Sunday, November 23, 2014

BAPAK BAGINDO MUCHTAR @ BBM: Kuliah X 1974 : Julai 13 Pulau Pinang (FULL)



🌼   Kuliah 10  ðŸŒ¼
Bagan Jermal, Pulau Pinang
13 Julai 1974


Kami telah datang kembali ke negeri ini, Pulau Pinang. Saya pun telah sampai entah ke berapanya kali sudah, di mana kedatangan kami ke mari bukan  seolah-olah sebagai dewa untuk dipuja dan dipuji dan di sanjung, dan pula sebagai malaikat-malaikat melakukan, membawa Rahmat segala-galanya, petunjukpetunjuk juga. Tidak!


Kami adalah manusia biasa juga, seorang hamba Allah yang mungkin ada mempunyai satu kelebihan, yang mungkin ada satu, satu pengetahuan yang tadinya nggak (tidak) ada di sini atau belum dikenal orang atau di tempat-tempat lain yang kedengarannya bagi orang yang belum mengetahui, yang aneh dan bermacam-macam.


Akan tetapi saya sendiri mengatakan bahawa saya datang ke mari dengan ilmu pengetahuan ini untuk membebaskan diri kalian masing-masing; menunjukkan jalan yang tadinya dalam kegelapan, yang tadinya tak tentu  arah tujuan hidup – hendak ke mana? Mahu apa? Walaupun banyak yang diinginkan...


Bertuhan? Yaah! Kebanyakan di bibir saja. Tak pula mahu mendalami hakikat Tuhan yang sebenarnya. Berilmu dengan minta ini ilmu, biar sampai di mana didengar, bukan?

Kebal, jampi-jampian, azimat dan segala macam. Tetapi diri sendiri, hati sendiri di dalam tidak mahu menerima; melawannya. Fikiran saja cuma mahu menerimanya sebagai azimat, sebagai tangkal dan sebagainya, tetapi diri sendiri di dalam tidak puas berasa dan merasakan. Akan tetapi tak mahu… tak dapat diperkatakan.


 Maka datanglah kami yang mula-mula ndak kelihatan. Tak kelihatan ertinya kami bukan orang ghaib, tetapi kelihatan melalui badan diri orang yang pernah menjumpai kami. Umpamanya, di Singapura tadinya membawa ilmu kami ini melalui saudara Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim) ke Pulau Pinang ini, sampai menggemparkan keadaan keseluruhannya, sampai bermacam-macam  pula tafsiran  setengah-setengah orang, sampai bermacam-macam pula yang terjadi.


Kalau kita halus-halusi pada perjalanan-perjalanan mereka-mereka yang telah dulu-dulu, yang membawa perubahan atau yang masa dulu-dulu menantikan satu-satu perubahan yang akan datang, yang menantikan kelahiran dan kehadiran seseorang yang akan membawa perubahan kepada alam sekelilingnya, maka seolah-olah kalau kita bisa meminjam ucapan-ucapan orang dulu-dulu:

“Dia telah lahir. Yang dinantikan selama ini telah datang. Si juru pendamai yang membawa keberkahan yang akan membimbing dan memimpin kita kepada jalan yang benar.”

Ini istilah orang dulu-dulu, secara kehadiran Jesus (Isa), kelahiran Nabi Muhammad, bukan? Yang dinanti-nantikan, dia telah lahir.


Tetapi dalam hal ini, bukan kami orangnya itu! Itu ilmu pengetahuan, kita katakan. Yang kita sekarang ini, orang-orang dulu-dulu juga semuanya ini. Bagaimana tidak orang dulunya?


Cuba kita fikir macam Noordin (Bai Noordin). Sekarang kalau disurutkan fikiran ke belakang, datang dari bapanya, tidak? Bapanya tadi, bapanya siapa pula, kalau kita mahu berfikir? Dari pihak ibu juga, ibu dari ibu kitasampai orang dulu-dulu juga, tidak? Maka sampailah istilah-istilah kita kepada nabi-nabi dan segala macamnya, sampai kepada Nabi Adam dan Siti Hawa.


Tetapi kita tidak mahu membawa pemikiran macam itu. Secara ilmiah, ertinya bukankah kita pewaris? Pewaris dari orang tua kita masing-masing? Tetapi pengalaman, penderitaan, percubaan-percubaan hidup, itu menghendaki kepada kita untuk merenung dan berfikir,

 “Kenapa saya begini? Kenapa aku jadi begini? Mengapa saya tidak beruntung? Sedangkan si polan, saya tahu betul tingkah-lakunya jahat dan segala macam, kenapa dia boleh beruntung hidup di dunia ini? Kenapa saya tidak? Saya jujur. Saya mematuhi agama segala macam. Di mana letaknya kesalahanku? Di mana letaknya kesalahan saya, letaknya kesalahan kami?”


Tetapi, kalau kita mahu belajar silah-silah (salasilah) ke belakang, mungkin dari nenek moyang kita dulu di tengah-tengah perjalanan sudah memulai itu cahaya yang terang-benderang tadi, dengan tingkah-laku perbuatannya menjadi gelap itu lampu. Kan kita sambung?


Kita senantiasa dalam kegelapan. Ibarat diri kita sendiri diliputi oleh air, api, angin, tanah tadi, yang sampai menjelma kita katakan sebagai seorang manusia.

Itu dalam hal ini kita mewarisi dua keadaan dan kejadian:
Yang pertama; yang kita warisi, bukan? Umpamanya dari Nabi Adam, bukan? Itu roh yang kita sambung-menyambung tetap suci bersih.

Yang kedua; jasad kita yang dijadikan dari air, api, angin, tanah, titisan dari ibu bapa kita sebagai seorang manusia dan kita jadi manusia.

Tetapi yang mengucap, “Kenapa aku tak beruntung hidup ini?”

Katanya. “Aku cukup bermohon kepada Tuhan. Aku cukup melakukan sesuatu yang diredha Tuhan dari kecil, tetapi kenapa aku tetap melarat? Kenapa aku miskin segala macam? Mereka-mereka itu di sana tak pernah mengenal Tuhan, bahkan kerja salah saja yang dilakukan. Tetapi kenapa dia boleh beruntung?”


Ini ibarat diri kita ada yang batal, ada yang batil; ada yang benar, ada yang tidak benar. Ini berucap tadi, “Kenapa aku tidak beruntung?”


Tempoh-tempoh dia menangis, dia bermenung segala macam. Oleh kerana apa? Dia tidak dapat mengetahui pemisahan antara diri kita tadi. Kita tahu bahawa kita mempunyai jasmani dan rohani, tetapi kita tidak tahu membezakan antara satu dengan yang lain.


Jadi kami dalam hal ini yang telah berpengalaman dan banyak pengalaman, yang telah mungkin berpetunjuklah namanya tadi, Tuhan, dengan melalui percubaan-percubaan, dengan memikirkan melalui renungan dan sebagainya, hingga sejak ilmu pengetahuan telah dapat, kami jalan.

Jalan saya katakan, ertinya saya berdiri juga yang tadinya terkurung dan terkongkong oleh badan ini dapat menembus jalan keluar, untuk langsung boleh menghubungi Dia Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa, langsung boleh berdailog, “Ya Tuhan...”



* * *


Dan dalam hal ini, kami banyak pengalaman juga. Saya bukakan diri saya sebagai pengubat, sebagai dukun di Indonesia. Saya mengembara ke mana-mana dengan tidak saya baca, dengan tidak bakar kermian (kemenyan).


Dengan gerak-geri ini, segala-gala yang menderita jasmaniah, dengan hanya Dua Kalimah Syahadah keluar dari mulut dan dengan Izin Tuhan juga tentu, maka yang sakit jadi senang melalui air putih saja. Air sejuk saja kita berikan.


Akan tetapi, tempoh-tempoh mereka itu tidak sadar bahawa yang dihadapinya saya ini yang mana? Tetapi saya tahu, yang saya hadapi yang itu, bukan yang di luar. Sampai dia bangun. Tempoh-tempoh dia menangis. Pengalaman juga menunjukkan pada saya iaitu tiap-tiap orang yang pernah menghubungi saya, selalu mahu
dekat sama saya.


“Berilah saya Bapak, tunjukilah saya jalan.”

Tempoh-tempoh dia bangun, yang di dalam itu. Bagai terkurung dalam jel, pintu terkunci dari luar, dia sendiri tak sanggup menabraknya (merempuh).

Anak kunci di pegang oleh orang dari luar. Maka datanglah kami dalam hal ini dengan kunci. Saya memasuki rumah di situ dengan anak kunci yang ada di tangan; terus bergerak-bergerak maka ikut saja.

Saya bawa keluar. Saya pimpin. Saya bukakan jalan. Saya bukakan pintu. Saya tunjukkan.

“Inilah jalan yang benar.”

Sebagai seorang Islam, saya tekankan Dua Kalimah Syahadah.

Dan semakin banyak pula pengalaman saya pada tiap-tiap diri orang, bertambah pula pengetahuan dengan diri sendiri. Saya ingat tadinya, kalau setelah mempunyai tetapi saya buta dalam kebolehan kita, daya gunanya, bukan? Dengan banyak pengalaman, banyak pula saya ketahui sampai saya pelajari Qu’ran, pelajari buku-buku segala macam. Sampai kita dapat memahami akan tauhid dengan sebenar-benarnya.

Sampai dapat saya mengatakan, inilah Kudratullah, Gerak Allah semata-mata.


Di samping itu kita fikirkan pula, kalau tadinya sebelum dapat berjumpa dengan saya atau dengan wakil saya membawa diri saudara bergerak membawa diri saudara keluar segala macam, tadinya juga sudah bergerak tetapi di dalam sahaja, tidak?

Tetapi tak boleh keluar oleh kerana pintu tertutup. Merasakan, ada.

“Aduh!” katanya.
“Rasa hiba hatiku,” dan segala macamnya. Setelah berjumpa dengan kami dengan wakil kami segala macam, kami bukakan jalan, bukakan pintu menurut saluran yang tertentu. Dalam hal ini, kita dapat merasakan bahawa betul-betul itu yang terasa betul yang terang.

Umpamanya jari, hujung-hujung kuku keluar terasa betul itu pemancaran hendaknya. Ertinya, pintu telah terbuka. Dengan itu kita turutkan supaya berkembang pergerakan tadi di dalam dengan sendirinya. Sampai orang yang di dalam tadi; hanya yang setitis, yang sekelumit cuma, dia akan bebas bergerak.

Seperti kami katakan dalam risalah:
“Membebaskan diri dari tekanan-tekanan dari luar, dari derita, dari cubaan dan segala macam.”


Makanya bermacam-macam gerak mencari jalan membebaskan melepaskan dari segala kesulitan-kesulitan hidup sampai pula terus jadi. Bukan ini membawa cara Buddha (telapak tangan rapat di tengah dada), cara yoga! Tidak!

Ertinya, ini membawa seolah-olah bertafakur kepada Tuhan. Jalan telah terbuka sudah, langsung menghadapi Tuhan. Tuhan mengampun kepada kita. Ini yang perlu kita ketahui betul.


Diri kita sendiri masing-masing yang tadinya terkurung dan terkongkong, yang tadinya tak luput dari intaian musuh-musuh kita sejak mula dari nenek moyang kita nabi Adam, iaitu syaitan iblis yang selalu berusaha untuk menghalang-halangi kebahagian kehidupan kita dunia dan akhirat, lahir-batin.

“Janganlah hendaknya,” katanya (iblis), “kalian sampai dapat masuk syurga.”

Bukankah Tuhan telah menentukan, telah memutuskan bahawa dengan takburnya, dengan melawannya kepada Tuhan, tidak patuhnya sampai dia (iblis) dijatuhkan hukuman kekal dia dalam akhirat dan dia halang-halangi.


Dengan kita telah bebas ini, dengan pancaran cahaya telah menunjukkan dia cuba lagi menghalang-halangi segala macam.

Dari itu dikatakan, “Ingat kepada-Nya. Biar macam apapun, setan iblis ke sini dia akan lari. Kalau itu yang kita katakan, yang Aku.”

Pintu terbuka. Pintu telah terbuka. Saudara tahu kami bawa kepada alam kebebasan; membebaskan diri sampai besar dan dapat sendiri pula membebaskan dari benda-benda yang nyata ini jadinya lagi, bukan?

Termasuk juga yang tidak nyata. Segala-gala perasaan terasa oleh tekanan-tekanan itu dari dalam. Zat dari sekecil-kecilnya sampai sebesar-besarnya, sampai kita dapat membebaskan diri, sampai pandai kita keseluruhannya, sampai berubah, sampai ringan, sampai berubah seluruh keadaan. Memancar dia!

Memancar dia keluar. Itu cahaya tandanya dia ada, tidak? Tandanya lampu ada, cahayanya keluar.

“Wah! sana ada lampu. Cahaya. Nur.”

Cahaya api, nur dan nar ini… ini sama saja. Tapi yang kita tuju, ini.  Oleh kerana,

“Aku tiupkan roh-Ku,” kata Tuhan kepada nenek moyang kita nabi Adam dan itu pula kita wariskan.

Jadi, itu Nur yang kita perkatakan itu Nurrullah semata-mata, yang Aku yang sebenarnya di dalam, yang merintih, yang sedih segala-galanya tadi. Itulah pintu kebebasan… membebaskan diri tadi sampai terasa.

Di situ kita menungkan  lagi sampai ke tingkat ke paling  tinggi, sampai dibawa, sampai ke sana. Begitu kita hari-hari. Kalau kita sakit kepala, kita ingat kita cuba membebaskannya kepala ini dari sakit. Dicuba. Diturutkan sampai hilang itu sakit. Ertinya boleh kita mempergunakan untuk mengubat. Kita batuk, kita cuba bagaimana dengan telah bebas ini kita bebaskan batuk dari badan, sampai hilang itu rasa batuk.


Nanti pengalaman meningkat, meningkat, meningkat, tambah meningkat juga pengetahuan kita, sampai kita dapat kenal dengan malaikat-malaikat  setelah tadinya dengan syaitan iblis yang menghalang-halangi kita sama jin-jin, sampai kita dapat langsung berkenal dengan malaikat-malaikat, sebab sejenis yang memancar ini.


Dalam pandangan kita, malaikat-malaikat sebenarnya macam spiral saja itu, macam kilat banat tapi berkeliaran sebab dia tak bertubuh macam kita ini. Jadi yang memancar macam spiral juga, tetapi kalau dapat dilihat macam asap keluar di kaki, macam asap juga. Dalam  ilmu pengetahuan, asalnya dari elektron-elektron hidup, yang berpusing-pusing.


Yang penting betul kita ketahui habis itu kebolehan-kebolehannya. Bertambah meningkat pengertian kita dalam hal ini, dalam tauhid dan ketuhanan ini, dalam pengetahuan ini, bertambah meningkat kehidupan kita di luar. Mungkin dengan tidak kita sedari, dengan tak  kita duga-duga.


Lagi terlebih dahulu kalau kita sebagai seorang pekerja mungkin pangkat kita akan bertambah. Akan tetapi akan lebih bahagia kita rasanya lagi, kalau pangkat kita dari Tuhan datangnya. Kalau itu peningkatan pengetahuan kita ini, ertinya kita tadinya seorang ahli fizika, kebendaan, kenyataan, bukan?


Kita masuk dalam alam tasawuf, ke alam kebatinan sampai kita masuk lagi ke alam sufi. Kemudian bertambah meningkat kita lagi. Sampai macam begini saja, kita sampai di sana. Itu bukan lagi, bukan lagi, ertinya, ya, itu anu keramat.


Ini ilmiah kita kupas. Bisa itu terjadi kalau kita mahu, kalau kita dapat berpegang macam saya terangkan tadi. Itu adalah kita. Nanti orang lihat kita ada di Mekah. Orang lihat kita ada di masjid di sana. Kepadanya itu tidak ada  yang tak boleh jadi. Bukan pada badan kita. Bukan pada fikiran kita. Tak ada jalan hakikat pada kita, hanya makrifat.

“Nglap,”
Ingat saja, “Pap,” ke sana. Sampai di sana. Pengertian-pengertian ini yang dikehendaki.

Tetapi garis besar, kalau sudah hari-hari membebaskan diri, membebaskan diri, erti yang di dalam tadi yang terasa macam itu yang bergerak badan kita, melepaskan diri kita yang di dalam tadi dari kongkongan-kongkongan kebendaan  ini materi, dari tekanan-tekanan dari luar, kesulitan hidup itu tekanan-tekanan perbuatan  manusia dan sebagainya dan diri sendiri, dan dapat betul kita merasakan akan itu rasa yang terasa itu. Ada terdapat terasa, ya tidak?


Itu dalam pendirian kita! Jadi kalau kita telah dapat berpegang kepadanya, rasa yang terasa, terahsia letaknya tadi yang mempunyai tenaga-tenaga tersembunyi, kita dapat banyak manfaat yang dapat kita ambil.

Banyak daya gunanya akan dapat kita perdapat dengan percubaan-percubaan padanya. Banyak hal-hal yang lain-lain yang pelik-pelik yang aneh-aneh dan bermacam-macam akan terjadi pula pada badan diri kita, melalui orang-orang lain sebagainya dan sebagainya.


Dan dalam ini kita ertinya, dalam kita berbicara terus sampai kita dapat mempastikan diri kita;

Siapa kita, siapa saya?
Siapa saya ini sekarang ini?
Siapa aku dan mahu ke mana dan hendak ke mana?


 Jadi padanya letaknya selok-belok segi-segi hidup dan kehidupan tadi. Akan tetapi, dalam hal ini, bukan? Kita harus menjauhkan diri dari sifat sombong, takbur dan sebagainya dan sebagainya.

Mungkin saja umpamanya, renungan kita tengah malam atau bagaimana, dalam kita tidur barangkali, kita boleh bercakap-cakap dan segala macam bahawa kita ini… itu… itu…  tak perlu dicakapkan kepada orang lain, “Saya ini si anu…” Tidak!


Saya seorang manusia biasa, seorang hamba Allah. Kita lakukan tugas kita macam  biasa dengan rahsia yang ada pada kita, di diri kita sendiri. Kita dudukkan diri kita sebagai orang. Kalau orang minta tolong, kita tolong. Dari orang tak kenal pada kita, sampai dapat mengenal kita. Dan yang penting membawakan diri kita tadi, sampai pula kita ketahui kalau kita berpengalaman, bahawa yang nampak ini hanya alam. Alam ini berubah-ubah, tidak?


Ini. Kalau kita membawa macam itu, itu macam rupa kita nampak tua betul, tempoh-tempoh muda, tempoh-tempoh macam budak-budak, macam anak-anak segala macam. Ini dengan tidak dikehendaki, dengan tidak dihakikatkan, ia juga terjadi dengan sendirinya.

Guna in diterangkan supaya jangan pula kita selalu menganggap kita, keakuan kita tadi itu aku juga. Sedangkan banyaknya yang jenisnya, di dalam ini.


“Mahu saya pula lagi jadi engkau. Engkau sudah capek, sudah payah,” katanya.

Maka menjelmalah. Datanglah tenaga baru bagi kita. Yang dari  kiri datang pula.
“Aku pula lagi,” katanya seolah-olah.


Makanya kami dapat mengatakan, ini badan yang kurus kecil kering ini kepunyaan orang ramai, bukan kepunyaan saya sendiri. Yang ini jadi itu, jadi itu, segala macam. Jadi, ini duduk terahsia juga. Pokoknya, modal telah ada pada kita dan jalan telah terbuka, pintu telah terbuka; kita menanti kedatangan sesuatu yang lahir dan yang batin.


Bangun kita pagi-pagi kita tenang. Sudah sembahyang cara kita sendiri, sudah mengikut kita tenang. Tunggu apa yang akan datang. Sampai terasa. Kita tenang, begini tangan. Kita juga boleh berfikir, “Ini mahu kerja. Ke office jangan terlambat.”


Kita duduk di kedudukan kita, tetapi jangan kita bawa-bawakan diri kita sebagai orang besar, menyombong. Biasakan membawakan diri kita dengan rahsia kita sendiri. Terhadap orang lain, cuma hanya orang yang berilmu yang dapat mengatakan  memandang kita, “Ini anak orang luar biasa ini.”


Sedangkan kita sendiri tempoh-tempoh tidak tahu telah terjadi perubahan bagi badan diri kita. Kita membawakan saja ini. Tetapi, yang akan terjadi macam saya katakan itu, tidak pula semudah macam saya cakapkan sekarang ini; begitu saja baru, terus bisa saja jadi. Ini juga tergantung pada kepandaian kita pula cara membawakannya dan pengertian kita dan lain sebagainya juga.


Jadi, buat diri saya sendiri dalam  hal ini, bukan? Ertinya, ilmu kemajuan, ilmu pengetahuan yang nyata sudah jauh meningkat, bukan? Sudah ke bulan, bukan? Ilmu kebatinan pun jauh meningkat. Apa… apa… termasuk ilmu kami ini.


Macam ada kami katakan, “Menyesal juga kenapa saya tidak diserahkan oleh orang tua saya sampai ke sekolah tinggi… universiti.”

Ada juga, “Wah, kalau saya kecil kembali apa salah?”

Dengan ini kita bisa mengejar segala-galanya. Bahkan lebih dari itu yang kita hajat. Sampai saja kita kepada pegangan rasa yang terasa di dalam itu, dengan sendiri saja pangkat kita, martabat kita, darjat lahir dan batin akan berubah.

Percayalah. Akan mendalam, meninggi pandangan orang lahir dan batin, apalagi di sisi Tuhan.
Jadi, tak salah pula untuk di sini, saya dengar peninggalan saya dulu mengadakan satu persatuan. Namanya apa? Persatuan Akhlak apa? Memperbaiki? Tak salah pada tempatnya. Betul.

Ertinya bagi kita sendiri, bukan terhadap keluar.

“Sebelum memperbaiki akhlak orang lain, akhlak kita sendiri kita perbaiki terlebih dahulu. Sebelum kita mengubat orang lain, diri sendiri kita ubat terlebih dahulu. Kita lebih kepandaian doktor,” katanya.


Orang lain, dia orang kalau sakit dia pergi ke dukun lain, ya tidak? Bomoh lain, ya tidak? Atau ke doktor atau Farmasi. Kita tidak; ke diri kita sendiri.


Satu contoh yang nyata. Begitu… lumpuh, pernahkah melihat orang lain yang lumpuh berapa tahun, berapa bulan akan bisa hidup bisa bergerak segala macam? Cuba kita lihat bagi orang lain. Sesama kita sendiri bagaimana nampaknya? (Bapak maksudkan kepada Cikgu Hakim). Bahkan orang yang lumpuh kita ubat juga. Jarang lama juga baru baik, tidak?

Ini satu contoh.
Orang boleh saja mengatakan, “Ya, ini bomoh besar bisa sakit?”
Kita tak boleh sakit? Cuma kita dapat pula mengatakan, “Kenapa profesor itu mati?”

Apa, tidak? Saya pernah mengalami di Indonesia. Itu doktor orang cina. Seorang doktor, begitu orang tuanya sakit tak dapat menyembuhkannya, sampai digantung dirinya.

“Percuma saya jadi doktor,” katanya. Cuba! Sampai dia lupa kekuasaan Tuhan.

“Percuma jadi doktor, orang tua sakit tak bisa saya mengubat!” Dia sendiri membunuh diri. Tak bodohkah namanya? Dia lupa kepada Tuhan tadi. Kekuasaan Tuhan yang berlaku.


Begitu juga, kita sakit ini. Kalau betul-betul kita berkuasa, kita pandai, lumpuh itu kita gerakan terus jalan. Tetapi, kan dicuba, kekuasaan kita sendiri di cuba, tetapi tak mahu jalan. Tetapi dengan kudrat dan iradat Tuhan, dengan gerak-Nya tadi, bukan?

Ditanggung pula oleh gerakan dari luar, yang di dalam ini bergerak.

“Bantu aku! Tolong aku!”
Itu cahaya semua melihat.
“Wah! Itu orang kita. Golongan kita. Sokong orang kita!”

Kembali macam biasa.
Kita dengan ini, benda itu, yang itu yang kita katakan yang paling dekatnya, rasanya sangat dekat kalau itu yang kita dalam pegangan dalam pendirian. Jadi, kalau persoalan ubat-mengubat, persoalan praktikal. Yang lain-lain soal remeh. Soal rendah itu semua. Itu  terserah  pada kita pula diri masing-masing, bukan?

Hendak jadi bomoh? Hendak jadi apa? Tetapi pokok-pangkal, bergeraklah dengan itu. Berbuatlah dengan itu. Dia jangan ditinggalkan, walaupun kita seorang pegawai, seorang alim ulama, orang apa saja di mana-mana kita berada. Tak perlu kita menari-nari!


Tidak! Ingat saja kepadanya atau bergerak dia di tempatnya. Tetapi yang paling penting pengertian-pengertian kita. Siang, waktu siang, waktu malam, sewaktu kita berpegang kepadanya.


Waktu kita menjadi manusia biasa, dia dengan rahsia kita. Jangan selalu pula siang hari, jangan selalu pula malam hari.


Bagi mereka-mereka yang dapat mengerti dalam hal ini, kalau dia telah gerak, kalau dia telah di buka, kalau dia itu… itu… itu… dia semesti harus minta syukur betul-betul kepada Tuhan, sebab ada orang membuka jalan baginya. Akan tetapi banyak pula yang kandas, yang gagal, yang mundur dengan teratur, juga oleh terpengaruh oleh alam fikirannya yang bersertakan hawa nafsu.

Pandai katakan, “Ah! Ini sihir ini. Ah! Ini tak betul ini. Ini salah, ini.”

Cuma kita tak bisa dengan fikiran ini masing-masing. Manakah yang akan lebih pintar; roh dengan fikiran manusia ini, yang dia datang dari Tuhan tadi? Cuma mengolahnya tak tahu, bukan?


Manakah yang akan didengar, dikabulkan Tuhan? Permohonan orang rohanikah atau orang jasmani? Cuba kita sama-sama fikir.


Manakah yang akan lebih nyata, lebih nampak oleh yang ghaib-ghaib? Malaikat-malaikat? Orang rohanikah atau orang jasmani?

Jadi kita kembali… tadi.

Sangat beruntung kita. Sampai kita orang di sini datang ingatan, fikiran untuk membentuk satu perkumpulan, satu persatuan yang dinamakan itu memperbaiki akhlak segala macam. Ertinya memberi contoh kepada orang ramai dan kita bersedia untuk membantu mereka-mereka itu bila membutuhkan (memerlukan) pertolongan kita.

Akan tetapi jangan lupa, bukan? Diri sendiri.
Perbaiki pula diri sendiri. Setelah itu kita sendiri beri contoh dan tauladan sama orang kiri kanan kita, sama masyarakat ramai. Dan nampak, nampak sama saya yang agak sulit secara praktikalnya membawakan tadi yang saya katakan.


Tetapi kalau kita tahu, tidak sulit. Cuma sikit kita anggap dalam barang ini sangat jauh. Masih kita anggap dengan fikiran kita, barang ini sangat jauh. Masih kita anggap dengan fikiran kita, kebiasaan kalau begini bagaimana?


Kalau sakit begini bagaimana? Kalau sakit begini macam mana?
Ya, tidak? Segala apa saja yang akan kita hadapi, dengan telah adanya ini, kita tenang. Lihat bagaimana. Kita tunggu sampai dia datang, begini dia automatik, sebab macam saya katakan tadi, segala-galanya biar urusan luar atau urusan dalam atau ubat-mengubat, sakit-menyakit diri sendiri, kan itu Kekuasaan Tuhan yang akan berlaku?


Kudrat-Nya ini yang akan berbuat. Itu kita tunggu. Kita punya dari dalam. Kita tunggu. Cuma kita tak dapat menangkap tujuannya, maksudnya, tetapi kita apabila ke perasaan kita; dari berat sampai ke ringan segala macam.

Orang itu boleh cakap begini-begitu, terserah pada orang. Kita tetap pada pegangan kita ini.
Jadi, bermacam-macam pula masa dan ketikanya. Tidak sama saja. Macam saya menghadapi orang ramai, satu-satu.

“Apa khabar? Duduk,”
“Minta tambah, Pak.” Minta ini itu.
Saya kontrol, saya bilang. Saya tenang. Dilihat kontak.
“Terus saja. Perbaiki!”

Dia automatik semuanya. Maka lepas itu, yang lain pula. Itu sama itu, sudah lain. Ini kita tak dapat kita pakai fikiran cara bagaimana permulaan kita menghadapi si Noordin (Bai Noordin) ini, begitu pula menghadapi si anu.

Kita tidak. Kita tenang.

Lagi yang ini, bagaimana pula? Macam orang ramai saya hadapi sekarang ini begitu juga. Dengan gerak-geri yang ada pada saya semua sekali sampai dikuasai semua dengan terjadi dengan sendirinya. Sampai menerima syarahan-syarahan kami dengan gerak-geri macam ini.


Gerak-geri ini, dia automatik semua sekali. Itu tidak kita tunggu dari luar datangnya, atau membisikkan kita. Tidak! Nanti dibawa,

“Apa khabar bung?”
“Baik!” katanya.
Berubah pula ini. Ini kita praktik hari-hari, biar di office, di rumah dan segala macam, menghadapi siapa saja.

Tak sulit ilmu pengetahuan ini kalau sudah tahu. Kalau sulit juga, kita yang mempersulitnya. Dari itu biasakan bebaskan diri tadi. Nanti kita akan berasa sakit kepala, sakit sebelah perut, dada.

Tenang saja! Kita tunggu saja sampai gerak ini datang. Dia berbuat dengan sendirinya.
Jadi, ini saya titik-beratkan betul pengertian-pengertian ini.



* * *


Saudara-saudara yang tadinya belum tahu apa-apa, yang tadinya tak tahu apa-apa, tak punya apa-apa, yang tadinya terkurung dan terkongkong dengan udara, yang nafas yang sesak segala macamnya mahu keluar nggak tahu jalan, mencari orang nggak ada yang tepat tempat yang akan membimbing kita, menunjuk ajar kita dan dengan cara kami dengan segala kebijaksanaan yang ada pada kami, dengan segala-galanya yang nyata dan tidak nyata, dengan kudrat dan iradat-Nya, kami hadapi satu sama lain.


Terutama bagi orang baru kami buka kami memasuki, memasuki rumah sendiri, kami bawa keluar. Kami memperlihatkan alam di luar dari alam sendiri. Kami bentuk. Kami pimpin. Kami tunjukkan jalan. Kami… kami beri petunjuk-petunjuk, pedoman-pedoman dan segala macam.


Kami suruh latih sendiri pula di rumah. Sesudah itu kami suruh praktik kepada terhadap orang luar dan kami tunjuki kalau-kalau dalam kegelapan ingat kembali kepada ini jalan pulang.


Jadi, kami bukan jual mahal, tetapi tak boleh terlampau dimurah-murahkan, dihadir-hadirkan ini. Ini ilmu sangat dalam dan tinggi, tetapi yang telah kami bebaskan, kami bukakan pintu; jalan yang tertutup tadi untuk keluar menghadapi Ilahi, menghubungi Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kita yang ghaib yang di dalam tadi akan menemui Tuhan Yang Maha Ghaib melalui saluran-saluran yang tertembus ini.


Yang  nyata, di situ kita bermohon kepada-Nya setelah pintu telah terbuka. Mintalah apa yang akan kita pinta. Jadi tak jauh lagi dengan-Nya.


Tetapi, selagi kita di dalam pintu belum terbuka, dinding yang nyata ini masih berlapis-lapis menutup hubungan kita dengan Dia, walaupun bagaimana kita memekik, memohon, mendoa, hanya malaikat-malaikat yang berkeliaran akan mendengarnya dan akan menyampaikan.

Dengan adanya ini, langsung  pintu di ketuk, “Siapa manusia ini telah langsung saja sampai ke kuping (telinga) Kami, ke majlis Kami? Sampai ke Hadirat Kami dia punya suara?”

“ Itulah mereka telah tembus. Telah terbuka kasyaf. Tabir dinding segala-gala telah terhindar antara Kita dengan dia, antara Aku dengan dia,” kata- Nya.


Jadi, tiap-tiap percubaan kita adakan. Gagal umpamanya, walaupun dalam memajukan kehidupan kita dalam perubatan, kita tekun kembali.

“Di mana letaknya kesalahanku?”

Mungkin pada titik permulaan kita sudah mulai salah membawakannya; terpengaruh oleh gerak fikiran yang nyata.

Kita kembali ke sini (ke tengah dada). Bertambah tenang, sebelum kita keluar mencari di mana letaknya kegagalanku, kegagalan kita. Kegagalan… segala macam.



* * *


Dan saya dalam hal ini dipanggilkan bapak atau guru atau segala macam, yang akan saya terangkan jalan-jalan. Saya bukakan  kebolehan  segala macamnya cuma garis umum saja. Soal yang pelik, bukan?

Itu antara engkau sendiri dan ketentuan-ketentuan pula… engkau sendiri pula.


Dalam perjalanan mikraj nabi Muhammad dari dunia ini dibawa ke sana, ke sana, ke sana, ke sana, datang ke langit ketujuh untuk menjumpai Tuhan tadinya, Jibrail sendiri tak boleh naik mendampinginya. Hanya diri sendiri.


Kami bukakan jalan. Kami  bukakan jalan. Jalan terus, terus menuju kepada-Nya. Ditunjukkan tanda-tanda dan segala macamnya. Kalau Tuhan dengan kekasih… dengan Pengasih, Pemurah tadi, memberi sesuatu untuk kamu sendiri, bangun sendiri dan bawalah. Membawa di dunia ini lakukanlah tugas. Engkau kekasih-Nya, tetapi jangan khabar kepada orang, “Aku ini kekasih Tuhan!” 


Tidak! Itu nikmat Tuhan boleh ditariknya. Sebab rahsia-Nya telah dibocorkan. Orang yang tahu, yang tahulah sama orang itu terserahlah.

Kalau ditanya, bukan?

“Saya itu bukan orangnya. Saya ini sama macam saudara, hamba Tuhan, budak Tuhan.”
 Ini dirahsiakan rahsia-Nya.


Yang mengatakan, yang membocorkan  rahsia tadi, rahsia diri di antara aku dengan Dia, di antara kita dengan Tuhan  tadi, sedangkan malaikat tak boleh ikut serta di saat yang sedikit itu tadi, hanya untuk satu orang saja.

Cuba! Itu akan terjadi pada diri masing-masing dengan perjalanan yang kami berikan itu. Itu rahsia batin.


Rahsia Aku. Rahsia Dia dengan kita.

Orang yang tahu pula nanti, yang sudah tahu pada kita, akan tetapi apabila orang itu terus-terang bertanya sama kita,
“Kami dalam hal ini tidak tahu. Kami macam orang banyak (kebanyakan) sama saja.”


Jangan kita terus menyombong, “Ya, dari mana bapak tahu itu?”

Hilang itu kepercayaan. Tak akan jadi itu. Rahmat itu rahsia Tuhan.


Betul! Sebagai pengubat saja kita, baru… baru kita ubat orang di kampung itu sehari dua hari nanti kalau kita datang,

“Bapak datang semalam,” katanya. Itu kita dengar saja.
“Ya? Bagaimana rupanya? Saya? Betul?”
“Ya! Begitulah.”
Tetapi fikiran kita, “Ya… kenapa bisa jadi macam itu?”

Kita sendiri, berfikir sendiri hendaknya, sedangkan saya mengingatnya tidak. Apa tidak? Hingga sampai, “Wah! Bapak!”

 Di situlah kekuasaan Tuhan tadi yang berlaku.
Macam siapa pula cerita siang tadi, bukan? Soal hantu raya segala macam. Ceritanya begitu… dia belum pernah melihat saya.

“Bapak datang,” katanya. Dia cerita. Katanya, ambil kunyit, ambil kain hitam, bungkus itu kunyit, taruh di sudut sebagai tangkal. Kan dia cerita siang tadi? Padahal dia belum pernah jumpa saya.

“Rupa Bapak begitu… begitu Bapak tu!” Terus diambilnya kunyit. Dia bikin sendiri. Dia bikin tangkal. Cuba! Saya tahu  menahu  tidak. Saya di Indonesia waktu itu. Melalui anak buah saya dia mengubat.

“Apa macam begini?”

Saya sendiri tidak tahu yang itu. Juga orang di sini tak pernah melapor sama saya ke Jakarta. Kalau masakan penyakit macam itu tolong ubat dari sana. Tidak ada!


Macam ini, datang surat dari Ismail, dari Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), dari anu menghantar (peristiwa Kg. Melayu Air Itam). Saya tenang saja. Nggak saya terkejut. Nggak saya cemas.


Nggak, ah! Saya datang ke Penang menolong dari jauh? Tidak.

Saya tenang. Surat saya pegang. Itu kekuasaan Tuhan yang akan berlaku. Yang terutama sekali kita sabar. Sabar. Sabar.



* * *


Tetapi ilmu kita ini ilmu ghaib; urusan yang ghaib dari Yang Maha Ghaib. Kita hanya membawakan. Jadi jangan terlampau dititik-beratkan  ke alam fikiran kita.


Ilmu ini bertentangan dengan alam fikiran kita. Ini alam rasa, alam perasaan. Jadi ini saja, dengan sama ini dia berlawan. Jadi, bagaimana supaya satu?


Jadi, ilmu pengetahuan ini, biar dia orang lama orang baru sama saja. Cuma yang itu, itu juga. Cuma berpengalaman, tangkapan dalam pengertian, dan sebagainya, pembawaan dan selainnya.


Tetapi, ya… memang kekuasaan Tuhan juga akan berlaku kelebihan satu sama lain, sebab jangan pula hendaknya sampai saya dengar macam di tempat lain juga di Palembang tempat saya tinggal dulu, di tempat lain di Indonesia juga, di tempat lain juga, seolah-olah dalam ilmu pengetahuan ini menganak-tirikan antara satu dengan yang lain. Yang ini saya sayang. Yang ini saya lebihkan pengetahuan ini pada yang lain.


Jangan sampai kita berfikir macam itu, sebab ilmu pengetahuan hendaknya sama-sama kita menangkap, memahami. Dan satu lagi juga, ketentuan-ketentuan dari Tuhan, kekuasaan tadi Dia juga akan berlaku.


Jadi, secara pendek saja taruhlah (katakanlah) tak boleh kita praktik dan segala macam, bukan?
Asalkan di mana saja berada dia ada terasa, ke mana-mana pergilah. Ertinya kita telah bersertanya.

Ingat saja kepadanya. Ada dia, jadi kita tak lupa pada dia. Tentu dia tidak akan melupakan kita pula. Jangan macam di office nanti kita ingat kita terus bergerak macam itu. Tidak! Ingat saja dia ada dan duduk kita juga sendiri saja dibawa saja di mana akan sedap perasaan dengan rahsianya yang ada pada kita, rasa itu.


Rasa yang terasa itu nanti, dengan tidak kita duga-duga segala macam perubahan akan terjadi pada diri kita. Jadi ini bukan soal hakikat. Kalau dapat jauhkan dari itu. Ertinya, barang yang disengaja. Itu sekali kita pernah dengan  hakikat kita sengaja, kita dengan ilmunya ini membikin sesuatu dan terjadi. Fikiran kita akan terus begitu. Bererti kita sudah bergelumang dengan dosa dan noda. Bererti sudah bergerak dengan hawa nafsu dan fikiran kepada yang jahatnya jadinya lagi.


Percayalah. Tetapi kita menantikan sesuatu segala-galanya kudrat dan iradat-Nya automatik berjalan dengan sendirinya.

Insya-Allah. Mudah-mudahan kita akan bertambah, bertambah berjaya hidup mendapat ketenangan, akan bertambah-tambah pula Rahmat atau petunjuk-petunjuk barangkali secara batin, secara firasat yang akan kita terima dan akan perdapat..


Macam kita di sini, bukan? Masih dapat berkumpul, masih dalam satu kota tinggal, satu kampung tinggal, sekali-sekali kita mengadakan pertemuan, mengadakan perjumpaan antara satu sama lain, berceramah-ceramah.


Saya pernah pepatah ke sini, ‘Berjalan menentua; berbicara menempandai.’
Ertinya, kalau kita beramai-ramai pergi ke satu tempat untuk berkumpul ke sini, ya tuakan yang tua. Itu yang akan buka suara, yang akan memimpin; tua pengalaman atau dituakan.


Kalau terjadi sidang apa-apa umpamanya, bukan? Yang akan menjawab pertanyaan orang, siapa yang bijak di antara kita akan bicara, dia akan melatih. Itu namanya kalau berjalan dengan ada yang tuanya, kalau bicara mesti ada yang pandainya. Jadi kita terpimpin terus.

Lain kalau kita sendiri. Kita tenang, kita kembali. Pengetahuan ini dapat bicara dengan automatik juga hendaknya. Dan dalam, dan dalam soal-soal yang pelik dan soal apa saja maka gagal dalamnya, tak usah kita malu-malu atau ragu-ragu tempat kita bertanya. Kalau  kita sendiri, siapa yang buka tadi?


Macam Noordin (Bai Noordin) cuba bertanya sama dia kenapa  sebab-sebab begitu, ya tidak? Dia akan memberi jawapan sendiri. Dia akan bertanya kepada yang lebih tua dari dia. Kalau saya datang sekali-sekali, apa-apa langsung menghadapi saya. Jadi, ada tujuan baik, maksud baik.

Kedatangan secara baik tentu pasti segala-gala akan baik pula terjadi.



* * *
  

Jangan terlampau, terlampau di materi berpegang; takut umpamanya akan jatuh melarat, takut umpamanya akan kehabisan tenaga, kehabisan kekayaan. Jangan!


Itu serahkan kepada Tuhan. Kalau kita ingat kepada-Nya, berserta-Nya, segala-Nya, tentu Dia akan mengingat kita pula dan pasti tidak akan melupakan kita.


Ada saja jalan pelepasan, pertolongan, bantuan-bantuan berupa tenaga segala macam. Ada saja untuk melapangkan jalan bagi kita. Sudah dengan ada pancaran yang terasa ini, kehidupan kita berjalan dalam dua jalan.


Secara pasti ini secara positif berlahir dan berbatin. Yang tadinya hanya yang lahir saja yang nampak. Jadi kita bicara di mana-mana saja, di kantor atau di mana saja dengan gerak-geri ini, Yang batin, yang banyak ini pula, yang ghaib-ghaib ini, dia mengerti pula semuanya. Dengan dua keadaan kehidupan kita berjalan.


Walaupun tadinya ada juga punya batin, tetapi di dalam saja terkurung dan terkongkong. Itu makanya dia tempoh-tempoh berontak dan menangis terhadap orang luar ini yang mengandungnya, yang mengonkongnya. “Engkau mahu, tetapi saya ditekan!” katanya, tidak?

Menderita dia. Menangis dia seolah-olah.

Sekarang dia telah bebas. Terbuka pergerakan kita ini. Yang di luar juga.

Yang banyak di luar, yang tak nampak, yang ghaib, gerak-geri automatik juga dia mengerti semuanya. Dia jaga kampung ini.



* * *



Kalau kita percaya, duduk dalam rumah sendiri kita berumahtangga kita tenang. Diadakan cubaan.

“Jaga rumah ini! Kawal rumah ini.”
Dia automatik saja. Kita pergi tanya sama orang lain, “Periksa. Ada orang jaga rumah ini, dak?”

Kita boleh test. Itu kadar ingin hendak mengetahui.

Jadi kiranya dapat memahami, bukan? Dapat mengetahui dan dapat mengerti hendaknya, apa namanya, yang telah saya terangkan tadi. Banyak. Segala macam. Tetapi, hanya satu juga. Yang lain pecahan-pecahannya, kebolehannya atau bagaimana.


Tetapi yang penting yang terasa itu. Itu. Ke mana, di mana kita berada, di mana kita pergi jangan dia ditinggalkan. Jadikan dia diri kita sendiri dan memang dia diri kita. Biar dia bebas bergerak sendiri cara sendiri; seluruh gerak-gerinya dan segala macamnya untuk kebaikan dan membaikkan diri kita dan alam sekeliling kita.

Orang sakit gigi, kita tunggu.
“Tolonglah!”
Bagaimana? Kita tenang.
“Macam mana? Berapa hari sudah?” sementara dia datang. Dia sendiri automatic.

“Bawa air sejuk!” katanya.

Sebab berguru kepada kami, atau melalui anak-anak kami, kan diberikan gerak dan air, tidak?  Itu pula akan diberikan kepada orang, menolong orang dan sebagainya. Tak ada fikiran yang lain-lain.

Tidak! Guru sama Bapak, itu. Sama Noordin, itu. Sama Rahman (Haji Abdul Rahman Ibrahim), itu.

“Buka tangan!” katanya.
Kan yang itu dikasinya, dak? Turutkan saja gerak. Itu saja yang dikasinya, dak? Habis itu dikasi air. Jadi, ilmu itu yang dikasinya.


Pada kenyataannya, itu pula akan dikasinya sama orang. Apa yang difikir-fikir, yang lain-lain lagi? Cubalah!

Dan cara diri kita mendekatkan diri kepada Tuhan khususnya, ingatlah kepada-Nya. Dengan sendiri dibawanya. Tidak fikir kepada yang lain.


Insya-Allah. Mudah-mudahan dapat kita memahami dan akan jadi pegangan dan segala macamnya.

Buat apa panjang-panjang hendak cakap?



Selesai pada 12 November 1998
Taman Sri Nibung, Pulau Pinang



.

No comments:

Post a Comment