pula sesat;
Sirata allatheena anAAamta AAalayhim ghayri almaghdoobi AAalayhim wala alddalleen.’



* * *



Jadi dapatlah kita memahami hendaknya, dapatlah kita mengerti hendaknya, dan tahulah kita hendaknya, bahawa dengan menurutkan jalan yang terasa ini, kita telah berjalan pada jalannya; jalan yang lurus lagi benar, jalan yang berisi, isinya bermacam-macam, ada yang berpetunjuk, ada yang zat serba zat, yang tidak dimurkai dan tidak pula sesat.


Saya pernah… atau, bagaimana kalau saya mulai sedikit mengupas ertinya hikmah-hikmah kenabian yang terkandung dalam al-Fatihah, ya dak?


Apa sudahkah saya sampaikan, atau belum?
Saya tak ingat lagi. Ertinya mulai dengan Bismillah katanya kan:

Di dalam ayat ini terkandung kata Allah; Bismi-Allah.’
Menyebut nama Allah. ‘Bismi-Allah.’ Menyebut nama Tuhan, Nama Allah.

‘Alhamdulillah’ kata siapa? Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen.’
Diambil hikmah nubuwah-nya yang terkandung dalamnya, adalah ucapan dari Nabi Adam.


Katanya, dalam ayat ini terkandung, iaitu amalan atau nabinya iaitu Nabi Daud.
 ‘Alrrahmani alrraheem, Alrrahmani alrraheem.’
Selalu dia membaca ‘Alrrahmani alrraheem, Alrrahmani alrraheem, Alrrahmani alrraheem,’ Pengasih dan Pemurah, Pemurah dan Pengasih, Pemurah dan Pengasih, tetapi yang terkandung bawaannya Nabi Daud.
Maliki yawmi alddeen.’ Nabi Sulaiman

‘Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen.
Hanya akan Engkau kami menyembah, dan hanya akan Engkau kami minta tolong,’
iaitu Nabi Ibrahim, dengan memotong, memancung segala berhala.

Dengan ‘Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen’ juga dimasukkan dia dalam  kuali dengan api besar. Api macam itu toh nggak terbakar dia!


“Tunjukilah kami ke jalan yang lurus lagi benar,” kata Nabi Yaakub semasa dia mendapat tahu dari anak-anaknya, bahawa anak yang sangat dicintainya dan disayanginya, Nabi Allah Yusuff, bukan? Dibuang begitu saja sama saudara-saudaranya; dikatakannya bahawa dimakan oleh serigala.

Dia bermohon kepada Tuhan, ‘Ihdina alssirata almustaqeem.’
Tunjukilah kami ke jalan yang lurus.

‘Sirata allatheena anAAamta Aaalayhim. Maka dapatlah petunjuk Nabi Yusuff ini yang dalam sumur, bukan? Dapatlah dikeluarkan oleh saudagar, dapatlah petunjuk, ertinya takwil mimpi dan segala macam.

‘Ghayri almaghdoobi Aaalayhim.’ Yang tidak dimurkai. Maka sampailah oleh Nabi Musa. Begitu dia sombong, begitu dia takbur, begitu dia cakap besar apa-a pa, tapi Tuhan tidak marah padanya.

Bahkan diberi lagi, ditunjuk ajar lagi. Tambah pengetahuan; mahu cari itu seorang hamba-Ku, kata-Nya, yang telah Kami ajarkan ilmu pengetahuan. Belajarlah padanya, apa yang belum ada pada kamu.  Ilmunya iaitu ilmu ghaib. “Ya!” katanya


‘Wala alddalleen.’ Yang tidak dimurkai dan tidak sesat. Itu Nabi Isa a.s.

‘Ameen!’ Itu Muhammad yang benar.


Jadi:
§ Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen – Nabi Adam
§ Al-Rahman al-Raheem – Nabi Daud
§ Maliki yawmi alddeen – Nabi Sulaiman
§ Iyyaka naAAbudu wa-iyyaka nastaAAeen – Nabi Ibrahim
§ Ihdina alssirata almustaqeem – Nabi Yakub
§ Sirata allatheena anAAamta AAalayhim – Nabi Yusuf
§ Ghayri almaghdoobi AAalayhim – Nabi Musa
§ Wala alddalleen – Nabi Isa
§ Ameen – Penutup. Nabi Muhammad s.a.w.
Ini sangat penting bagi orang yang cerdas, bagi orang yang mahu menangkapnya, dan mahu memahaminya, dan segala macam, ya! Untuk jadi pakaian dan lain sebagainya.


Tetapi, ini apa namanya, ya?
Saya katakan nubuwah-nubuwah kenabian, kerasulan, yang terkandung dalam ayat tadi.

Dengan ‘Alhamdu lillahi rabbi alAAalameen’ Nabi Adam,
sampai ke penutup ‘al-Ameen,’ Muhammad yang lagi benar.



* * *


Dan lagi ya, dalam pengetahuan kita tadinya, juga kalau secara ilmiah kita kupas, yang telah dapat kita merasakan pancaran telah keluar dari badan diri kita, telah dapat kita merasakan akan titik-titik itu, zat serba zat kami katakan... maka secara ilmu sains dapat pula kita mengatakan, kita telah memecahkan rahsia atom; iaitu atom hayat, Zattullah, atom hidup, yang dia punya daya-daya. Dia punya kekuatan-kekuatan melebihi atom benda yang telah diperbuat oleh manusia.


Saya tekankan ini. Ertinya, bagi kita yang bertuhan, apakah lagi yang kita telah mengamal pengetahuan ini, yang telah mempunyainya, supaya kita tak usah takut bila terjadi perang bom nuklear apa-apa. Sebab, ini sanggup mengatasi segala-galanya.


Jadi, satu atom hayat yang telah dipecahkan, kata saya, melalui pengetahuan ini, yang terdiri dari elektron, dak? Dalamnya menyusul ada proton-proton, iaitu zat serba zat dengan adanya neutronnya sebagai wadah. Begitu juga pemecahan dan kelebihannya atom yang kita ini, zat hayat ini, zat hidup ini, yang dari Tuhan ini; dia automatik bawaannya. Tetapi bom atom yang diperbuat manusia, dari benda. Dia, dengan dikerahkannya baru dia ada letupan. Tetapi, kalau kita mahu menghalus-halusi lagi ertinya.



Pernah waktu  saya di Tebing Tinggi, Medan dulu bukan? Pergi mengembara, mengembara di sana, ahli-ahli tarekat melihat pancaran kami ini, beliau tanya, “Berapa kilometer makanya pancaran ini?”


Dijawab oleh anak buah saya, “Bahawa pancaran kami ini dari masyrik (timur) ke maghrib (barat)!”

Terus dia terkejut. “Kami baru hanya lima kilo,” katanya.
”Cubalah!”

Dicuba minta dirasakannya. Dicuba ditunjuk kepadanya ke badan dirinya sampai tembus ke belakang, tembus ke sana.


Jadi dalam secara ilmiah kita kupas. Sudah dapat pula kita mengadakan kemungkinan-kemungkinan dan lain sebagainya, yang telah percubaan yang boleh pula kita perdapat.



* * *


Dan ilmu pengetahuan kita ini tak sama macam ilmu-ilmu orang lain, kepandaian-kepandaian orang lain yang ada satu-satu tujuan tertentu. Umpamanya kalau hendak itu, baca itu. Kalau hendak itu seru itu. Kalau itu, itu ubatnya… daun itu… itu… itu… itu… itu.


Yang kita, tidak. Yang kita fikirkan, yang kita nantikan, apa akan diperbuat? Dan apa akan berlaku? Mulut sendiri minta air segelas. Dan di situ kita belajar, kita turutkan; ‘ Musa’ tadi belajar kepada ‘Si Khidir’ terus.


Kita cuba menahan apa yang terjadi, dia bergerak begitu. Kita tenang. Sambil kita belajar. Kita ikut sampai kesudahannya dapat faham. Faham?


Telah lama, lama-lama kita mempraktik segala macam sehingga terbuka rahsia yang lain-lain. Lebih mendalam, ertinya saya siapa?


Nanti ada saja kita mendapat tahu dari orang lain; masa waktu itu Bapak macam itu kelihatannya. Waktu itu dah lain pula, macam itu pula. Pada itu tidak diseru! Tidak kita minta, atau saya minta supaya hadirkanlah Syeikh Abdul Qadir Jailani, hadirkanlah si anu… si itu panglima Salleh umpamanya, bukan? Tidak!


Terjadi dengan sendirinya. Dia berbuat dengan sendirinya. Dia mendatang dengan sendirinya.

Macam tadi saya sendiri berfikir. Saya bilang, sebagai manusia biasa, hilang akal… sesudah orang ramai-ramai ada. Apa ini? Ada apa malam ini? Sedangkan Jamil (Haji Jamil Samad) sendiri nggak ada bercakap, bahawa kita akan malam ini ada lebih sedikit orang.


Begitu… begitu, nggak ada. Jadi saya berfikir; apa yang harus saya perkatakan?
Jadi itulah menunggu, sementara dia datang. Bila telah sampaidia, kena time-nya, waktunya, macam saya cakap sekarang ini, dengan segala gerak-geri ini, adalah dia ibarat filem; tinggal memutar saja. Dan yang ghaib-ghaib juga ini menguasai seluruh keadaan ini, sampai semua tafakur mendengarkan segala macam dan menerimanya.


Bukan dengan pukau… ilmu pukau saya. Bukan ilmu jampi-jampi saya, supaya tertarik pada saya begini begitu! Tidak!

Terjadi dengan sendirinya.


“Oh? Dengan keinginan saya supaya mengikut saya ramai-ramai supaya menyayangi saya, mencintai saya, supaya bagaimana terhadap saya?”

Tidak! Terjadi dengan sendirinya. Dan saya pun juga, kalau dirisaya sendiri saya fikirkan, saya anggap mungkin saudara sendirisekarang tak akan sanggup kita lama-lama berhadapan. Takkan sanggup badan diri yang telah lapuk ini, untuk lama-lama berbicara, untuk lama-lama duduk, untuk lama-lama kurang tidur dan sebagainya. Tetapi dia, dia datang, dan dia pergi. Siapa itu?


Saya juga tidak tahu. Jangan tanya lebih mendalam. Hanya Dia yang mengetahui segala-galanya. Dan ini jangan pula dianggap, “Wah! Yalah! Lantaran Bapak, yalah. Kami tentu tidak bisa.”


Kenapa tidak bisa? Kan saya tunjukkan! Saya ajarkan, tidak?
Bawakanlah. Tunggulah masanya, waktunya. Insya-Allah. Padahal telah terjadi, tetapi tidak tahu perubahan di badan diri tadi. Tetapi bagi orang lain yang berilmu, cuba tanya.


“Cuba tengok aku sekarang? Siapa aku? Macam mana aku?”
Tentu orang lain berikan salam.
“Dari mana dapat ini ilmu?” katanya.

Pernah anak buah saya di Jakarta pergi ke kiai-kiai di gunung-gunung sana di Jawa Barat. Ia dak? Sama cina apa-apa soal business. Apa-apa minta syafaat (pertolongan), minta jimat (azimat) segala macam. Kepada anak buah tadi tu, kiai tadi tu terus minta tangan. Diciumnya! Si punya badan nggak tahu. Cuma dia hairan.


“Kenapa? Dia ulama besar, tetapi dia cium tangan saya?” katanya. Si punya diri tak mengerti. Tak tahu bahawa dengan ilmu ini sudah berubah. Tetapi orang yang berilmu pula yang tahu. 
Kemudian dia datang kepada saya.

“Kenapa saya pergi hari itu, di situ… di situ… dia cium tangan saya?”
Saya ketawa. Padahal dia bertahun pula dia itu, tetapi tak mengerti. Dan sekiranya terjadi pada diri sendiri masing-masing, bukan? Jadi macam itu, jagalah jangan pula kita sampai takbur,
sampai sombong.


“Apa si anu tahu dak, siapa saya sekarang?” Itu tidak ada, sebab Rahmat Tuhan, Nikmat Tuhan bisa saja dengan sebentar boleh hilang, kalau kita tak pandai pula memupuk dan membawakannya.


Pernah lagi saya di Medan: kejadian dulu seorang anak dara kemasukan. Begini, begitu, bukan? Mulanya betul. Nah! Belakangan sudah berubah. Hendak berkaca, bersisir terus. Tiap-tiap orang yang datang minta tolong. Lagi dia bertutur dulu.

“Cantik dak, saya?”
Dia ketawa melihat orang. Maaf bicara, sampai bajunya terbuka.
“Cuba tengok saya!”
Menari dia lagi. Yang tadinya benar, tapi dia sudah berubah jadinya; lupa kontrol diri tadi, kan?

Jadi iblis tadi menukar gambar tadi. Ini harus kita hati-hati. Jadi, bagi kita, terlanjur kita atau apa ada jalan, kita kembali kepada rasa tadi, dia sendiri juga. Dia akan bawa balik ke pangkalan.

Istighfar. Mohon ampun kepada Tuhan.
 Ertinya, selagi, selagi pintu taubat masih terbuka.
Tuhan tadi Pengampun, Pemurah, Pengasih, Penyayang.



* * *


Tetapi saya ingin hendaknya, jadikanlah diri tadi, ertinya betul-betul menjadi seorang ‘hamba Allah.’ Yang di dalam tadi, dalam erti kata yang sebenar-benarnya, yang  padanya ada jalan, yang bakal diturutnya, yang bakal ditempuhnya hari-hari.


Dan itu pulalah yang cara ibarat pepatah kami di sana, ‘yang siangnya yang akan dipertongkat, yang malamnya akan dipekalang hulu.’ Masa tidur.

Dan itu pulalah ertinya ‘hidup yang akan dipakai dan mati yang akan ditumpang.’

Sungguh sangat banyak hikmah-hikmah yang terkandung padanya. Di dalamnya rahsia-rahsia dan sebagainya. Tetapi ini menghendaki kebolehan kita berbuat, melakukan, mengamalkan dan lain sebagainya.


Macam Cikgu Kamaruddin yang telah banyak pengalaman. Si Jamil (Haji Jamil Samad) yang banyak pengalaman. Cubalah kalau orang ramai datang terus malam-malam. Siang pada hal kita sudah sibuk. Siang hari kerja, kan?


Pernahkah, selagi dia berbuat merasa  letih? Merasa haus? Merasa dahaga? Tidak! Tetapi orang sudah pergi, dia telah tiada. Ada pula tinggal kita sendiri, baru berasa letih kita. Jadi, mana yang baik? Dia-kah atau kita-kita? Jadi, kalau begitu, erti itu lebih baik, dia? Itu pun kurang baik dan tidak baik.


Jadi, bagaimana mestinya pendirian kita? Terserah kepadanya.
Cuma, jangan katakan masa kita sakit; “Wah saya pergi ke doktor!”
Kepala sakit hendak beli aspro (ubat sakit kepala, semacam panadol), beli ini itu. Tidak!

“Siapa yang sakit ini? Yang aku-kah? Saya-kah? Orang-kah?”

Jangan terus cepat-cepat pergi ke doktor dan segala macam.
Tempoh-tempoh dengan tidak kita sedari, datang saja.
“Assalamualaikum!”
“Mualaikum Salam.”

Orang itu yang sakit kepala, tetapi dia baru menuju kepada kita, penyakit sudah datang kepada kita lebih dahulu. Ini, dengan pengetahuan ini, memang kita sebagai orang dalam ini, memang susah bagi orang luar untuk menangkapnya. Tetapi itulah yang saya bilang: kita harus sadar untuk diri sendiri, rumahtangga dan segala macam, bukan?


Kemanusiaan kita, yang apa yang harus kita membersihkan badan diri kita, makan minum dan sebagainya, dan boleh kita tentukan.


Kalau kita rasa terlampau sibuk, bukan? Tentukan. Macam kita tentukan harinya, masanya, waktunya orang boleh mendatangi kita.


Tetapi ingat! Kita boleh atur, tetapi ada yang lebih tinggi lagi, Yang Maha Pengatur! Tempoh-tempoh tengah malam kita disuruh bangun.
“Terima, bagaimana?”

Jadi, bukan kita menerima. Cuma ini sarongnya saja, tetapi dia.
Jadi dibawa ke fikiran.
“Ah! Macam mana ini? Aku sudah letih. Sudah penat. Ini itu masih diganggu juga.”
Tidak! Kita tenang saja. Kita tenang saja.
“Ya, apa aku nak buat?”

Tempoh-tempoh, dia jemput kita untuk datang ke rumah si sakit itu… itu… itu. Kita tunggu dengan tenang. Apa memang harus kita pergi atau tidak? Apa cukupkah kita kirim saja ubat, atau cukupkah melalui itu orang saja kita kasi minum? Pulanglah (terpulanglah).


Saya pernah terjadi. Saya duduk, saya fikir-fikir nggak ada rasa nggak ikut hendak pergi, apa-apa segala macam. Yang dating duduklah kasi air.

“Pulanglah. Besok kalau apa-apa bawa sini. Datang sini.”
Besok dia datang.
“Sampai di rumah, tak ada apa-apa lagi, Pak!”
Kebetulan waktu itu.
Ada waktu itu pengsan atau bagaimana, bukan? Yang kita sendiri tak dapat berbuat? Tak dapat mengerti?

 Cuma; “Macam mana kita hendak berbuat?”

Lagi pengertian kita, atau bagaimana cara dia berbuat tadi, dengan kita duduk di sini, tetapi sudah sampai di sana? Atau melalui orang yang datang tadi? Ini semua sekali kita adakan satu percubaan dan segala macam.


Ada pula akan terjadi nanti, pada hal kita tak mengingat si sakit, tidak mengingat mendatangi si sakit segala macam. Tidak! Tetapi, si sakit sendiri bercerita nanti, pada kita.


“Semalam atau dua malam sudah, Bapak datang menengok saya. Bapak tiup ubun-ubun saya. Atau Bapak tengok saja, Bapak tak cakap-cakap.”


Ada juga! Padahal kita tak mengingat-ingat itu, kan? Sendiri saja yang ghaib tadi. Tetapi, janganlah kita apa namanya… terus berbesar hati bila mendapat pujian atau keistimewaan macam itu!


Pendengaran dari orang segala macam, dan jangan pula cepat kecil hati kalau kita dicela orang, atau dikeji orang, dan segala macam.

Itu soal biasa bagi kita.
Ada setengah orang sengaja hendak menjatuhkan, hendak menjahanamkan kita, lantaran hasrat dengki khianat sebagainya. Itu tak usah kita layani!


Kita jalan terus. Kita jalan terus. Kita jalan terus, dan ingat saja kepada gerak ini. Dia akan menyelesaikan segala-galanya.

Ya, jadi kiranya dapat difahami dan dapat dimengerti. Dan ya, dapat dibawakan.



* * *


Saya ingin hendaknya betul-betul kalau secara istilah saya, betul-betul menjadi orang semuanya, hendaknya, kalian semuanya sekali!


Bukan kasarnya perkataan sekarang ini; yang berhadapan dengan saya ini bukan orang! Yang di dalam itu saya maksud: menjadi oranglah hendaknya di badan diri kita masing-masing.

Dan orang itu pun akan bertukar-tukar pada kita, dan di situ nanti kita dapat tahu mengetahui selok-belok rahsia yang terpendam pada diri kita sendiri tadi. Itu yang terus dijadikan menjadi orang!


Tetapi itu kita inginkan. Kehendak kita menjadikan dari nggak ada tadi sampai menjadi ada. Ini kita turutkan saja lagi. “Hiduplah saya kembali.”


Jadi kalau kita tahu secara zahir, kita ambil berapa banyaknya, berapa ribu butir darah kita. Itu hari-hari kita jadikan menjadi orang pada kita. Cuba bayangkan berapa sudah kita? Banyaknya, jadinya?


Tetapi, tidak dengan ertinya kita jadikan, jadi orang terus dengan hakikat kita membentuk orang! Tidak! Turutkan saja gerak dengan sendiri saja. Ibarat telur tadi; dia pecah setelah ditetas (menetas), bukan?

 Dia pecah, terus dia berkembang. Kalau telur ayam jadi anak ayam, bukan? Kalau orang, terus menjadi orang pada kita.

Berubah lagi.
“Sekarang saya pula lagi,” katanya.
Ini rahsia saya sendiri. Orang di luar mengatakan;
“Sekarang saya pula lagi,” katanya.

Tentu hairan!
“Bapak ini gila, barangkali? Sama siapa dia cakap ya?”
Bagaimanalah… oleh kerana telah biasa sama saya sendiri, ada suara di luar.
“Saya pula lagi,” katanya.

Ini kalau kita belum memahami, belum mengerti. Ertinya, tanpa kita sedari, berubah diri kita tadi. Ibarat filem, negatifnya dia masuk menyampaikan saja. Masuk bukan macam orang kemasukan dari ibu kaki atau dari sini!

“Weeeeeeeeee,” katanya.
Bukan! Tidak dari samping!

Filem negatifnya tadi masuk terus menjadi positif pada kita.
Sebab kita orang nyata. Telah menjadi orang pada kita.

“Inilah saya,” katanya.
“Macam mana keadaan semua?”
“Baik! Syukurlah!”
“Orang Singapura bagaimana? Dua orang saja? Nasib baik..kita bisa jumpa. Kalau terlambat, besok kami sudah hilang lagi.”
“Ya, jadi ya.”


Bagi orang yang belum mengerti, atau masih selama ini ragu-ragu, atau bagaimana, saya harap hendaknya supaya dapat memahami dan lebih mengerti.



* * *


Dan ya, cuba fikirkan. Fikirkan. Fikirkan dan fikirkan. Ke mana semua sekali saya bawa, dengan ilmu pengetahuan ini?


Sebab tiap-tiap sesuatu, kalau berjalan namanya tentu ada tujuan. Kalau berjalan dengan tidak ada tujuan, ya… bererti menyesatkan diri sendiri!
“Ke mana? Ke mana? Ke mana? Ke mana? Ke mana? Dan ke mana?”


Dan saya bilangkan pada permulaan tadi, ertinya perjalanan Dua Kalimah Syahadah, kita bergerak, berjalan untuk mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan.

Kita adakan pengakuan untuk mendapat pengakuan.


Jadi mungkin juga kita berjalan. Mungkin ilmu pengetahuan kita bergerak, bergerak… bergerak… bergerak. Nanti dia berhenti begini, bukan? Kita di situ melafazkan Dua Kalimah Syahadah.

Mungkin bergerak terus. Kecuali kalau kita sengaja hendak berhentikannya. Ini batin kita dalam perjalanan. Ertinya, tiba satu tempat, jadi kita salam sekali ke kanan, sekali ke kiri. Kita teruskan;

“Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.
Asyhadu allaailaha il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad-ar Rasuulullah.”

Kita jalan terus, selagi masih ada juga suara atau apa. Buat orang baru, bukan? Bacakan terus Dua Kalimah Syahadah.

Pada satu ketika nanti ada saja godaan. Akan kita tengok nanti diperlihatkannya. Mata tadi akan melihat seorang tua pakai tongkat, pakai jubah kuning, pakai serban dan segala macam. Pakai janggut panjang.


Assalamualaikum,” katanya, segala macam. Jangan kita tergoda olehnya.
Kalau terlampau panjang baca Dua Kalimah Syahadah, Allah saja.

“Allah. Allah. Allah. Allah. Allah. Allah.”

Jangan kita melayani.
Mualaikum Salam. Mahu ke mana cong dan datuk?”
“Cari apa? Ada sama saya semua.” Ini tergoda kita nanti.

Tujuan semula kita mencari Tuhan. Jawab kita; “Allah. Allah. Allah. Allah.”


Di sana nanti, di Hadirat-Nya kita mengadakan pengakuan. Saya tak dapat mengatakan bagaimana, di mana tempatnya di Hadirat-Nya, bagaimana keadaan-Nya dan sebagainya. Sebab dalam perjalanan saya, berulang-ulang.


Kalau boleh saya katakan, ertinya bertambah dekat kepada-Nya, saya bertambah tidak ada. Bahkan di Hadrat-Nya saya tidak ada lagi. Jadi bagaimana saya akan mengatakan?


Tetapi di sana, di Saat di sana, bahawa tidak ada yang ada pada saya lagi. Bahkan ini juga tidak ada! Saya juga dalam perjalanan tadi sudah berhenti gerak! Berhenti semuanya! Cuma saya yakin sudah, bahawa saya di masa itu telah berada di Hadirat-Nya. Telah berada di sana. Di situ saya nyatakan diri saya kembali lahir dan batin.


Walaupun kita bertemu pandang sekarang, antara kita sama kita, tetapi saya sudah berada di sana. Dengan tanda-tanda tadi, bahawa tidak ada yang ada ini lagi. Tidak ada gerak. Tidak ada angin. Tidak ada titik. Tidak ada! Tidak ada! Kecuali Dia.

Itu dinyatakan diri kembali; menyusun jari yang sepuluh, dilafazkan Dua Kalimah Syahadah tadi.


Berulang-ulang, ertinya di Hadirat-Nya tadi - kita mengadakan pengakuan;

pengakuan akan tidak ada Tuhan yang lain disembah melainkan Allah,
pengakuan akan Muhammad Rasulullah.

Dengan tanda-tanda pula bahawa, yang kita telah mendapat pengakuan. Ertinya, telah banyak orang mendatangi kita. Itu tanda-tanda. Orang pada (sudah) mengikut ilmu kita. Orang meminta air sejuk pada kita, ibarat kehausan di padang pasir dalam perjalanan kita. Itunya dapat ditangkap sebagai tanda.


Atau kita dicuba orang berhadapan dengan kita dia tak sanggup.
Dia lari!


Selesai 12 Disember 1996
Di rumah kami
180, Jalan Mewah 5, Taman Mewah II, LUNAS, Kedah.


.


No comments:

Post a Comment