Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah XII 1974 : Julai 15 Pulau Pinang (FULL)


🌼   Kuliah 12  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
15 Julai 1974


Berceramah kita kata… kami bagi malam pertama datang, malam kedua, malam ketiga. Sebenarnya saya di sini sudah malam keempat.


Gunanya ini diterangkan lebih terang atau berulang-ulang kami beri penerangan, pengertian, supaya kita masing-masing lebih dapat memahami dan mendalami apa sebenarnya ilmu pengetahuan kita ini; apa sebenarnya yang kenyataannya gerak yang diterima dari kami ini? Apa ertinya aliran yang diterima dari kami ini? Dari mana asal-usulnya datangnya? Dan lain sebagainya.


Kesimpulan pada malam yang pertama, iaitu kita memecahkan sesuatu rahsia yang tadinya, yang beradanya di dalam badan diri kita sendiri, yang tadinya dia terkurung terkongkong tak tahu jalan keluar, sedangkan orang di luar tak pernah pula mahu pula mengenalnya.


Maka dengan jalannya ilmu pengetahuan kami ini, mana yang telah diterima dari kami; ertinya itu rahsia yang tersembunyi dengan tenaga-tenaganya, power yang tersembunyi, daya-dayanya dalam badan diri kita dengan telah dapat kita merasakan melalui anggota batang tubuh kita, terutama hujung jari-jari kita, maka bererti telah pecah itu rahsia dari diri kita sendiri di dalam batang tubuh kita.


Sampai kita dapat menemui, mempunyai daya-daya tenaga yang tersembunyi seperti kami katakan, “Sampai memancar dari dalam diri kita sendiri melalui hujung jari-jari kita.”


Terpecah rahsia dari diri kita sendiri dari dalam saya katakan, yang telah dapat kita merasakan masing-masing melalui hujung-hujung jari-jari kita yang nyata bagi kita, ertinya dia mempunyai tenaga-tenaga ghaib yang tersembunyi. Dan dalam hal ini telah banyak pula kita antara kita telah berpengalaman untuk mengambil manfaat daripadanya, dari tenaga-tenaga ghaib ini dalam hal bidang ubat-mengubat, dalam hal menghadapi masa, dalam hal dalam jabatan pekerjaan masing-masing.


Akan tetapi, di balik itu harus pula kita ketahui bahawa dengan telah memancarnya yang melalui hujung jari-jari kita, yang dapat langsung mendapatkannya bahawa apa yang tadinya pintu atau jalan tertutup baginya keluar, bagi yang di dalam tadi atau bagi seorang manusia biasa, kita apa yang tadinya dinding-dinding pemisahan antara satu dengan yang lain, antara yang ghaib yang di dalam dengan yang ghaib di luar sampai kepada Yang Maha Ghaib, ini telah tembus.


Dalam pengertian lain juga ‘hijab telah terbuka.’


Maka sebagai yang telah dinyatakan, yang dapat didengar nanti pada tape yang sudah-sudah, pada malam pertama, maka sebagai diingatkan kesimpulannya bahawa kita telah memecahkan rahsia dari diri kita sendiri, sehingga mendatangkan daya gerak automatic bagi kita.


Kita telah melautkan itu yang setitik, yang sedikit melalui hujung jari-jari kita dia berkembang. Kita telah menggunungkan itu yang sekepal dengan cara perbuatan kita masing-masing, gerak-bergerak dengan sendirinya.

Dan satu kesimpulan betul yang perlu kita fahami bahawa ‘hijab telah terbuka,’ pintu yang tadinya tertutup telah terbuka buat kita orang dalam tadi keluar.


Dan sebagai seorang manusia dalam ilmu pengetahuan, kita telah mempunyai daya-daya tenaga-tenaga ghaib yang bukannya dating dari luar, tidak? Dari diri kita sendiri. Itulah daya tenaga-tenaga yang tersembunyi di dalam batang tubuh kita tadi.

Maka dengan telah dapat kita merasakannya, maka kami katakan telah pecah itu ‘rahsia’ dari diri kita sendiri masing-masing.


Pada malam yang kedua ditekankan kembali bahawa rahsia telah pecah, dinding telah tembus, ‘hijab telah terbuka,’ maka kami anjurkan dalam pada kesibukan kita hari-hari, pekerjaan kita, melakukan tugas masing-masing, dan mempergunakan dia pada masa yang sudah memperkembang jiwa, dalam pengubatan, dalam silat dan segala macam.


Pergunakanlah sedikit masa pada malam hari sesudah  maghrib atau sesudah isyak: oleh kerana pasti kita pintu telah terbuka, pergunakanlah sedikit masa kami katakan, mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengampun, kepada Yang Maha Kaya, kepada Yang Maha di atas segala-galanya.


Jadi segala sesuatunya dengan ada tujuan. Dengan ingat kepadanya, jalan  telah terbuka; baru kita ingat ingin menghampirkan diri… menghampiri kepada Tuhan, mendekati diri sekali kepada-Nya, dengan automatik dia akan bergerak.


Di situ, kita ada renungan; kita bertafakur sejenak, kita ingat, kita kenang akan perbuatan-perbuatan kita pada masa-masa lalu, dan kita waktu itu masing-masing dalam kegelapan, dalam kebodohan, dalam segala-gala tidak tahu dan tak kurang pula kita bergelimang (bergelumang) dengan dosa dan noda.

Sebab itulah kita memohon ampun kepada Maha Pengampun tadi. Mudah-mudahan Tuhan Mengampuni dosa kita dan akan memberi, melimpahkan akan mencurahkan Rahmat-Nya kepada kita semuanya, kepada orang yang mendekatkan diri tadi kepada-Nya.


Dan saya tekankan lagi, saya ingatkan lagi, saya timbulkan lagi, ertinya jangan dicuba dalam cara kita mendekatkan diri kepada Tuhan tadi, kita ingat:
“Tuhan, saya berdosa. Saya berbuat begini begitu. Sekarang saya ikhlas mohon dihukum!”
Jangan sekali-kali! Berat hukuman itu kontan (tunai)! Serta-merta akan berjalan itu hukum, walaupun kata kita secara ikhlas kita minta, tidak?


Akui dosa lahir dan batin, serta mohon keampunan dari Maha Pengampun tadi, dari Tuhan; Allah s.w.t.

Jangan minta dihukum! Ingat! Jangan! Jangan. Jangan.
“Saya berdosa banyak. Hukumlah.”
Tak tahan nanti.
“Tak tahannn!!!” Kita memekik sendiri.

Orang, “Ada apa?” katanya.
Dicabutnya! Erti dicabut… dicabut… dicabut segala macam; lidah yang bercakap ini ditarik sampai panjang macam ini! Jangan! Jangan! Jangan! Jangan!


Tetapi, kalau  macam  itu, boleh terjadi macam itu, maksudnya kita telah dapat menghampiri diri kepada Tuhan. Mohonlah. Mohonlah. Pintalah apa yang dapat kita pinta. Keampunan, terutama keampunan diri sendiri, keampunan dosa-dosa dari ibu bapa kita, keampunan dari sanak-saudara kita yang telah mendahului kita, kaum muslimin dan muslimat, para syuhada dan lain-lain sebagainya. Lepas itu mohon pula yang lain-lain.

“Engkau Tuhan Yang Maha Mengetahui. Begini aku sekarang. Begini keadaan kami. Begini negara kami. Begini… begini… begini…”

“Ana abdillah. Aku ini apalah… kami ini apalah… seorang ‘hamba Allah.’”


Mudah-mudahan jadilah kita masing-masing hendaknya sebagai perantara, antara Dia dan orang ramai, antara… antara dan lain-lain sebagainya. Itu ertinya. Maka kami tekankan lagi. Pergunakanlah sedikit masa tiap-tiap malam sesudah maghrib, sesudah isyak atau sesudah sembahyang malam, dengan macam kami katakan ‘hijab telah terbuka’ kita sudah boleh langsung menghubungi-Nya.


Kita memohon keampunan dan kita memohon keampunan terhadap ibu bapa kita dan lain sebagainya dan petunjuk-petunjuk dan Rahmat dan segala macamnyaadi kita sudah sampai ke taraf mendekatkan diri kepada Tuhan. Hendaknya sampai terbukti segala percakapan kami ini. Memang Tuhan tadi akan menerima orang-orang, doa orang-orang, pinta orang-orang yang paling dekat kepada-Nya. Kalau yang  jauh itu dia hanya bisa mendengar sahaja.


Kita langsung mengetuk pintu Hati-Nya. Kita langsung mengetuk Hadirat-Nya tadi. Dengan kita ini ‘Ya Tuhan…’ tak jauh. ‘Tunjukkanlah kami,’ dan lain sebagainya.


Dan, jadi yang pertama; kita telah  memecahkan akan rahsia sesuatu, iaitu rahsia diri kita sendiri.

Yang kedua; dengan pintu telah terbuka, kita masing-masing telah dapat merasakan dan telah dapat mengetahui dengan perantara kami pada malam ini, yang kita… diri-diri mendekatkan diri, menghampiri diri kita kepada Tuhan, dan dengan memohon ampun terlebih dahulu baru minta yang lain-lain.


Yang ketiga; iaitu bagaimana mendudukkan ilmu ini pada badan diri kita masing-masing. Mendudukkan diri dengan ilmu ini. Ertinya, diterima dari kami kita bergerak dan  segala macam. Bergerak, bergerak, bergerak begini begitu atau kita mengubat orang segala macam, dan kita berlatih bergerak dan segala macam, akan tetapi, di kala kita sendiri di rumah. Tidak mempergunakan itu daya gerak di kantor.


Di dalam tempat kita berniaga, apa kita akan bergerak dan menari juga? Tentu tidak! Dari itu, bagaimana mendudukkan diri kita dengan ilmu pengetahuan ini?


Kita harus pandai membawakannya hingga ilmu itu menjadi kita hendaknya. Terutama kita ketahui segala gerak itu dari dalam datangnya. Dia memancar keluar dengan cara pembukaan kami.


Tetapi bagi kita, ertinya telah terasa dia, dia ada berserta kita. Kalau kita tak bergerak, kita ingat kepadanya dia ada. Ertinya yang di dalam ini mendudukkan, membawa gerak; gerak di dalam dan sampai memancar keluar.


Di dalam sekarang ini, kepala ini di sini yang berpusing. Dia sendiri akan merubah gerak-geri duduk, gerak-geri tangan, sampai dia menjadi orang pada kita. Sampai dia sendiri yang cakap ini, bukan saya lagi.

Baru datang seseorang, “Assalamualaikum!
Mualaikum salam,” katanya. “Sila duduk,” katanya. “Ada apa?”
“Oh Pak, kaki saya sakit.”

“Bagaimana? Ada apa?” Dia automatik. Bukan bikin apa? Bagaimana saya hendak mengubatnya? Apa saya akan berikan? Tidak!

Perhatikan cara gerak kami; juga duduk kami, cara kami, tangan kami, suara kami, cara kami memberikan ini. Tidak menari-nari.

Dia telah menjadi orang kepada saya.



* * *


Itu ilmu boleh juga menghubungi sesuatu oleh kerana pintu telah terbuka. Hubungi si polan itu, ulama itu, atau kiai itu, yang keramat di sana dan dia pula menjadi orang pada saya.

“Mahu apa?” katanya.

Ini barang disengajakan. Saya jadikan si Hawa ini menjadi saya umpamanya. Erti pembawaan kita secara dia pula, perempuan pula. Ini kita bikin, kita buat.


Mendudukkan ilmu ini menjadi orang pada kita. Ini yang automatik bawaannya tadi.


Jangan kita seru, “Oh! Syeikh Abdul Qadir Jeylani! Oh! yang keramat di sana, yang di sana datanglah!”


Mungkin bisa datang dia, masuk menjadi kita semuanya, menjadi kita dia. Itu barang disengajakan. Kita barang automatik; terjadi dengan sendirinya. Cuma kita membawakan diri kita jadi orang, sehingga orang luar akan melihat perubahan kita; Orang muda, orang tua, orang setengah (setengah tua), macam segala macam jadinya. Jadi kita berpatuhkan, berpegang kepada cara automatic tadi.


Tuhan telah mengakui, telah melimpahkan Kurnia-Nya kepada kita. Serah-terima itu, dan kita dudukkan dalam diri kita.


Tidak kita minta, “Oooo yang di laut! Oooo yang di gunung! Ooo... oh... yang ini… yang itu segala macam, bantulah aku!”


Sedangkan kita membaca ‘Qul huwa Allahu ahad; Allahu alssamad.’ Hanya Allah tempat meminta. Masih ‘Ooo... ooo... oh...’ buat apa ‘Allahu  alssamad’ dibaca, tidak?

Tetapi bagi orang yang belum sampai di situ tingkatan pengetahuan, ya berhasil juga itu barang yang disengaja. Kenapa tidak? Lantaran dia yakin, sedangkan percaya kepada syaitan, yakin jadi hantu raya dia itu, bukan? Jadi, semuanya!


Tetapi kita tetap kita. Kita lain dari yang lain. Kajian kita kaji mengenal diri kita sendiri. Kita kupas, kita pecahkan yang tadinya dia di dalam sampai bisa keluar menembus alam sendiri.


Macam kami katakan dalam risalah kami ‘bebas tetapi tak lepas,’ dengan mempunyai daya-daya seribu daya ke jalan-Nya; jalan yang lurus lagi benar, dapat kita rasakan melalui pancaran, jalan yang berhikmat, yang berisi. Isinya nikmat, jalan telah ditunjukkan kepada orang dulu-dulu.


Kalau jalan saya katakan dalam pengetahuan kita ini ‘yang terasa ini’ atau pancaran yang memancar melalui badan diri kami, melalui saluran segala macam. Perhatikan kalau kami bergerak. Perhati saya bicara ini. Kalau kami bergerak segala macam, apa terjadi pada diri kalian semua? Bagaimana alam sekeliling kita sekarang ini? Ini pula bawaan kami.


Cubalah renungkan, resapkan dalam hati. Apa telah terjadi? Sekarang lagi secara kami macam ini, tidak? Ini barang bukan disengajakan untuk menutup mulut ini semuanya, supaya jangan
bicara, tidak? Automatik semua sekali.


Jangan dibilang, “Oh... ya, Bapak tentu ya bisa. Kami ini bagaimana?”


Itu yang kami tunjukkan. Itu yang ajarkan. Kalau untuk saya sendiri, saya ini memang dari Tuhan dapatnya segala macam, mengapa saya datang ke sini? Lebih baik saya sendiri saja di kampung halaman saya dengan duduk bertekun; orang ramai datang minta… minta berkat segala macam. Saya secara peribadi saya tidak mahu.


Saya ingin orang macam saya. Sebab saya lihat, saya pernah juga jadi bujang bertanya-tanya mengenai ilmu dunia ini segala macam. Pernah saya pelajari ilmu tangkap ‘malaikat maut’ namanya; mengambil nyawa.


“Cabut ini! Hai maut. Hai maut!” katanya. “Cabut!”

Pernah saya pelajari itu. Itu saya waktu kecil. Pernah saya pelajari; orang lalu laki bini lagi jalan di tempat ramai, saya ambil tangannya. Diganding (berganding tangan), dilepaskan ini, dia tak tahu. Pernah saya pelajari, saya bilang... dengan jeruk (limau) purut mengerjakan anak dara sana.

“Hai limau purut! Engkau tuju si pulut. Pergilah engkau! Aku suruh bergelut-gelut dan segala macam.”


Saya pelajari itu semua, sampai hantu jinjang segala macam.
“Datang si anu rumah si anu. Kalau tidur dia, bangunkan!
Bangun buat duduk-duduk, buat tegak… tegak… buat jalan ke hadapanku!”
Segala macam.

“Ya, aku pelajari itu semua. Aku pelajari itu semua.”


Tetapi saya puaskah dalam segala-galanya? Buat apa? Nanti satu saat segala-galanya akan diperhitungkan. Kalau saudara kita sendiri dibikin orang macam itu, bagaimana? Isteri kita sendiri dibikin macam itu, bagaimana? Apa anak kita sendiri dibikin macam itu, bagaimana? Isteri kita sendiri dibikin macam itu, bagaimana? Yadak?


Di situ saya cari lagi. Saya cari bagaimana bisa mengatasi, bagaimana sebenar-benar ilmu ini. Maaf cakap, sampai saya Tanya sendiri ‘apa betul-betul Tuhan itu ada?’ saya ingin tahu.

Saya sendiri juga bicara, “Apa betul-betul Tuhan itu ada?”


Kadang-kadang dengan bertekun kita bertanya ulama, kiai. Ini tanda-tanda Tuhan ada. Ini itu… begini begitu, tetapi saya mahu tahu, mahu ada bukti pada diri saya hendaknya bahawa Tuhan itu ada. Dan begitulah segala macam, bukan? Renungan dan segala macam.


Dan kerana itu pula, barangkali Tuhan hendak merubah nasib saya tadi, sebagai apa namanya… pegawai pada kompeni minyak, sampai minta berhenti bekerja, sampai mendapat cubaan, sampai mendapat ilmu ini, sampai saya katakan saya tidak berguru kepada seseorang. Tidak!


Setelah melalui cubaan dan segala macam, sampai yang bukan-bukan dikatakan orang terhadap diri saya ini dan sebagainya. Saya sendiri sampai hairan, sampai saya tidak percaya.


Tetapi ini! Ini saya pelajari terus yang mendatang ini. Gerak ini.
“Apa ini? Dari mana ini?”
Saya cari pengalaman. Saya bersedia berkorban harta benda saya yang ada. Ditawarkan pekerjaan, saya tolak. Saya bukan orang cari pekerjaan lagi. Saya carikan, saya banding dari daerah lain ke daerah lain, ke daerah lain di Indonesia, kepada bomoh besar, datuk besar, kepada ulama muda fahamannya, ulama tua fahamannya dan segala macam. Saya tanya, saya banding dan sebagainya.

Di situ kira-kira sudah banyak, sembilan puluh peratus (90%) begitu, begitu, begitu katanya ilmu pengetahuan ini, segala macamnya. Saya fikir juga. Saya juga tak terima. Ertinya, orang begitu memandang saya berlebih-lebihan, atau bagaimanalah umpamanya, bukan? Diri saya tak terima. Sampai saya pelajari buku-buku sejarah orang besar dulu-dulu, ulama dulu-dulu segala macam. Diperhati macam mana dibisa jadi orang: jadi orang besar segala macam, orang besar dunia, orang besar di akhirat.


Sampai saya dapat dengan perantara juga, yang ghaib-ghaib membimbing saya, memimpin saya, mencari pengalaman, mengetahui isi akan ikatan-ikatan ilmu pengetahuan ini yang sebenarnya. Sampai saya ambil kesimpulan juga, saya ingin supaya orang ramai dapat pula mempunyai macam saya telah mempunyai ini. Setidak-tidaknya jadi pengikut saya; menerima aliran dari saya, untuk dapat diamalkan pengetahuan ini.


Dan itulah makanya saya sampai ke sini. Mula-mula Pulau Singapura. Dulu-dulu juga tahun 60, 61, 62 saya sudah masuk ke Malaysia sampai ke Kelantan segala macam. Masa itu masih  Malaya namanya, tak ada visa melalui Singapura; masih satu antara Singapura dan daratan Malaya.


Akan tetapi belum macam begini perjalanan saya lagi. Saya ingin tahu saja dibawa orang yang pandai cakap mencari duit jual ubat di kaki jalan segala macam. Saya ikut saja. Saya disuruh tinggal di hotel. Ya, saya macam  orang bodoh saja. Tapi, gurunya, katanya. Bapaknya. Jual ubat dia.


Sampai kami pulang, ya… saya dikasi duit. Jadi, kalau tidak sudah, macam orang bodoh saja. Sampai konfrontasi, saya terkurung. Sampai kami jalan ke Bangkok. Bayangkan: dengan tidak ada isi kantung, tetapi sampai pulang ke kampung saya. Sampai ke Bangkok naik kereta dan segala macam.

Tuhan kaya.


Kami sampai di Naratiwat tak ada duit sesen lagi. Di sini tak boleh tinggal lagi. Sudah konfrontasi, bukan? Datang di sana, di Naratiwat, semalam saja cuma, ini petang bukan, sudah sampai malam orang sudah tahu sama saya. Besok menghantarkan Bhat saja lagi, duit. Minta itu, minta ini, minta segala macam. Ada yang menangis ke pangkuan saya, tetapi kami tak boleh lama di sana. Ini saya mengalami. Mengalami. Mengalami. Mengalami, merasai itu.

Kan kasih sayangnya Tuhan tadi?

Saya mengalami itu, memang Tuhan itu ada. Sampai kami ke Bangkok. Di Bangkok juga… beberapa hari sampai kami terus naik kapal yang lagi angkut beras waktu itu, kembali terus ke Jakarta. Saya pulang ke Palembang.


Di sana juga tidak ada, di sini saya hidup juga. Orang datang juga dan segala macam. Habis konfrantasi pada mendatang surat dari Singapura.

“Banyak orang yang mahu menjumpai Bapak,” katanya.

Saya datang pada tahun 67, 68 atau 69. Saya tak ingat lagi. Sampai berulang-ulang, dan sampai pula dengan perantaraan si Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim) ke Pulau Pinang ini bersebar pula segala macam sampai berjumpa pula kita.


Jadi ilmu kami ini janganlah dianggap seperti macam ilmu orang-orang bomoh-bomoh atau ulama-ulama biasa dengan isim-isim. Tidak!


Kami terangkan tadi, ‘mengenal diri, rahsia diri, rahsia Tuhan.’ Bayangkan sajalah dengan keyakinan yang penuh saja melalui saluran pintu, saluran telah terbuka.


“Ya Tuhan, Ya Tuhan, ampunlah kami!”
Tak jauh kita dengan-Nya. Cuma yang mendinding kita, yang apa nama menghubungi kita dengan Dia, hanya jasad inilah, yang lahir inilah.


Bagi orang lain dengan alam pemikiran sendiri, memang jalan berliku-liku dari makam itu ke makam. Bagi kita dalam hal ini, tidak!


Sebab ini yang dikasihi, mencari yang Mengasihi. Jalan hanya satu. Jalan kepada Tuhan hanya satu, iaitu jalan lurus.


Macam seorang anak umpamanya, walaupun bagaimana dia tahu sendiri jalan pulang ke rumah orang tuanya, tidak? Apalagi dia yang akan kembali pula ke Hadirat-Nya, dan dari Dia pula datangnya. Cuma selama ini dia diamanahkan untuk dalam masa tertentu dengan dikurung di satu tempat, sampai dia tak dapat menghubungi-Nya Tuhan-nya tadi Yang Maha Kuasa.


Dan alhamdulillah, dengan perantaraan tangan kami ini pada diri kami, kami bukakan pintu sampai dapat langsung menghubungi-Nya kembali. Itu yang kami katakan ‘bebas tetapi tak lepas.’


Jadi, segala sesuatu yang alam di luar ini kita ukur ke dalam badan diri kita sendiri. Ini alam (badan) pula, ada apa-apa terasa di hujung jari-jari ini macam jalan segala macam ini, bukan?

Mana yang keras, ada setan-setan yang tertangkap itu: terasa seperti dihancurkan sekali. Apa yang kita takutkan?


Jadi, pada pengertian yang ketiga ini kami katakan tadi, bukan? Pada malam ini, bukan? Mendudukkan ilmu ini pada badan diri kita.


Bangun kita pagi-pagi, ya… bagaimana duduk kita yang enak? Bagaimana perasaan kita? Batuk, atau sesak nafas? Biar saja dahulu. Tenang. Sampai jadi sendiri. Pintu telah terbuka, dia sendiri menguatkan badannya sendiri. Dia sendiri mengisikan badan dirinya. Kita tenang saja. Tak perlulah dibentuk, ditunjuk ajari dia.


Dia lebih tahu dari kita, sebab bukankah ini badan dirinya sendiri, tidak? Sampai sempurna kedudukannya, sampai sempurna dia menjadi orang, hingga keseluruhannya itu baru meliputi.

Kalau dalam perkataan dunia orang lain, “Meliputi keseluruhan sehingga mapan,” katanya.

Kalau ilmu orang dunia, ‘meliputi… besi khurasani tadi.’ Sama kita, tidak! Hingga meliputi keseluruhan alam.



* * *


Dan segala sesuatunya, iaitu apa yang telah ada pada kita itu. terahsia; menjadi rahsia kita. Tak boleh pula cakap kepada orang. Itu rahsia kita semua, gerak-geri kita ini. Sebab, kalau kita kembali kepada luar, kepada kemanusiaan kita, bagi seorang manusia selalu ada pertentangan antara hati dan fikiran.


“Ini begini,” katanya.
“Tidak! Begitu!”
Yang mana kita mesti turutkan? Di situ maka ada waswas tadi, ragu-ragu. Tanya, “Yang mana benar?”

“Jalan inilah!”
Sekarang dia boleh buat sendiri. Serahkanlah segala-galanya. Dia, automatik dia sendiri. Dan sehingga dapat kita… ertinya kalau dia penuh betul-betul menjadi orang pada kita, itu fikiran yang tak baik singkir sendiri.

“Segala tindak-tandukku,” katanya, “Perbuatanku, dan lain sebagainya.”

Itu yang agak sulit membezakan tadi; menjadikan diri tadi menjadi orang. Ertinya meliputi keseluruhan alam. Keseluruhan. Jangan setengah-tengah fikiran macam begitu, kata, “Gerak!”


“Tidak!” katanya, “Tidak!”
Fikiran “Saya mahu merokok. Ah! Tunggu gerak dulu.”

Saya mahu merokok, hisaplah! Hisap rokok. Oleh kerana kita utamakan gerak, kita tunggu.

“Apa ni? Dak ni… tak gerak ini?” Jadi, tak jadi kita merokok. Taruhlah, tak apa. Makan? Ini sudah lapar, diminta dalam  fikiran dia.

“Oh, saya sudah lapar. Tak ada gerak.”

Tunggu gerak, jadi tak makan kita, tidak? Jadi ini kita sendiri mencari, mencari, mencari, mencari, mencari, mencari, merasakan jalan tadi. Macam  pernah pula, umpama ijazah bukan? Ya dak?

Dalam kesulitan ditunjukkan.
“Bawa tegak!”

Bawa tegak segala macam. Gerak tidak membawa gerak sampai tegak. Ditunggu kaki tidak dibawa berdiri pada telapak kaki sendiri. Sudahnya duduk sajalah. Jangan berat sebelah, kita. Tetapi dalam persoalan ini mahu merokok, ambil sajalah rokok. Hisaplah. Tadi,

“Pak, tolong ubat saya. Kepala saya sakit begini begitu…”
“Apa dia?”
Jari-jari tangan sudah terasa bergerak, sudah bangun sendiri. Ini dia automatik. Secara berguru pada kami, apa yang didapatkan gerak, bukan?

Dan air putih (air hidup) itu pula diberikan kepada orang.

“Oh, tidak makan di akal! Sakit perut, dikasi pula air sejuk. Tambah sakitlah perut!”

Tak percaya kepada yang ghaib. Soal ini nanti bukan kita sebagai seorang manusia memberikan, tidak?

Pengetahuan tadi, kalau dibawa ke fikiran; “Ya, macam mana ini ya? Mesti diinjek ini. Mesti vitamin makannya.”

Macam semalam didatang orang satu kan, arab apa tu, bukan? Pinggang sakit. Ini sakit. Ini sakit. Ini sakit. Kalau kita fikir apa nak kasi, pergi ke doktor… paramedik tu. Tapi kita kembali kepada pengetahuan; kasi air minum, bawa air pulang.


“Gosok di sini. Besok ke sini.”
Dia datang.

Alhamdulillah, Pak. Memang hairan,” katanya,
“Ini sudah habis, cuma sini tinggal sedikit,” katanya. Datang pergi tadi. Cuba!


Bukan kerja kita itu! Kalau dengan fikiran kita tak jadi.  Begini. Sampaikan saja. Itu terima dari kami gerak, bukan? Apa yang datang gerak itu ikut saja. Air dari kami, berikan pula kepada orang. Tuhan yang menentukan segala-galanya dengan yang ghaib.

Jadi kita minta dia besok datang.
“Wah! Alhamdulillah! Luar biasa Bapak.” katanya,
“Ini tak ada lagi. Pinggang sikit saja. Tinggal ini sikit,” katanya.

Cubalah, saya sendiri berasa tetap terkejut, bukan? Ambil ke fikiran tadi, masa bisa jadi tetapi kenyataan? Itu kerja yang ghaib tadi.  Tetapi kalau mahu makan, mahu mandi, tunggu juga gerak, busuklah! Itu, hati-hati tentang itu. Mahu berbedak tunggu juga gerak, juga nggak jadi.

“Saya tak perlu mandi,” katanya.
“Jangan makan!” katanya.
Ini mesti dapat kita memperbezakan tadi.



* * *


Tak dapat kita dengan ilmu ini, bukan? Macam kebanyakan orang di Indonesia, saya alaminya baru ini, dak? Kalau mendatangi dukun bomoh di sini, dalam khayalan tentu kita berhadapan dengan seorang tua pakai kain pelekat, pakai baju cina baju putih tu, bukan? Pakai songkok, duduk di tikar. Asap anu, kemenyan ini.

Tahu-tahu dia tengok saya, ditanya.
“Mahu ke mana bu? Bapak atau adik segala macam.”
“Aaa... Ada Pak Muchtar di rumah?”
“Saya tengok. Ada! Duduk! Tunggu sebentar!”
“Mahu tunggu sama dia. Macam mana dia?”
Saya pergi ke dalam tukar baju. Saya keluar. Entah bagaimana;
“Ada apa?”

“Oh! Saya sakit, Pak!”
“Duduk!”

Dia hairan-hairan juga, sebab berlainan kenyataannya. Yang dikiranya dia akan menghadapi seorang tua tadi, bukan? Ya dak? Tahu-tahu duduk di kerusi, pakaian macam itu! Hanya air sejuk pula dikasi (diberi).
Belakangan dia mengaku.
“Wah!” katanya.

Setelah biasa pula sama kita, bukan? Secara ceramah dua tiga hari, sudah bisa kita dianggap sebagai Bapak, sebagai saudara atau sebagai itu.

“Tak saya sangka, Pak,” katanya.
“Saya kira yang Bapak Muchtar itu orang tua,” katanya
“Pakai kain pelekat, pakai baju putih, pakai songkok, menghadapi kemenyan. Rupanya tidak!”

Ya, itu! Jadi segala persoalan, soal yang ghaib, kita dengan tenaga ghaib, dengan yang ghaib semuanya ini segala-gala… segala-galanya. Tetapi keperluan hari-hari, diri sendiri secara kita sebagai seorang manusia jangan ditinggalkan. Macam saya katakan, kita mesti tidur, mesti makan, tukar pakaian, mandi, mencari duit dan segala macam.


Apalagi kalau kita pandai mendudukkan diri kita.
Mana Mazlan? Ada Mazlan? Tak datang? Ini buat dia sebenarnya, tetapi dia tak datang. Dia berniaga, ya tak?

Dudukkan diri sebagai ular cantik manis saja. Macam mana?
Berniagalah. Ini rahsia saya, saya katakan. Tempoh duduk di Jakarta, di rumah.

“Ular cantik manis, kerjalah!” saya bilang.
Macam itulah bergerak. Nanti datanglah.
“Assalamu alaikum!”
“Mualaikum Salam!”
Membawa duit, dia menghantar.

Ular cantik manis, tahu ular cantik manis? Dia bisa tak ada, tahu? Tapi burung menghantarkan makanan. Ini semua kita tahu.


Kita duduk saja di rumah. Apa yang teringat nak baca, baca. Sebab itu ular di pohon, di pokok, kecil saja. Begini dia punya mulut.

Datang burung ‘seh… seh… seh…’ menghantar makan. Alangkah senangnya jadi orang, tidak? Tak payah! Datang saja orang hantar makanan. Ya? Bagaimana kalau saya katakan, memang terjadi bagi diri saya macam itu. Tapi ilmu saya, saya bukakan ya!

Macam, kita berkedai. Itu.
“Apa?”
“Bukalah. Ini ilmu kita rahsia kita.”

Dengan gerak-geri ini, macam itu. Jadi ini ular cantik manis juga. Jadi saya bisa (boleh). Kalian juga, bisa semua! Kenapa tidak bisa?


Tapi ada pula anak buah saya, geraknya begini! Itu ular juga, tetapi ular sawa; membelit saja fikirannya. Ha! Itu ular juga. Ular sawa!


Jadi, kalau memakai ilmu ular, ilmu padi macam itu, saya bilang ilmu ular; ular cantik manis. Seluruh umat, seluruh orang akan melihat dia kasihan  hiba. Jangan sebut cinta, ya!

Hiba kasihan. Kalau cinta, sudah ada bini payah nanti. Datang ke rumah, susah. Kalau bujang tak apa. Nah! Ini ilmu kita buka. Buka saja sampai ketawa anak daradara.

“Ketawa ke… ramah, tadi?”
“Betul, tak lama lagi,” katanya.

Jadi, kita dapat membezakan hendaknya, bukan? Memahami dan membezakan antara satu dengan yang lain. Terutama tadi mendudukkan diri dengan ilmu ini. Kedua; dapat membezakan ini ilmu; bisa mempergunakanya, menggunakannya secara terang-terang, secara halus dan untuk keperluan kita sendiri hari-hari.


Jangan sampai saya katakan tadi mahu makan, kalau gerak tak ada, tak makan! Jangan! Dan ke mana saja pergi, umpamanyakan, dengan ilmu ini kita tetap ingat saja kepada rasa ini.

“Ada.”

Pergilah ke mana-mana. Asal ada dia, kita telah bersertanya atau dia telah berserta kita. Maaf cakap. Bila dengan adanya itu kita jalan, itu dengan automatik kita. Biar dengan kereta, dengan apa, dia automatik ikut membantu supaya jangan terjadi. Kalau terjadi pula orang akan mencuri memukul dari belakang, dia automatic juga sendiri.


Kalau kita ambil kepada kemanusiaan, ertinya kita mempunyai satu firasat, daya tangkap yang mendalam. Jadi kalau kita berhadapan dengan orang macam saya ini, biar sikit gerak. Ini dengan rahsia kita, orang akan bergerak pula macam kita ini. Orang akan mengacukan tangannya, tapi tak berisi macam kita.


Tapi jangan dibawa ke fikiran kita, seolah-olah kita dengan ilmu kita sekali ini barang disengaja namanya. “Ini ilmuku!”

Itu tak boleh. Automatik saja.

“Apa yang engkau pakai sekarang? Lain betul saya lihat dari yang sudah-sudah.”
“Apa? Apa?” Sambil begini (kedua-dua telapak tangan terbuka lebar).
 “Apa?” Ini (telapak tangan) terbuka. “Mana?”
“Tidak! Lain dari yang lain.”
“Lain macam mana?” katanya.

“Ya! Engkau sekarang bicara sudah pintar. Sudah menarik.
Muka jernih,” katanya. “Apa yang engkau pakai?” Dia sampai hairan.
“Tidak. Ingat kepada Tuhan. Mohon kepada-Nya. Tak ada lain lagi.”
“Apa pelajaranmu? Apa yang engkau perdapat?”
“Ini (telapak tangan terbuka)!”

Bacalah ini, ya dak? Tetapi ini (anak kunci), ini sudah sampai pada dia, bukan?

“Wah! Lain betul,” katanya.

“Kalau mahu tahu juga datanglah ke rumah. Ini di jalan ini, ya dak? Kalau mahu kenal betul kepada kami...”

Ya. Jadi ertinya, apa yang telah saya berikan? Apa yang diterima melalui anak-anak yang tua-tua dari saya, tidak ada itu simpanan. Tidak ada rahsia-rahsianya. Tidak ada apa-apa. Apa yang ada, itu yang kami berikan. Hanya bagi diri sendiri masing-masing, dan caranya memahami, menangkapnya, menerimanya.


Kalau kita berpendirian umpamanya, untuk kontak saja antara satu sama lain, bukan? Masih kasar dikatakan  ilmu itu.

Macam saya bilang tadi, panggil syeikh itu, panggil itu, panggil itu. Itu masih kasar tingkatnya dan bawaan kita juga kurang tepat. Sebab ke mana-mana saya telah banding, saya telah tanya. Juga kepada orang-orang, ulama-ulama yang dalam, kepada datuk-datuk juga.


Ertinya kalau mengenai ilmu pengetahuan, ya, ilmu yang sangat dalam dan tinggi yang bawaan automatik inilah. Dengan tidak ada jampi-jampian, dengan tidak ada bacaan. Hanya gerak-geri ini.


Semua sekali Tuhan saja yang menentukan. Itu automatik berbuat dengan sendirinya. Berlaku dengan sendirinya.


Dan ya, apa saya katakan? Ertinya, tak ada tanggungjawabnya atau bagaimananya. Sebab kita, waktu diri kita seolah-olah hanya sebagai perantaraan saja, menyampaikan saja sesuatu untuk
sesuatu. Jadi, jika terjadi jahat pada diri seseorang, musuh kita segala macam dengan gerak-geri kita ini kita tak akan dihukum. Itu pasti, sebab kita bukan dengan sengaja, bukan?


Itu terjadi dengan sendiri. Tetapi kita ambil jeruk (limau) purut, kita potong. Atau jantung
pisang. “Ini jantung si polan!”

Set! Kita pisau sama dia. Dengan gerak pula. “Choon putus!”

Sebab diputus jantungnya itu harus kita dipertanggungjawabkan, tidak di dunia di akhirat nanti sama Tuhan.

Sebab itu barang disengaja. Disengaja dibuat. Akan tetapi pengalaman, laporan-laporan dari setengah-setengah orang yang mengamal ilmu pengetahuan ini, disengaja betul tak jadi katanya. Ada juga yang menghalang. Tak boleh.



* * *


Jadi, biasanya saya datang ke sini, ertinya satu-satu menghadapi saya, saya isi, saya kontrol, saya betulkan dan lain sebagainya. Hendaknya mulai di sini (kedua telapak tangan rapat di tengah dada), dapat diri sendiri hendaknya menyelesaikan diri sendiri pula.


Sebab kita manusia, biasanya hari-hari kita keluar rumah dan segala macam  selamanya dari pagi sampai petang, tak akan tinggal dari dosa yang ringan dan yang berat tadi. Itu menekan. Itu terletak pada badan kita, badan diri kita.


Macam ilmu ini, macam kami katakan, bebaskan diri dengan diambil rasa. Dibebas yang itu yang dia. Makanya bergerak berpusing-pusing dan segala macam, melepaskan diri dari ikatan ini, tekanan-tekanan ini, dan keseluruhannya dari perbuatan, dari segala macam. Ertinya kita sudah bisa (boleh) melepaskan diri kita dari ikatan kebendaan.


Suratan ini bisa kita robah, sebab kita telah langsung. Tetapi bagi orang, tidak! Tetapi buktikan, kita, diri kita betul-betul kekasih-Nya.


Nyatakan kita tadi, bahawa tidak ada satu pun yang sanggup untuk kita menghadapi, menghadap-Nya, dari nur ke Nur.

Tetapi itu bukan fikiran kita. Dia yang pintu baginya tadinya telah terbuka, begitu saja (kedua telapak tangan rapat di tengah dada), “Ya Tuhan…”

Sampai.

Jadi, pantas kembali hendaknya kita menjadi renungan, menjadi pemikiran mengenai apa-apa yang telah diamalkan, yang diterima dari kami dan dalam pengertian dan lain sebagainya. Kalau kurang tepat rasanya pegangan macam sebelumnya, macam kami telah terangkan tadi, kembali kepadanya.

Ingatlah  rasa itu, rasa yang terasa.

Membebaskan diri juga itu rasa diturutkan. Jadi, lepaskanlah diri tadi dari ikatan-ikatan materi ini; kebendaan, sampai ke dosa dan segala macam. Ada dosa juga dia bawa kita begini (kedua telapak tangan rapat di tengah dada). Nanti memohon ampun kepada Tuhan, walaupun tak kita ucapkan dan segala macam, sebab dia di sama dia tak cakap macam kita ini.


Manusia cuma, “Ya Tuhan, ampunilah kami, diri kami.” Tetapi dia tidak, ya!

Begitu pun juga dalam kedudukan, dalam kebutuhan (keperluan) kita sehari-hari, dalam  pangkat dan martabat dan kebutuhan dan sebagainya, keyakinan yang penuh dengan pengertian yang lebih meningkat mendalam, akan meningkat pula kedudukan kita lahir dan batin, dunia dan akhirat.


Kalau kami, biarlah pangkat dari Tuhan saja, sebab kami bukan orang pekerja. Ini pengertian. Dudukkan diri kita tadi dari luar ke dalam. Meningkat kita, itu sudah lain bawaan. Lain pula pandangan orang ramai pada kita. Tetapi jangan dibesar-besarkan diri tadi.

Diri kita besar dengan sendirinya. Maksud jangan dibesar-besarkan diri; kita sombong, kita takbur. Itu yang tak boleh!



* * *



Jadi ya, masih ada masa lagi bagi kita, untuk kami menyampaikan; hari Rabu dan Khamis. Jumaat pagi sudah pasti tak ada halang lagi; tak ada perubahan. Dengan acara tadi, kalau ada jalan lain dari kami di Kuala Lumpur untu panjang tiket atau visa segala macam, mungkin kembali juga di sini kira seminggu lagi.


Jadi yang sebulan ini dibahagi terus Kuala Lumpur, Melaka, Johor sama Singapura.



* * *



Tetapi didiklah diri sendiri tadi sampai bisa berdiri sendiri macam saya katakan.
Tempoh-tempoh cakap saya macam  bahasa Indonesia. Ini tempoh  kurang tepat untuk ditangkap dengan bahasa Malaysia.

Macam saya katakan, apa? Usahakan supaya dapat berdiri pada telapak kaki sendiri. Cubalah. Pada tujuan saya, supaya kita boleh berdiri sendiri. Dalam ijazah kecil itu saya tengok; dari berbaring bagaimana caranya, duduk bagaimana caranya dia boleh berdiri, di situ dapat saya menangkap. Sebagai seorang pekerja, bukan?


Yang hanya bekerja sebagai pegawai rendah yang ditunjuk terus ini buat begitu… begitu, tetapi ada pula pegawai yang boleh diangkat menjadi pegawai bahagian, dia punyai kesanggupan sendiri. Itu dapat dilihat.


Waktu itu dalam ijazah kecil itu. Walaupun dikata begini, terus berdiri sendiri; gerak duduk, tegak, sampai berjalan, sampai berdiri sendiri. Di situ kita lihat kebolehan tadi. Padahal manusia ini sama, tapi biasanya… biasanya orang pekerja bagaimana? Kan ada, walaupun berpuluh tahun sudah bekerja, tapi selama ini mesti buat ditunjukan makanya baru bisa dia bekerja.


Nggak tahu dia bekerja sendiri, tidak? Ada yang baru  tapi dia boleh berdiri sendiri. Ini berlainan. Yang bisa jadi kepala, bukan? Kami inisiatif namanya. Yang namanya sepuluh tahun, lima belas tahun, dua puluh tahun sudah bekerja, tetapi tetap di bawah orang juga. Itu makanya tempoh-tempoh mesti dibantu bangun, dibantu duduk, dibantu supaya bisa menjadi orang. Sedangkan kita ingin, bukan?



Dari tertutup pintu, di buka, di pimpin, di bimbing, berjalan dilepaskan, sampai boleh berjalan sendiri? Dan ya, saya peribadi sendiri, tak dapat mengatakan kemungkinan-kemungkinan bila kembali, bila datang, bila apa, tidak? Atau bagaimana? Itu saya tak dapat mengatakan.


Segala-galanya ketentuan dari Tuhan juga, tetapi rasa-rasanya mungkin sekali setahun, apa sekali enam bulan, apa sekali sepuluh tahun. Belum tahu lagi, atau tidak selama-lamanya. Itu tak dapat saya mengatakannya, tetapi saya sudah boleh membayangkan begitu.


Segala-galanya di tangan Tuhan semuanya. Jadi itu saya inginkan menjadi oranglah. Menjadi oranglah. Pandai berdiri sendiri, sampai dapat pula mengalirkan kepada orang lain, kepada orang-orang. Siapa tahu? Mungkin sedikit lagi, satu dipindahkan ke sana, satu ke tempat lain. Di situ akan berkembangnya pula ini pengetahuan.


Atau tidak-tidak bekalan tua nanti duduk, kata orang bomoh. Kita tidak bomoh, tetapi kita boleh membantu orang. Atau kita berniaga kecil-kecil. Apa saja yang kira-kira suka kita lakukan, lakukanlah.


Tetapi dengannya. Dia jangan ditinggalkan, walau di mana kamu berada. Jangan macam orang beri tangkal segala macam; tak boleh ke kakus (bilik air), tak boleh tidur, tak boleh ini itu. Kita ini di mana saja, ingatlah selalu. Dia pasti ada. Dia pasti ada, kalau ada gangu-ganguan pada kita. Itu makanya, kalau kita beri orang batu segala macam;

“Bagaimana Pak? Ini? Tak boleh di bawa ke jamban? Ke kakus segala macam? Ke pancur segala macam?”
“Tidak apa-apa. Itu hanya batu, bukan?”
Kalau orang lain tak boleh. Sama kita tidak, sebab dia kekal dan abadi tidak luntur-luntur.



* * *


Dan begitulah. Hari sudah jauh malam. Kebanyakan kita ini akan bekerja besok. Dan banyak sedikitnya penerangan-penerangan kami tadi .

Kesimpulan, satu; memecahkan rahsia diri sendiri, sampai keluar dengan mempunyai tenaga yang tersembunyi itu.  Sampai kitadapat melautkan yang sedikit, menggunungkan yang sekepal.

Yang kedua; ertinya menghampiri diri kepada Tuhan macam yang telah kami terangkan tadi. Dan malam ini, yang ketiga; bagaimana mendudukan diri tadi pada diri kita – ilmu tadi pada diri kita sendiri, dengan penerangan-penerangan macam tadi. Ini dapat difaham dan dimaklumi.


Saya sangat akan sangat berbesar hati kalau… bahawa sudah  boleh berdiri sendiri, sudah pandai dan segala macamnya. Sebab dalam hal ini, tugas saya… kewajipan saya untuk memberi penerangan kepada orang-orang dalam kegelapan; menunjukkan jalan kepada yang buta, dan mengajar orang pandai dan segalagalanya.


Insya-Allah, di lain waktu Tuhan menizinkan kita jumpa lagi, boleh sambung lagi. Tetapi mengenai yang mana yang belum ada, bukan? Yang belum saya kontrol badannya lagi, masih ada kesempatan besok sama lusa, tetapi siang hari. Yang kerja, petanglah pukul empat, pukul lima. Kiranya berapa orang lagi. Sebahagian besar sudah, kan? Untuk dikontrol satu-satu.


Kalau malam kita berkumpul ini tak bisa, sebab kita adakan kuliah umum, ceramah. Tetapi yang belum dapat isi secara langsung atau dalam pengertian saya, dicheck, service dan segala macam, ya tak? Jadi, hadapilah saya.
Kalau perlu ambil cutilah dalam sehari dua ini. Yang belum, kira tak berapa orang lagi. Tak banyak lagi. Atau kerja habis pukul empat, terus ke sini.

Sudah selesai. Kita sama kita tidak ada lagi. Di Hadirat-Nya, kita sudah tidak ada lagi. Di sana kita sedarkan diri kita, sampai menjadi ada seada-adanya.



Selesai pada 10hb Oktober 1987
Kampung Baru, Pulau Pinang



.

No comments:

Post a Comment