🌼 Kuliah 16 🌼
Datuk Keramat, Kuala Lumpur
(Tiada Tarikh)
Sungguhpun pada kenyataannya
merupakan gerak badan, dengan tujuan memperlincah seluruh gerak-geri kita;
kaki, tangan, sampai seluruhnya, kepala segala macam untuk boleh dipergunakan
sewaktu-waktu dengan terjadi dengan
sendirinya. Dengan dia akan berbuat dengan sendirinya. Macam kami katakan serba
automatik.
Untuk ini kami ingin kembali
menerangkan gerak, sebab gerak atau yang mengerakkan ini sampai kita punyai
pula masing-masing pada diri kita. Iaitu saya buka sedikit sejarah kepada kata
amsal (misal) atau pepatah dalam bidal (bidalan) melayu juga; ‘Rumah Tampak, Jalan
Tak tentu.’
Apakah rahsia yang terkandung
dalam pepatah tadi?
‘Rumah Tampak, Jalan Tak
Tentu?’
Umumnya orang sekarang
mengambil pengertian kepada segala sesuatu umpamanya, yang tak dapat dia melakukannya,
dia akan terus mengeluh dan mengatakan, “Apa boleh
buat? Rumah tampak jalan tentu.”
Atau bagai seorang pedagang dengan
lantasnya, katanya,
“Faham tertumbuk (kemahuan ada tetapi tak
berdaya).”
Orang tua-tua dulu meninggalkan itu
bidalan, itu pepatah lebih dari itu lagi untuk kita fikirkan, untuk kita
renungkan hikmah rahsia apa yang terkandung dalam kata ‘rumah nampak jalan tak
tentu’ tadi.
Cuba kita bayangkan cara kupasan kami.
Biasanya tiap-tiap rumah akan dibangun telah ada lapangan (tapak binaan) lebih
dulu. Bahkan untuk menuju lapangan tadi, mesti ada jalan untuk itu. Tetapi
kenapa setelah rumah itu sudah selesai dibangun, kenapa jalan untuk itu rumah
tertutup? Kenapa sampai jalan itu hilang, atau dihilangkan? Bagi orang yang
memikirkan atau berfikir dalam hal ini tentu ada sesuatu yang terahsia dalam
itu rumah.
Konon menurut khabar dan ceritanya yang
kami perdapat, bahawa dahulukala tatkala seorang raja… taruh saja umpamanya dalam
kata bayangan seorang raja, mahu meletakkan atau mahu
membebaskan atau mahu mengirim anaknya atau
melepaskan anak kandungannya ke suatu tempat.
Diperintahkan kepada hulubalangnya membikin satu rumah. Begitu
tipanya (type, bentuk)
itu rumah menurut kehendak yang
menciptanya. Sampai rumah itu siap macam kita tengok sekarang ini. Ada rumah.
Ada bilik. Dalam bilik ada bilik lagi. Ada segala sesuatunya. Maka setelah
selesai, maka anak kandung tadi diletakkan dalam itu rumah. Iaitu dalam satu
tempat, dalam, di bilik, lagi di bilik, dengan kata amanah,
“Hai anak, di sini engkau kududukkan.
Engkau ‘jerat semata bonda kandung’ (anak tunggal yang sangat dikasihi). Anak
betul lagi bertuah, tuah teruntung padamu sendiri. Tugasmu satu antara dua; yang
punya datang menjemput atau kalau ada seseorang kesatria (pahlawan) yang
sanggup memasuki rumahmu ini, bahkan dapat menjumpaimu di Hadirat-Nya, di mana
tempat engkau berada sekarang, itulah teman hidupmu yang sejati. Serahkanlah
segala-gala apa yang ada padamu padanya.”
Begitulah rahsianya tadi. Sementara itu,
jalan keliling itu rumah ditutup. Nggak (tidak) ada bekas. Nggak ada
apa-apanya.
Dan begitu
pulalah ibarat burung dalam sangkar. Banyak dilihatnya burung berterbangan,
tapi tak ada seekor pun menuju ke rumah, ke sangkarnya tadi.
Dia cuba berbunyi ibarat burung merbuk, ‘kur…tekukur!’
Ada dibalas bunyinya, tetapi jauh. Begitulah senantiasa dia menantikan,
menantikan, menantikan sesuatu. Satu, yang punya datang menjemput atau ada
seorang kesatria yang dapat memasuki rumahnya, yang boleh menemuinya di tempatnya
duduk, untuk menjadi teman hidupnya yang sejati.
Dan begitulah bagi setengahnya orang,
takdir menentukan Yang Empunya datang menjemput, maka kembalilah dia ke
Hadirat-Nya, sedangkan yang diidam-idamkannya, yang di nanti-nantikannya itu seorang
kesatria untuk sebagai teman hidupnya yang sejati tak pernah kunjung sampai.
Dan begitulah dia dengan merana,
seolah-olah dia menghadap kepada Tuhan,
“Percuma ya Tuhan. Aku diamanahkan kepada
si polan itu. Akan tetapi aku tak berguna, tak pernah dipergunakannya. Dia tak
pernah mengingat aku. Tak pernah mahu mengenal aku. Begitu aku didudukkan, ya,
begitu aku kembali. Bahkan badanku sudah coreng-moreng, tanda-tanda akan
perbuatan orang yang mengandungku.”
Jadi dan begitulah kiranya bagi kami yang
merenungkan akan pepatah tadi, ‘Rumah tampak jalan tak tentu.’
Pada kenyataannya adalah diumpamakan ini (badan) rumah. Badan
diri kita ini rumah tempat kita diami. Yang dia, yang aku yang kita yang
sebenarnya tadi yang akan kembali ke Hadirat-Nya tadi yang bertuah dikatakan,
yang betul lagi bertuah lagi benar, dia merana. Dia menderita oleh perbuatan
orang yang mengandungnya.
Oleh kerana apa? Tak pernah dia mahu
mengenalnya. Segala tindak-laku perbuatannya tak pernah dibawa ikut serta. Dan
takdir Tuhan, Tuhan telah melimpahkan kurnia-Nya kepada kami, badan diri kami,
sehingga kami dapat memecahkan itu rahsia. Sehingga kami dapat memasuki itu
rumah. Sampai kami temui itu, dia itu mustika hidup.
Sampai diserahkannya segala-galanya kepada
kami; segala rahsianya, tuahnya, kebenarannya, kebetulannya, sampai bisa dapat
kami pergunakan segala sesuatunya, hikmah-hikmah yang dibawanya yang ada
padanya, sebab dia itu adalah kekasih dari Yang Maha Pengasih.
Dia kami ajar mengenal badan diri kami sendiri.
Macam kami katakan tadi, bahawa itulah teman hidupmu kepada badan ini. Dan
begitulah, menjadi satu tindak perbuatan kita ini.
Satu; kenal-mengenal antara
satu sama lain, antara yang di dalam dengan yang di luar, sampai diserahkan
segala rahsia itu dan sampai kami berikan pada orang-orang atau saudara-saudara
yang telah mendapat aliran dari kami pula.
Kiranya dapat difahami, dimengerti,
kupasan tadi atau hikmah dari pepatah tadi, bukan?
‘Rumah Tampak, Jalan Tak
Tentu.’ Di situlah rahsianya maka jalan tadi tertutup. Jadi kami telah membuka.
Kami tolong pula memasuki rumah saudara, kami bawa untuk mengenal badan
dirimu sendiri, supaya
rahsia-rahsia dari aku-mu itu bisa pula engkau pergunakan untuk segala sesuatu.
Mudah-mudahan dapat dimengerti, sehingga lambat laun dapat direnungkan dan dimenungkan,
sampai dapat diakui akan kebenaran cara kami menerangkan ini.
Yang kedua; iaitu dalam falsafah hidup orang pandai-pandai, terutama orang
beragama yang lebih dalam dan amat dalam, iaitu,
“Lahirlah,” katanya, “untuk
kedua kalinya.”
Aneh bunyinya, bukan? Tetapi benar. Ertinya
kelahiran kita pertama iaitu melalui ibu bapa kita. Atau jadi kita melalui rahim dari
ibu kita. Ertinya, kalau kita berbicara mengenai rahim, kita
keluar… zahir nyata kita melalui rahim ibu
kita.
Ertinya, di rahim tempatnya
kita tadi. Dalam bahasa arab dengan bahasa kita, ertinya tempat kasih, tempat
sayang, bukan? Dapat kita mengerti bahawa kita manusia tadi bukan sebarang
makhluk. Dari rahim kita keluar. Dari tempat kasih sayang kita datangnya. Akan
tetapi, kelahiran dan kehadiran kita keluar sebagai seorang manusia melalui
rahim ibu kita lantaran ibu kita manusia.
Akan tetapi, kalau kita halusi lagi, Tuhan
memberi contoh kepada kita sendiri untuk kita fikir,
setelah kita lahir ke dunia ini; kalau
tadinya seorang ibu mengandung kita, maka setelah kita lahir atau dizahirkan
menjadi kenyataan seorang manusia ini, sebaliknya pula yang terjadi.
Kita pula yang mengandung. Sama-sama
mengandung, tetapi berlainan pengandungan. Dan pelajaran kita perdapat; ibu
yang mengandung, yang menanggung dan segala-galanya. Tetapi, nyata sebelum kandungan
lahir tetap seseorang yang mengandung tadi, itu ibu tadi, tetap menanggung,
mengandung, menanggung. Tetapi, setelah kandungannya lahir, setelah yang
dikandung tadi zahir, kita lahir dari kandungan ibu. Kita zahir menjadi seorang
kenyataan, manusia nyata ini.
Pelajaran bagi kita ertinya, kita pula yang
mengandung. Kalau ibu mengandung, kita letaknya di rahimnya, maka kita yang terkandung,
pada kita letaknya di dada kita masing-masing.
Berlainan kandungan. Sama-sama mengandung, tetapi berlainan pula
penanggungan. Tetapi, yang terang sudah dapat kita mengerti sebelum yang
dikandung ini lahir, be lum akan dapat kita merasakan bahagia rasanya.
Dan alhamdulillah, secara praktikal pengetahuan kita ini, setelah kita dapat
merasakannya masing-masing, telah memancar melalui hujung jari-jari kita,
ertinya saudara, kalian dalam hal ini, telah lahir pula untuk kedua kalinya.
Dalam hal ini kami bidannya, kami doktornya, kami ahlinya, tetapi dapat
merasakan sendiri.
Kalau betul telah dapat merasakan sendiri,
telah keluar itu, di situ rasanya perubahan-perubahan. Akan terasa betul dalam
badan diri kita, kebahagiaan, nikmat, segala-galanya.
Cubalah bayangkan, dengan telah adanya ini,
ikut saja dia. Ingat saja pada Tuhan umpamanya, dengan sendirinya barangkali
begitu kita mahu mengatakan sujud syukur kepada Tuhan. Bahkan
mungkin air mata kita akan keluar. Sebab
kita tadinya yang terkurung dan terkongkong, bukan? Tidak bebas.
Sekarang alhamdulillah, melalui kami, melalui segala-galanya, telah dapat keluar
dengan memancar. Dengan erti kata dengan kejadian itu, maka telah lahirlah pula
kita masing-masing dengan melalui pengetahuan kami ini untuk kedua kalinya.
Jadi, tinggal lagi bukan, kalau dalam usia
dua puluh tahun sekarang ini, atau berapa tahun sekarang ini, baru menjelma kelahiran
yang kedua, bukan?
Tinggal kami membimbing. Kami tunjukkan
jalan. Kami suapkan dalam erti katanya bagi seorang ibu baru melahirkan;
dibimbing, dibegini, dibegitukan, sampai… sampai… sampai boleh berdiri sendiri.
Sampai bisa hidup sebagai manusia baru, dengan punyai tujuan menciptakan
hendaknya masyarakat baru, dunia baru dan segala-galanya.
Dan begitulah ertinya kita melakukan gerak bersama-sama tadinya.
Itu yang telah lahir untuk kedua kalinya tadi yang mengadakan suatu exercise memperlincahkan,
membebaskan dirinya tadi dari badan ini, dari duniawi, melepaskan dari
segalagalanya penderitaan-penderitaan, kerana selama ini dia terkurung terkongkong
di dalam.
Oleh kerana perbuatan orang di luar, dia merana dan menderita.
Macam saya katakan, seolah-olah dia mengadukan kepada Tuhan, “Percuma Tuhan.
Aku didudukkan, ditempatkan di rumah si anu itu,” katanya. “Kerana apa? Dia
mahu menurut kemahuannya saja. Mahu fikir saja. Aku tahu, aku dapat merasakan
apa saja dia punya mahu, tetapi aku tidak dibawa serta.”
Seolah-olah katanya begitu. Dan insya-Allah,
dengan penerangan kami ini, dengan telah menerima aliran kami ini, dengan telah
dapat merasakan masing-masing segala sesuatunya dapatlah mengerti hendaknya
macam telah kami katakan tadi, terutama engkau telah dapat menemui teman
hidupmu yang sejati, dan kedua; engkau telah lahir untuk kedua kalinya.
Teman hidup yang sejati yang di dalam tadi
dengan yang di luar. Maka itu kami katakan, serahkanlah kepadanya apa yang ada
padamu. Di situ letaknya Lillahi
Rabbil alamin tadi. Kepunyaan-Nya segala sesuatunya. Itu penyerahan
sehingga menjadi kepunyaan-Nya.
Itu kita bergerak sampai kita dapat
kenal-mengenal antara satu dengan lain; orang dalam dengan orang luar, antara
yang lahir dengan yang batin. Kalau kita orang luar mengatakan kita ada
mempunyai roh, tetapi tak dapat mengenalnya
secara kenyataan umpamanya selama ini, dengan ini setelah kita dapat menemui jalannya
dan sebagainya, telah dapat hubung-menghubungi antara
satu sama lain.
Bahkan ini menjadi alat jadinya. Hanya alat
bagi si rohani, si roh kita tadi.
Dan itulah hendaknya kita menjadi seorang manusia;
seorang hamba Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
* * *
Dalam pada itu, dengannya tadi
sebagai orang baru, kami bawa, kami pimpin menuju kepada Tuhan umpamanya
terlebih dahulu.
Apa sebabnya terhadap orang dua
ini kami, bang? Dan ini, kami iqamat? Itu menandakan, ertinya
kelahiran dan kehadiran yang kedua kali. Sebagai seorang peria, umpamanya bang. Kepada seorang wanita, umpamanya iqamat. Kan kedengaran tadi satu dibang-kan, satu di-iqamat? Itu tadi perbuatan beliau tadi. Bukan saya.
Saya ini menyampaikan
keterangan-keterangan apa yang telah berlaku tadi.
Di-iqamat-kan dia akan kelahiran dan kehadiran kedua kali di-bang-kan dia akan kelahiran dan kehadiran kedua kali.
Jadi, dapat faham dan memahami
hendaknya seluruhnya tadi. Dan dalam perjalanan kita ini, dalam pengetahuan apa
yang kita bergerak, kita gerak dengan Dua Kalimah Syahadah. Dua Kalimah
Syahadah, kita terus bergerak. Kita baca Dua Kalimah Syahadah. Ini amalan kalau
kita bawakan diri sendiri di
rumah. Dia automatik sampai ini dak ada lagi. Tak terbaca lagi.
Sampai… sampai… sampai satu
saat kalau Tuhan menghendaki, Tuhan mengizinkan, dengan ini praktik setiap
hari, ertinya kita menuju kepada Tuhan.
“Asyhadu allaailaha
il-Allah; Wa-asyhadu anna Muhammad ar-Rasuulullah.”
Ertinya, naik saksi aku bahawa
tidak Tuhan yang lain yang kita sembah melainkan Allah; dan naik saksi aku
bahawa ‘Muhammadar Rasuulullah.’
Sampai begitu… begitu… begitu
kita dengan gerak tadi seolah-olah kita berhenti bergerak. Seolah-olah kita tak
akan berasa ini ada lagi. Dan di situ kita melakukan sujud syukur kepada Tuhan.
Kita berjalan dengan pengetahuan tadi
ertinya bergerak mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan. Ini khusus terhadap
Tuhan.
Ini dengan Dua Kalimah Syahadah jalan gerak
ini. Insya-Allah kalau Tuhan mengizinkan, kita akan mendapat nanti satu
firasat atau bagaimanalah…
“Memang engkau hamba-Ku,” kata-Nya. “Memang
engkau hamba-Ku,” kata-Nya.
Dan “Memang engkau umatku,” kata Muhammad.
Cubalah bayangkan itu dalam perjalanan
menuju kepada Tuhan. Dalam Dua Kalimah Syahadah ini, khusus untuk itu.
“Wa-asyhadu anna Muhammad
ar-Rasuulullah.”
Kita bergerak: “Asyhadu allaailaha il-Allah.” Sampai tak terbaca lagi. Sampai ini pula bergerak. Sampai
habis pula bergerak.
Ini juga menghendaki latihan. Latihan.
Latihan. Jadi perjalanan kita ini dengan Dua Kalimah Syahadah. Ini ertinya kami
bawa semuanya yang telah lahir untuk kedua kali, taraf permulaan untuk berjalan
mengadakan pengakuan untuk mendapat pengakuan. Sebagai manusia biasa kita,
ertinya pengakuan sebagai hamba Allah, pengakuan sebagai umatnya Muhammad.
Memang semuanya orang Islam akan mengatakan
aku ini hamba Allah, ana abdillah. Semua boleh mengucap, boleh mengatakan, tetapi sudahkah
mendapat pengakuan atau secara firasat segala macamnya,
“Engkau hamba-Ku,” kata-Nya.
“Engkau umatku,” kata Muhammad.
Begitu hendaknya kalau dalam erti
sedalam-dalamnya, tetapi dalam pada itu praktikan hari-hari, yang dikatakan
untuk kejayaan, kebahagiaan hidup kita masing-masing. Jadi, ketahuilah dengan
pasti, dan yakinlah. Insya-Allah.
Bahawa engkau masing-masing telah lahir
untuk kedua kalinya dan kita harapkan bang-nya beliau tadi untuk kita semua, bagi laki-laki dan iqamat-nya
beliau tadi untuk pihak wanita semuanya, yang telah
mendapat aliran dari kita ini.
Dan mudah-mudahan sampai kita
menjadi orang besar. Besar. Besar segala macam dengan ilmu yang ada pada kita,
bukan? Semoga berjaya hidup kita. Akan, akan Tuhan senantiasa hendaknya
mencurahkan rahmat-Nya kepada kita semuanya. Dan Tuhan juga akan menentukan
pula akan kedudukan kita masing-masing kejadian kita.
Dan kita harapkan juga tentu,
keselamatan kita dunia dan akhirat, bahkan sampai ke anak cucu di belakang hari
nanti. Insya-Allah.
* * *
Jadi kalau siang tadi, dengan
diizinkan Tuhan rupanya, bukan? Suara saya diambil, lain penerangan? Jadi, bagi
orang yang belum datang ini malam, akan
pula dapat dua penerangan, iaitu kata amsal (misal) tadi rumah tampak jalan tak
tentu, dengan kupasan, penerangan kami tadi, hikmah apa, rahsia apa yang
terkandung dalam itu rumah, maka itu jalan ditutup tadinya.
Yang kedua; lahirlah untuk
kedua kalinya. Sebagai betul-betul hendaknya, sebagai hamba Allah, sebagai umat
Muhammad. Dan segala-galanya juga kami pulang kepada Tuhan juga. Dia akan
menentukan buruk-baiknya. Dia akan menentukan kita segalagalanya.
Tetapi kalau dengan dia, dengan
itu kita berjalan, insya-Allah. Mudah-mudahan segala-galanya akan meliputi.
Segala-galanya. Segala-galanya. Semua. Dengan sendiri kalau itu yang kita
kemukakan, yang lahir kedua
kalinya. Automatik sudah kekasih Allah.
Tetapi kalau kita, ibarat emas yang 24 karat, atau
mas sepuluh kata di sini, kita jadikan dia menjadi suasa atau tembaga, itu lantaran kesalahan dari kita
sendiri. Bukan kesalahan kami. Dia suci,
dari Yang Maha Suci. Kalau sampai dia kotor, itu lantaran perbuatan kalian
sendiri, perbuatan kita masing-masing. Jagalah kesuciannya. Jagalah kemurniannya.
Bahkan nyatakan diri itu supaya bertambah-tambah
bercahayanya hendaknya.
* * *
Jadi kiranya cukuplah dahulu
buat sementara yang akan saya tinggalkan di sini. Dan dalam hal hari-hari,
biasakan berkumpul, berlatih. Yang penting mempelincahkan gerakan tadi. Itu
yang
sangat perlu betul. Ingat!
Kalau kita mahu apa-apa itu, bukan?
Mahu ke mana kita? Di bidang
perubatan? Bersilat? Mengaji pun
insya-Allah. Kalau kita
sudah tahu membaca Quran tadinya, mulai dengan gerak, kita tenang.
“Auzu billahi
minas-shaytaanir-rajeem.”
Mula-mula kita cuba turutkan
saja, nanti dengan gerak, dengan sendirinya berubah suara kita. Suara yang baru
lahir jadinya lagi. Suara ghaib. Kita cuba.
Dan segala-galanya juga macam
dikatakan tadi, pertahankanlah akan kesuciannya tadi sebab dia datang dari Yang
Maha Suci.
Besarkanlah dia, kerana dia datang
dari Yang Maha Besar.
Jayakanlah dia.
Kayakanlah dia segala-galanya.
Ini semua-sekali dengan gerak
kita bawakan.
* * *
Memang agaknya kami sendiri
juga hairan atau sebagai juru bicara kami tadinya, yang ghaib agaknya atau
bagaimana… badan ini dan malam ini,
kerana agak lain pula kupasan kami.
Rumah ini pula barangkali dapat berkatnya. Tanya
pada dia (Haji Abdul Rahman), di tempat-tempat lain belum
terbuka lagi cara mengupas dan menerangkan ini.
Mudah-mudahan senantiasa bertambah nikmat-Nya, dilimpahkan-Nya
terutama kepada ahli
rumah ini, yang telah bersedia menerima
kami dengan penuh kepercayaan dan keyakinan, yang telah membukakan pula pintu rumah
ini selebar-lebar bagi yang bakal-bakal menjadi anggota
kami atau pengikut kami dalam ilmu pengetahuan
ini.
Dan insya-
Allah,
mudah-mudahan dapat ditetapkan tempat ini
hendaknya menjadi suatu tempat berkumpul di antara golongan kita dari jauh dan
dekat. Dan senantiasa Tuhan hendaknya memberkati kita semuanya.
Dan kami harapkan pula Tuhan juga dapat
memanjangkan umur kami. Pada lain kesempatan, pada lain masa, pada lain
perjumpaan, kita yang akan datang, dapat pula kami memberi kuliah atau pengertian
sambil mengontrol badan diri masing-masing akan perjalanan-perjalanan yang
sudah-sudah dilakukan. Insya-Allah.
Sekiranya terjadi bengkok sedikit, insya-Allah
kami dapat membetulkannya kembali, sebab Tuhan itu Maha Pengampun. Cukuplah.
Rasanya sampai di sini dan lebih kurang kami minta
maaf.
Dan sekali lagi, terutama sebagai manusia
biasa, terima kasih kami ucapkan kepada Cikgu Osman (saudara kepada Bung Zain) dan lain-lain ahli rumah di sini. Dan
sebentar lagi kami juga akan minta diri, jadi bolehlah di ulang-ulang nanti ini
barang yang kami tinggalkan ini (kuliah yang dirakam) untuk difikirkan,
direnungkan dan dimenungkan.
“Dan ya... tak dapat
diperpanjangkan lagi, bukan? Pasti?”
Kami pasti. Kami pasti dalam pembukuan… dalam buku segala macam, pada 24
hari bulan kami harus kembali ke Indonesia.
Walaupun berjauhan di antara badan kita,
tetapi dalam ilmu pengetahuan ini kita senantiasa berdekatan. Tiangnya,
pokoknya tadi, ingatlah!
“Ingatlah kepadaku,” katanya.
Ingatlah kepadanya, katanya. Tentu kami
akan mengingatkan pula. Begitu pun ilmu pengetahuan, begitu pun saya sendiri,
jadi kontak tu mudah saja. Kalau ingat sesuatu, tentu ingat,
“Bapak ini.”
Ternampak, terasa badan bongkok-bongkok
kami. Tempoh-tempoh kalau diturutkan, lincah gerakan kami. Mungkin suara kami
juga, tetapi bukan kemasukan! Percayalah! Dan bukan itu salah. Tidak!
Di situlah letaknya kita mengadakan
pengakuan tadi. Sebab kita telah mendapat pengakuan dari Yang Maha Kuasa;
perjalanan kita tadi. Jadi si bongkok ini akan datang. Jangan kita katakan kita
yang salah. Tenang saja. Itu hanya sementara saja.
Dan insya-Allah, bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain. Cuba beranikan
macam saya katakan tadi, membawakan. Jangan ragu-ragu, tetapi tenang. Sabar
terutama, dikehendaki. Ini bisa kita kontrol, bertanya, berdialog dengan diri
sendiri.
Menghadapi
seseorang.
“Apa aku nak buat?” Dalam hati sendiri.
“Apa mestinya?” Kita tenang. Nanti dia
datang.
Macam yang apa
saya keluarkan tadi ini bukan? Nggak
tahu apa yang akan saya keluarkan. Nggak
tahu tadinya apa yang hendak saya ucapkan, tetapi saya berdialog sendiri.
Nampak saja bayangan.
Hanya dua, katanya, bukan?
Rumah nampak jalan tak tentu dan lahirlah untuk
kedua kalinya.
Dan saya pecahkan itu semuanya. Bukan oleh kerana saya bijak
dalam hal ini. Dia Yang Maha
Pandai. Dia Yang Menunjukkan dan segala-galanya. Dan begitulah hendaknya,
sampai dapat difahami, sampai dapat dimengerti dan sampai dapat menjadi suatu
kenyataan hendaknya ilmu ini pada kita masing-masing.
Dan ingin pula saya kemukakan di sini,
terutama perkembangannya ilmu pengetahuan kita ini, atau kami ini. Harap terutama
yang tertua, jangan dalam fikiran kita seolah-olah kita mempropagandakan pengetahuan ini kepada orang yang belum kenal padanya,
“Ambillah ini. Pengetahuan aku yang benar.”
Tidak usah dan tidak perlu. Kita tunggu
kita nanti yang datang dan yang pergi. Biar orang itu, mereka itu mendatangi
kita. “Saya mahu ambil.”
Itu lebih baik.
Tak perlu kita propagandakan ini itu. Tak
perlu. Tak perlu. Biar sendiri dia datang. Tetapi yang perlu, amalkanlah
pengetahuan ini untuk jalan baik dan membaikkan, untuk baik dan membaikkan.
Dengan itu nanti mereka itu, “Ini lain,
ini.”
Sampai mereka tertarik sendiri. Dan
kebanyakan itu anak-anak ubat kita, oleh kerana dia telah merasakan akan
keanehan cara pengubatan kita, kemudahan dari Tuhan tadi dengan Dua Kalimah
Syahadah tadi, telah selesai dia ingin hendak mengambil pengetahuan ini.
Itu lebih baik, sebab mereka setelah sakit
segala macam. Itu ujian dari Tuhan, percubaan dari Tuhan. Dia lulus melalui
kita, kita bebaskan dia. Dia sedar dan terus dia meminta atau mahu meminta
pengetahuan kita ini untuk diamalkan pula. Begitulah ditegaskan lagi, ertinya
tak perlu
propagandakan ilmu ini.
Akan membawa kita pula, akan terpengaruh
oleh alam pemikiran tadi pula. Mungkin seolah-olah kita kandas, tak terjawab pertanyaan-pertanyaan
orang itu, sampai membawa kemunduran
pada orang itu dan kemunduran pada kita.
Tetapi kalau melalui pengubatan dia
telah merasakan, telah dapat merasakan
sejuknya nikmat air sejuk yang kita kasi (beri) sehingga menjadi penawar bagi badan diri dengan sendirinya.
Batinnya tadi, hati yang di dalam
tadi sedar. Tempoh-tempoh dia menangis
sendiri segala macam, “Aku mahu ini
pengetahuan.”
Itu lebih baik. Tak kan banyak
tanya-tanya ini itu menurut cara alam pemikiran. Jadi ini jadi pedoman untuk masa yang akan datang.
* * *
Dan ya, ini mengenai… cukuplah
sampai di sini.
Dan fahamilah masing-masing,
dan tercapailah apa yang dimaksud. Apa yang kami maksud juga hendaknya sehingga
menjadi darah daginglah hendaknya ilmu pengetahuan ini pada diri kita
masing-masing. Dan memang apa namanya, saya katakan tadi, saya akan berangkat pulang
kembali.
Dan satu kebetulan pula
masing-masing kita sebagai umat Muhammad, orang Islam akan memasuki bulan
puasa. Maka ya, kita melalui inilah kita saling maaf-memaafkan satu sama lain. Dan masukki bulan yang suci ini
dengan satu ketentuan dari Tuhan dan kewajipan.
Dan pergunakanlah bulan yang
suci dengan sebaik-baiknya dan beramal sebanyak-banyaknya. Sekali setahun kita perdapat
ini.
Dan semoga dapat kita berjumpa
pada lain waktu dan lain masa.
Selesai pada Februari 1998
Taman Mewah II, Lunas, Kedah
.
Syukur alhamdulilah Tq for sharing..
ReplyDeleteSALAM SATU SYAHADAH.
DeleteSUDAH SAYA UP-DATE TUAN KULIYAH 1 - KULIYAH 15
http://bapakdrbagindamuchtar.blogspot.my/2014/11/prakata-dari-penyusun-asal-mejar-b-haji.html
Asslm mbak..sy dr indonesia,jg kususnya dr padang sumbar,,sy ingin sekali menjadikan nyata,ip bbm ini,,tp gmn cara sy bisa meujudkan nya??
ReplyDeleteWa'alaykumussalam warahmatullah.
DeleteDi negara Garudą ya ada anak anak Bapak Bagindo Muchtar (anak anak Bapak BBM).
Bapak Yori Andika bisa anjurkan lebih lanjut kpd FB: Aby Zamri ... mudah mudahan Bapak Aby bisa membantu.
semoga terus berkembang ilmu ini...ameen..
ReplyDelete