Monday, November 24, 2014

SEKAPUR SIREH


AL FATIHAH KEPADA RASULULLAH SAW

Asyhadu alla ilaaha illa Allah
wa Asyahdu anna Muhammad-ar-Rasuulullah

Salamun qaulamm-ir-Rabb-ir -Rahiim



Alhamdulillah, blog ini adalah kesinambungan kepada blog utama 
Bapak Baginda Muchtar.
Jika dicermati, ianya adalah satu usaha pengrekodan atau pengarkiban semula dalam versi mudah access, lebih ringan dalam soft copy i) thesis asal, iaitu sebuah masterpiece Bapak Dr Baginda Muchtar a.k.a. Diri Yang Ku Kenal ii) convertion dari rakaman audio Kuliah Bapak Dr Baginda Muchtar dalam siri lawatan Bapak Baginda ke Semenanjung Malaysia sekitar tahun 1971 - 1975.


Penghargaan dan rasa kagum terhadap usaha ikhlas dan kegigihan pelopor pengrekodan dan penyusunan Mejar (B) Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim yang merintis jalan dalam menghasilkan soft copy dalam bentuk PDF format & Scribd naskah online book kepada generasi seterusnya.


Adapun saya dan suami saya turut merasa terpanggil dalam dunia yang mana lambakan ilmu terbuka luas, maka kami mengambil inisiatif atas kesempatan ini bersesuaian dengan hasrat Bapak Baginda Muchtar sendiri yang ingin melihat ilmu dan ajaran ajaran beliau diperkembangankan tanpa propaganda.


Blog Utama (Thesis Diri Yang Ku Kenal)  : 

Blog Sekunder (Koleksi Kuliah Bapak Baginda 1971 - 1975) : www.bapakdrbagindamuchtar.blogspot.com



AMEEN YA RABBAL 'AALAMEEN
 Tengku 'Ain Mutiara Tengku Abdur Rahiim Ishaq

No comments:

Post a Comment